Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

RASMI! Dandadan Kembali dengan Season 2 – Tayangan Julai 2025!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 20, 2024
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
RASMI! Dandadan Kembali dengan Season 2 – Tayangan Julai 2025!
Share on FacebookShare on Twitter

Anime paling popular tahun ini, Dandadan, baru sahaja menamatkan musim pertamanya dengan satu pengumuman besar: Season 2 akan tiba pada Julai 2025!

Berita ini disahkan melalui akaun rasmi Shonen Jump+ di platform X serta laman web rasmi anime tersebut.

Sebagai tambahan kepada pengumuman Season 2, sebuah visual teaser baharu untuk Dandadan turut didedahkan, memaparkan watak-watak utama seperti Okarun, Momo, Turbo Granny, dan Jiji, di sebalik latar belakang “Cursed House” yang bakal menjadi tumpuan utama dalam musim seterusnya.

Namun begitu, tarikh tayangan rasmi masih belum diumumkan.

/
🛸特報🛸
『#ダンダダン』アニメ2⃣期、2025年放送決定‼️‼️
\

続きが待てない方は
今すぐジャンプ+へ‼️

アニメの続きが(34話~38話まで)
1週間限定無料公開中🆓
➡️https://t.co/Q54nPYsnjP

※コイン・待ち時間不要
12/27まで👻 pic.twitter.com/GVVWbtmJDo

— 少年ジャンプ+ (@shonenjump_plus) December 19, 2024

Musim pertama berakhir dengan Episod 12 yang meninggalkan peminat tergantung dalam klimaks. Walaupun musim pertama sebahagian besarnya memperkenalkan barisan watak utama dan membina latar belakang cerita, musim kedua dijangka akan menyelami naratif yang lebih mendalam.

Jalan cerita “Cursed House” akan meneroka rahsia di sebalik rumah berhantu Jiji, sambil menguji kekuatan dan hubungan watak-watak utama, menawarkan lebih banyak aksi, dan momen seram.

Kredit: ©龍幸伸/集英社・ダンダダン製作委員会

Musim pertama Dandadan telah mencipta impak besar di kalangan peminat, berkat animasi memukau oleh Science SARU, babak aksi yang mendebarkan, serta gabungan humor dan emosi yang bagus.

Dari lagu tema pembukaannya yang melekat di hati hingga kisah penuh perasaan seperti arc Acrobatic Silky, siri ini berjaya mengimbangi humor luar biasa dengan momen yang penuh makna.

Kredit: ©龍幸伸/集英社・ダンダダン製作委員会

Episod terakhir Musim 1 kini boleh ditonton di Netflix dan Muse Asia untuk peminat di Malaysia. Bagi mereka yang ingin mengikuti manga, perkhidmatan MANGA Plus oleh Shueisha menyediakan terjemahan dalam bahasa Inggeris secara digital.

Tags: animeDandadan
ShareTweetSend
Previous Post

Superman – Filem DCU Pertama Tiba di Pawagam 10 Julai 2025!

Next Post

Sony Group Corporation Menjadi Pemegang Saham Terbesar Kadokawa Corporation!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Sony Group Corporation Menjadi Pemegang Saham Terbesar Kadokawa Corporation!

Sony Group Corporation Menjadi Pemegang Saham Terbesar Kadokawa Corporation!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd