Disebabkan Boruto dirasuk oleh semangat jahat Momoshiki, tanpa sengaja dia telah menambah baik satu jutsu ikonik dalam francais Naruto. Didedahkan dalam bab terbaru manga, Boruto secara rasmi telah memperkenalkan jutsu Rasendan!
AMARAN: Spoiler untuk manga Boruto: Naruto Next Generations bab 65!!
Dalam bab terbaru manga, pertarungan antara Boruto, Kawaki dan Code diteruskan. Boruto, yang kini dikawal oleh Momoshiki, serta merta menyerang Code tanpa memberi dia masa atau ruang untuk berehat. Code tahu dia tidak boleh menang lalu mengambil Kawaki sebagai tebusan.
Dalam nada mengejek, Code memberitahu Momoshiki bahawa tidak boleh terus menggunakan Rasengan gergasi lagi, kerana ia boleh membunuh Kawaki sekali. Jika itu berlaku, maka tidak ada lagi korban untuk diberi kepada Divine Tree aka Ten-Tails yang memberikan kehidupan dan kuasa abadi kepada puak Otsutsuki. Sedar bahawa apa yang Code kata itu betul, Momoshiki perlu memikirkan tentang strategi lain lalu membuat serangan yang mampu menyerang Code dalam cara yang lebih tepat!
Maka, terhasil lah jutsu terbaru Boruto iaitu Rasendan!
Dalam nota kecil di bawah mukasurat manga, pihak penterjemah memberitahu bahawa “dan” bermaksud “peluru”, lantas dapat lah Rasengan berbentuk peluru! Berdasarkan visual dalam manga, Momoshiki menghasilkan Rasendan dengan menumpukan chakra yang banyak kepada sebuah Rasengan gergasi lalu mengecilkannya kepada bola yang lebih kecil, kira-kira saiz syiling. Secara teori, Rasdendan mempunyai daya kekuatan yang sama seperti Rasengan gergasi tetapi hanya memfokuskan kepada kawasan yang lebih kecil.
Dengan itu, Momoshiki melancarkan Rasendan ke arah Code tanpa mencederakan Kawaki di mana jutsu tersebut berjaya menembus bahu Code seolah-olah seperti dia ditembak.
“Rasendan” adalah variasi Rasengan kedua yang diciptakan oleh Boruto, selepas dia menghasilkan “Vanishing Rasengan” dalam pertarungan lalu bersama Momoshiki.
Untuk baca manga Boruto bab 65, sila tekan pautan ini! Anda juga boleh baca segala liputan kami tentang siri Boruto termasuk fakta, trivia dan spoiler lain di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post