Bila sebut je mengenai Mobile Suit Gundam, siapa sahaja tidak tahu dengan siri prancais yang tidak bosan dibawa zaman. Lebih menarik francais yang dikelilingi dunia sci-fi dan Mecha ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membawa siri ini kepada nyata dan didalam filem pendek! Dan jangan risau, filem nyata kali ini tiada kena mengena dengan Holywood sebaliknya akan diarahkan oleh Pengarah terkenal di Jepun!
Menurut maklumat dari Sunrise, studio yang akan menjalankan kerja filem live-action pendek berinspirasi Gundam ini adalah diarahkan oleh Katsuyuki Motohiro. Tetapi buat masa ini masih belum mempunyai banyak maklumat mengenai projek aksi nyata ini, tetapi yang pastinya ianya adalah dari adaptasi salah satu anime Gundam Build.

Spin-off telah menjadi popular dikalangan peminat terutama pada siri TV yang terbaru dan Motohiro juga akan membuat Gundam’s 40th anniversary Bandai model kits sebagai tanda berterima kasih.
Tarikh pelepasan turut tidak dinyatakan lagi, tetapi peminat kini sangat teruja untuk janji pengeluaran filem ini kerana ianya merupakan projek aksi nyata yang pertama oleh Gundam untuk hasilkan dan akan menjadi siri spin-off! Beberapa tahun lalu, Hollywood sebelum ini turut mengesahkan bahawa ia telah memilih francais untuk filem live-action. Butiran mengenai filem bajet yang besar itu masih tiada sebarang info, tetapi peminat mempunyai harapan besar memikirkanya adalah untuk projek Gundam atau mungkin dari Gundam Build Divers Re:RISE.
Lagipun, Matsuhiro adalah pencipta yang terkenal kepada peminat anime. Beliau adalah ketua pengarah dua pertunjukan Psycho-Pass pertama dan filem pertamanya. Selain itu, pembuat filem itu telah mengusahakan FLCL dan penyesuaian aksi nyata Ajin: Demi-Human. Dan kini, Matsuhiro bersedia untuk menangani Gundam dan para peminat memberi sokongan untuk menjalankan projek ini!

Jadi apa pendapat anda untuk filem pendek yang akan datang dari Motohiro untuk spin-off Gundam ini? Ada pendapat jom kongsikan di ruangan komen media sosial kami. Kami sendiri pun mengharapkan yang paling gempak untuk aksi nyata filem ini lah!
Sumber: ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post