Xiaomi hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperluas barisan peranti telefon pintar “mid-range” untuk siri Redmi dengan mengenalkan Redmi Note 10 Pro dan Redmi Note 10 di Malaysia! Bermula pada harga RM799, Redmi Note 10 akan tersedia di Malaysia mulai 8 Mac, manakala Redmi Note 10 Pro boleh dibeli mulai 15 Mac. Untuk pasaran global, Xiaomi juga mengumumkan pelancaran Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G bersama dua peranti ini.
Siri Redmi Note 10 akan meneruskan komitmen Xiaomi untuk menawarkan teknologi telefon pintar terkini dan mentakrifkan semula maksud kelas pertengahan dalam industri. Sebagai rakan kongsi rasmi untuk PUBG Mobile Esports 2021, siri Redmi Note 10 memberi peluang kepada semua orang untuk mencabar batasan gaming!
Redmi Note 10 Pro: 108MP dan 120Hz AMOLED pertama untuk hadir ke siri Redmi Note
Redmi Note 10 Pro adalah salah satu kamera dengan resolusi tertinggi untuk sebuah telefon pintar, lantas menjadikannya raja kelas pertengahan dalam fotografi mudah alih. Sensor 108MP dengan teknologi binning 9-in-1 serta “Dual native ISO” digabungkan untuk menangkap butiran yang paling halus, demi memberikan gaya dinamik yang lebih tinggi dan menawarkan pelbagai pilihan dalam penyuntingan foto. Berkat Night Mode 2.0 yang dikuasakan oleh algoritma “RAW multi-frame“, pengguna dapat menangkap visual yang menakjubkan walaupun dalam keadaan cahaya rendah.
Redmi Note 10 Pro juga menawarkan rakaman video profesional dan telemacro time-lapse. Penambahan baru lain dalam Redmi Note termasuk Photo Clone, Video Clone, Dual Video dan mod Long Exposure untuk perkongsian foto atau video yang lebih menyeronokkan di aplikasi media sosial kegemaran.
Bersama reka bentuk yang kemas, sensor cap jari sisi Arc dan AMOLED DotDisplay 6.67” 120Hz, peranti ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu – Onyx Grey, Glacier Blue dan Gradient Bronze. Pada masa yang sama, ia mempunyai Corning® Gorilla® Glass 5 di bahagian depan untuk berlindung dari calar dan kerosakan lain.
Untuk prestasi, Redmi Note 10 Pro memiliki pemproses 4G paling hebat di pasaran, iaitu Qualcomm® Snapdragon™ 732G. Sesuai untuk pemain dan streamer, prestasinya yang tinggi dan penggunaan kuasa yang rendah, bersama dengan sistem bunyi mendalam yang menampilkan dua pembesar suara, akan memberikan pengalaman yang paling optimum. Dengan bateri 5,020mAh (typ) dan pengecasan pantas 33W yang canggih, tempoh masa pengguna untuk menunggu pun amat minimum.
Redmi Note 10: Memperbaharui semula pengalaman telefon pintar kelas pertengahan
Bagi pengalaman menonton yang selesa, Redmi Note 10 dilengkapi dengan AMOLED DotDisplay 6.43”. Selebihnya adalah sama seperti Redmi Note 10 Pro, termasuk reka bentuknya yang kemas, sensor cap jari sisi Arc, pengecasan pantas 33W, sensor cahaya 360 darjah dan dua pembesar suara yang mengasyikkan.
Redmi Note 10 juga mampu menangkap semua momen penting dengan setup kuad kamera yang menampilkan kamera sudut ultra lebar 8MP untuk gambar beramai-ramai, kamera makro 2MP untuk jarak dekat, dan sensor kedalaman 2MP untuk menyokong potret. Dikuasakan oleh resolusi 48MP, kamera utama Redmi Note 10 sentiasa mengambil gambar yang mengagumkan dan dilengkapi dengan kemampuan time-lapse profesional – bersama penambahan pada mod slow motion, mod malam dan mod time-lapse biasa.
Pada masa yang sama, ia mempunyai pemproses pantas yang dapat menyokong kegunaan seharian anda iaitu Qualcomm® Snapdragon™ 678 baru.
Redmi Note 10S & Redmi Note 10 5G
Redmi Note 10S dilengkapi dengan AMOLED DotDisplay 6.43″ manakala Redmi Note 10 5G menampilkan AdaptiveSync DotDisplay 90Hz 6.5” yang menawan. Seterusnya, Redmi Note 10 5G datang dengan kemampuan 5G, dan merupakan salah satu telefon pintar 5G yang paling murah dalam pasaran sambil mengekalkan teknologi yang canggih.
Bersama cip MediaTek Helio G95, Redmi Note 10S pula datang dengan prestasi yang lebih baik dan GPU yang boleh cecah hingga 900MHz. Walaupun Redmi Note 10 5G dilengkapi dengan MediaTek Dimensity 700 dengan nod 7nm-nya, sistem Dual SIM 5G yang disokong dan modem bersepadu memberikan kecekapan kuasa bertaraf industri.
Kamera utama 64MP dan kamera sudut ultra lebar 8MP milik Redmi Note 10S menandakan peningkatan yang luar biasa dari generasi sebelum. Pada masa yang sama, Redmi Note 10 5G menggunakan kamera utama 48MP. Kedua-dua peranti ini memiliki kamera makro 2MP untuk jarak dekat dan sensor kedalaman 2MP untuk menyokong gambar potret. Di samping itu, kedua-dua Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G mempunyai bateri 5,000mAh (typ) masing-masing dengan sokongan pengecasan pantas 33W dan 18W, untuk menjadikan mereka pendamping ideal bagi penggunaan seharian.
Harga dan ketersediaan
Di Malaysia, Redmi Note 10 Pro akan hadir dalam dua varian; 8GB+128GB dan 6GB+128GB, manakala Redmi Note 10 akan tersedia dalam varian 6GB+128GB.
Mulai 8 Mac, Redmi Note 10 akan tersedia pada harga RM799 untuk varian 6GB+128GB secara dalam talian di kedai Xiaomi dan Lazada, serta luar talian di kedai Mi dan pengedar rasmi lain di Malaysia. Redmi Note 10 akan hadir dalam tiga warna – Onyx Grey, Pebble White dan Lake Green.
Mulai 15 Mac, Redmi Note 10 Pro akan tersedia pada harga RM1,099 dan RM999 untuk varian 8GB+128GB dan 6GB+128GB, secara dalam talian di kedai Xiaomi dan Lazada serta luar talian di kedai Mi dan pengedar rasmi lain di Malaysia. Redmi Note 10 Pro akan hadir dalam tiga warna – Onyx Grey, Glacier Blue dan Gradient Bronze.
Spesifikasi
Redmi Note 10 Pro | Redmi Note 10 | |
Display |
|
|
Rear camera |
|
|
Front camera |
|
|
Dimension & Weight |
|
|
Processor |
|
|
RAM+ROM |
|
|
Audio |
|
|
Security |
|
|
Charging |
|
|
Connectivity |
|
|
Variant |
|
|
Available color |
|
|
Redmi Note 10S | Redmi Note 10 5G | |
Display |
|
|
Rear camera |
|
|
Front camera |
|
|
Dimension & Weight |
|
|
Processor |
|
|
RAM+ROM | LPDDR4X UFS 2.2 |
LPDDR4X UFS 2.2 |
Audio |
|
|
Security |
|
|
Charging |
|
|
Connectivity |
|
|
Variant |
|
|
Available color |
|
|
@gamersantaimy
Discussion about this post