gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Platform Mobile Android

PUBG: New State rasmi dilancarkan hari ini di Android & iOS!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 11, 2021
in Android, Artikel, Battle Royale, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
PUBG: New State rasmi dilancarkan hari ini di Android & iOS!
Share on FacebookShare on Twitter

KRAFTON, Inc. hari ini melancarkan game terbaru mereka iaitu PUBG: New State yang boleh dicuba hari ini di iOS dan Android di lebih 200 negara selepas Ujian Teknikal terakhirnya, yang berlangsung pada akhir Oktober. Berikut adalah treler rasmi:

Dibangunkan oleh PUBG Studios, syarikat sama yang mencipta PUBG untuk PC dan konsol, PUBG: New State akan dilancarkan sebagai game mobile “free-to-play” dalam 17 bahasa yang berbeza. Ditetapkan pada tahun 2051, game ini “sepatutnya” akan menawarkan pengalaman gaming battle royale yang sama seperti di PC untuk iOS dan Android, lantas menjadikannya salah satu judul mobile paling realistik dan maju dari segi teknologi.

New State ingin mengembangkan lagi genre battle royale melalui weapon customization, kedai drone dan sistem “player recruitment” yang unik. Apabila dilancarkan, game ini akan mempunyai empat peta unik, termasuk Troi (yang lebih futuristik) dan Erangel. Buat masa ini, PUBG: New State mempunyai tiga mod berbeza, termasuk Battle Royale, 4v4 Deathmatch dan Training Ground di mana pemain boleh mengasah kemahiran sebelum mencuba perlawanan langsung.

Selain itu, PUBG: New State menawarkan Survivor Pass bulanan yang membolehkan pemain mendapatkan pelbagai ganjaran dalam permainan. New State juga mempunyai Ranked Season yang membenarkan kita untuk bersaing dengan pemain-pemain lain, lalu meningkatkan “tier” dan memperoleh ganjaran mewah. Ranked Seasons akan berjalan selama dua bulan pada satu masa.

Untuk meraikan pelancaran PUBG: New State, KRAFTON juga menganjurkan kempen “Play With Friends”. Pemain yang log masuk ke dalam permainan setiap hari dari 15 Nov hingga 21 Nov dan mengambil bahagian dalam acara akan berpeluang memenangi #NewStateStyle emote dan Chicken Medal, di mana pemain boleh guna untuk menukar item di kedai dalam permainan.

Bagi sesiapa yang berminat, PUBG: New State boleh dimuat turun sekarang di iOS dan Android! Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawat laman web rasmi.

Download di sini
PUBG: NEW STATE
Publisher: KRAFTON
Release Date TBC
Android, iOS
Battle Royale yang asli! Singgah ke PUBG: NEW STATE, tajuk terbaru oleh PUBG Studio, pencipta PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS. Dengan menggunakan pelbagai senjata dan taktik, 100 orang yang selamat akan berhadapan sehingga hanya satu pemain atau pasukan yang masih bertahan. Dengan Zon Biru yang semakin mengecil, pemain mesti mencari senjata, kenderaan, dan bahan habis pakai untuk mendapatkan keuntungan. Hanya yang terkuat akan muncul sebagai "" Lone Survivor "" dalam pertunjukan epik ini.
Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: MobilepubgPUBG New State
Previous Post

Crossover LifeAfter & Tealive + Foodpanda di Asia, menawarkan content unik di dunia sebenar & game!

Next Post

World of Warcraft: Shadowlands memberikan pendedahan awal untuk Eternity’s End!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

vivo X90 Series — X90 dan X90 Pro Tersedia di Malaysia Secara Rasmi! Harga Bermula RM3699!
Smartphone

vivo X90 Series — X90 dan X90 Pro Tersedia di Malaysia Secara Rasmi! Harga Bermula RM3699!

February 3, 2023
Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!
Movie/siri

Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!

February 3, 2023
Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]
Fakta & Trivia

Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]

February 3, 2023
Next Post
World of Warcraft: Shadowlands memberikan pendedahan awal untuk Eternity’s End!

World of Warcraft: Shadowlands memberikan pendedahan awal untuk Eternity's End!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 di Malaysia!

Antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 di Malaysia!

by safwan
February 2, 2023
0

Selepas beransur dari fasa pandemik pada tahun lepas, kita telah melihat dunia hiburan yang semakin riuh dengan pelbagai filem ditayangkan...

Rehat Mengejut! Tiada Bab Baru Manga My Hero Academia Selama Dua minggu!

Rehat Mengejut! Tiada Bab Baru Manga My Hero Academia Selama Dua minggu!

by Maira
February 2, 2023
0

Minggu lepas, manga My Hero Academia telah kembalikan Shigaraki setelah dia diambil alih oleh All For One sekejap. Peminat memang...

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

by Maira
February 2, 2023
0

UNIQLO akan mengeluarkan Koleksi UT terbaru dengan kolaborasi siri anime popular, Attack on Titan. Terdapat lapan reka bentuk yang anda...

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

by Razin Syafiq
February 1, 2023
0

Siap sedia untuk menyelamatkan Bikini Bottom dalam game 'platforming adventure' serba baharu, SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake oleh THQ Nordic -...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In