Pengeluar PlayerUnknown’s Battlegrounds atau lebih dikenali sebagai PUBG, PUBG Corp. telah umumkan kewangan penuh tahunan mereka pada tahun lepas, dengan hasil sebanyak $920 juta (RM3.8 billion) dalam pendapatan mereka dan $310 juta (RM1.2 billion) untuk untung bersih.
PUBG Corp Financials:
2018 Revenue: $920 million
2018 Profit: $310 millionSplit-
PC: $790m
Mobile: $65m
Console – $60mAsia = 53% of revenue
(Thanks @sinonobu for the translations)
https://t.co/7JSWWjUl7v pic.twitter.com/S64MwGzoOE— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) April 19, 2019
Dalam laporan Naver tersebut, ia membahagikan hasil pendapatan mengikut platform masing-masing. PC membawa keuntungan yang paling banyak iaitu $790 juta (RM3.2 billion), diikuti platform mobile sebanyak $65 juta (RM268 juta) dan konsol pula $58million (RM239 juta). Selebihnya, $6 juta (RM24 juta) datang dari sumber yang lain. Mengikut statistik ini, pendapatan PUBG Corp untuk mobile adalah agak sedikit berbanding konsol kerana Tencent yang membangunkan dan menerbitkan versi mudah alih tersebut di telefon. Ini bermaksud mereka hanya mendapat bayaran royalty dan yuran pelesenan.
Pasaran PUBG untuk Asia adalah yang terbesar, membawa pulangan sebanyak 53% untuk pendapatan PUBG Corp, diikuti Amerika Utara dan Eropah. Ia mempunyai jualan sebanyak RM2 billion pada pasaran Asia tahun lepas (tidak termasuk Korea). Game ini tidaklah sepopular di negara Barat berbanding Asia, jadi tidak terkejutlah ia boleh menembusi pasaran walaupun sasaran utamanya adalah untuk pemain di Amerika Utara.
Tahniah diucapkan kepada PUBG! Adakah korang salah seorang penyumbang untuk hasil pendapatan mereka?
Sumber: Naver / Twitter Daniel Ahmad
@gamersantaimy
Discussion about this post