tentangWalaupun PlayStation 5 masih sukar untuk dapat, sesiapa yang memiliki konsol ini pasti tahu betapa besar saiznya. Tidak kira sama ada dalam posisi menegak atau berbaring, saiz PS5 masih akan nampak besar. Namun, itu semua mungkin akan berubah kerana Sony mungkin akan mengubah reka bentuk perkakasan pada 2022.
Menurut VGC, sumber dari industri telah menyatakan bahawa Sony ingin mereka semula PlayStation 5. Lebih khusus lagi, mereka ingin mengubah semula perkakasan dalaman konsol dan bukan penampilan fizikalnya. Nampaknya, ia juga dijangka akan keluar pada tahun 2022 dan akan hadir dengan CPU 6nm “semi-customized” baru dari AMD.
Memandangkan salah satu faktor kepada kekurangan bekalan PS5 adalah kerana kekurangan cip komputer, membuat perubahan pada reka bentuk perkakasan mungkin dapat membantu mengatasi masalah ini dan memudahkan orang membeli PS5. Cip tersebut lebih murah untuk dihasilkan, tetapi ia tidak jelas apa faedah lain yang akan diberikan oleh cip tersebut.
Kekurangan cip bukan satu-satunya sebab mengapa ia begitu sukar untuk pengguna mendapatkan PS5. Pandemik COVID-19 jelas mempengaruhi produksi konsol dan, semasa pelancaran, banyak unit dibeli oleh para scalper. Scalper ini kemudian akan menjual konsol tersebut pada harga yang melampau untuk mendapatkan keuntungan. Ini adalah masalah yang berlanjutan selama berbulan-bulan walaupun PS5 sudah lama dilancarkan.
Oleh itu, kekurangan bekalan PS5 dijangka akan berterusan sehingga tahun 2022. Ia bukan hanya PS5 sahaja kerana Xbox Series X/S juga mengalami masalah yang sama. Ini bermaksud masih banyak orang yang berpegang pada PlayStation 4 dan Xbox One mereka. Apa pendapat anda tentang perubahan reka bentuk perkakasan PS5? Bila lah pengeluaran PS5 akan bertambah baik? Mari kongsi pendapat anda bersama saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
Sumber – VGC
@gamersantaimy
Discussion about this post