Semasa mesyuarat pendapat terkini, Sony mendedahkan bahawa kes PlayStation 5 (PS5) naik harga sebenarnya tidak menjejaskan permintaan konsol ini. Ramai orang masih menunggu untuk mendapatkan PS5, walaupun ada isu kekurangan bekalan dan nilai harga yang lebih tinggi di sesetengah negara.
Pada hujung bulan Ogos, Sony telah menaikkan harga PS5 di beberapa negara termasuk Malaysia. Kenaikan harga ini adalah kira-kira RM200 lebih daripada nilai original PS5 (dahulu PS5 berharga RM2299, kini RM2499). Mengapa harga semakin meningkat? Sony menjelaskan bahawa syarikat itu perlu mengubah suai harga konsol disebabkan oleh inflasi umum dan “perubahan mata wang.”
Semasa mesyuarat pendapatan Q2 2022, Sony berbincang tentang kesan kenaikan harga PlayStation 5. Ketua pegawai kewangan Hiroki Totoki kata:
“Walaupun naik harga, kami tidak melihat sebarang pengurangan pada jumlah permintaan (PS5) tetapi kami perlu memantau apa yang berlaku dalam pasaran pada masa hadapan.”
Harga baharu PlayStation 5 sepatutnya membawa untung kira-kira 10 bilion yen kepada Sony, yang berjumlah anggaran RM323 juta.
Selain itu, kita juga menerima beberapa info lain. Antaranya ialah tempoh seorang pemilik PS5 bermain telah meningkat semasa suku ke-2 tahun berbanding suku sebelum tetapi menurun sebanyak 10% dari tahun ke tahun kerana pemain sekarang lebih kerap keluar untuk melakukan aktiviti lain memandangkan situasi COVID-19 semakin baik.
Di samping itu, pemain sekarang kurang membeli game lama berbanding sebelum ini, manakala jualan bagi game baharu kekal kuat. Sony membuat kesimpulan bahawa pemilik PS5 tidak bermain pilihan game yang banyak supaya dapat menjimatkan wang. Namun, ini tidak menghalang keinginan orang untuk membeli konsol kerana PS5 ternyata cukup popular di seluruh dunia.
Sempena itu, Sony akan meningkatkan lagi produksi PlayStation 5 untuk mempersiapkan diri sebelum musim cuti dengan sasaran untuk mengeluarkan lagi 30 juta konsol sebelum tahun 2023 tamat.
Untuk membaca segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post