Bersempena dengan Comic Con Experience (CCXP) 2022 yang diadakan di Brazil, Warner Bros. telah mengeluarkan pelbagai “Promotional art” untuk filem The Flash yang bakal ditayangkan pada Jun 2023. Melalui “promotional art” tersebut, kita boleh lihat reka bentuk kostum baharu hero tersebut bersama-sama dengan 2 hero lain yang bakal muncul di dalam filem tersebut.
Melalui posting yang dilakukan oleh Mikhail Villarreal di Twitter nya, dia telah menunjukkan 2 “promotional art” untuk filem The Flash. Pada poster yang pertama, kita boleh lihat “posing” biasa The Flash dan terdapat perkataan di bawahnya yang bertulis “Menyelamatkan masa depan dan masa lalu.”
Apa yang lagi menarik pada poster pertama ini adalah mereka meletakkan silhouette hero lain yang bakal muncul dalam filem tersebut iaitu Batman dan juga Supergirl. Pada poster kedua pula, kita boleh lihat yang mereka meletakkan logo The Flash, Batman versi Michael Keaton dan Supergirl versi Sasha Calle. Di bawah logo tersebut, mereka meletakkan ayat yang berbunyi seperti berikut:
Dua kanak-kanak bodoh, seorang pesara, dan separuh makhluk asing berkuasa solar.
Mikhail Villarreal juga telah berkongsi lebih banyak “promotional art” di Twitter nya.
Buat masa sekarang, mereka masih belum mengeluarkan sinopsis bagi filem The Flash. Tetapi dengan melalui beberapa teaser yang boleh didapati di internet pada masa sekarang, The Flash akan mengendali pelbagai isu dengan multiverse dan meneroka realiti alternatif. Ben Affleck juga akan muncul sebagai Bruce Wayne & Batman untuk membuat cameo kecil bersama Batman versi Michael Keaton dari Batman 1989 dan Batman Return 1992.
The Flash dijangka akan keluar pada 23 Jun 2023. Mari kita sama-sama nantikan filem ini. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post