HONOR X9b 5G yang dinanti-nanti ramai akan dilancarkan pada 1 November nanti, dan HONOR Malaysia menghangatkan lagi kemeriahan dengan pulangan wang sehingga RM 1,500.
Bermula 27 Oktober hingga 31 Oktober, dengan deposit RM9, anda boleh menempah HONOR X9b 5G dan pembeli juga berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM1,500. Selain itu, pembeli juga layak memiliki hadiah bernilai sehingga RM 978 – termasuk Penggantian Retak Depan & Belakang 365 Hari, HONOR CHOICE Earbuds X5 dan HONOR CHOICE MOECEN Band.
Untuk penghantaran, pelanggan yang menyertai Tawaran Pembelian Awal akan diutamakan dan menjadi antara yang pertama menerima HONOR X9b 5G. Jangan lepaskan peluang menikmati tawaran pembelian awal ini.
Pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut pertama dunia
Hasil kajian dan pembangunan bertahun-tahun, HONOR X9b 5G mencipta kejayaan dalam industri apabila menjadi telefon pintar yang pertama di dunia mendapat pensijilan lima bintang rintangan jatuh setiap sudut daripada SGS Switzerland. Pencapaian pertama ini membuktikan komitmen HONOR menghasilkan peranti yang betul-betul berkualiti dan melepasi semua cabaran.
Jaminan HONOR X9b 5G: Penggantian retak depan & belakang 365 hari
Menjanjikan khidmat yang terbaik untuk pengguna, HONOR bermurah hati menjadi yang pertama dalam industri menawarkan jaminan‘penggantikan retak depan & belakang 365 hari’. Bagi setiap pembelian HONOR X9b 5G, pengguna dapat menarik nafas lega apabila telefon mereka dilindungi oleh HONOR selama setahun. Tempoh diberikan ini dua kali ganda lebih lama berbanding pendahulunya HONOR X9a, dengan perlindungan bahagian depan dan belakang. Langkah berani ini membuktikan HONOR menunaikan janjinya dengan menawarkan khidmat selepas jualan yang terbaik untuk pelanggan HONOR seluruh negara.
Nantikan Pelancaran HONOR X9b 5G pada 1 November 7 petang
Pelancaran rasmi HONOR X9b bakal menjadi acara berprestij, dan HONOR berbesar hati menjemput peminat menyertainya. Ayuh bersama-sama menyaksikan siaran
langsung pada 1 November pukul 7 petang di Facebook HONOR Malaysia.
Maklumat lanjut tentang HONOR X9b sila layari: https://bit.ly/HONORX9bPR
Dapatkan segala berita kami tentang produk HONOR di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post