Rockstar Games dilaporkan telah merancang ‘versi remaster’ bagi game ikonik Grand Theft Auto (GTA) 4 dan Red Dead Redemption, tetapi malangnya, projek itu terpaksa dibatalkan menurut kata pembocor maklumat terkenal.
Kisahnya bermula begini: GTA 4 asalnya dikeluarkan pada tahun 2008, manakala Red Dead Redemption pula keluar dua tahun kemudian pada 2010. Memandangkan kedua-dua game berusia lebih sedekad, ia berhak menerima versi remaster.
Terdapat spekulasi kuat yang menyokong kewujudan salah satu projek di mana ada yang mendakwa bahawa studio sedang merancang game GTA baru dengan content “Episodes from Liberty City” (yang asalnya datang daripada GTA 4).
Malangnya, khabar angin itu tidak penting lagi memandangkan projek pun sudah dibatalkan.
Maklumat terkini datang daripada seorang leaker terkenal dalam komuniti bernama Tez2. Dia berkongsi di Twitter bahawa:
“Mengikut sumber yang boleh dipercayai dengan ketepatan yang jelas mengenai rancangan Rockstar, remaster GTA IV & RDR1 telah dibincangkan beberapa tahun lalu, tetapi Rockstar memilih untuk tidak meneruskan projek dalam fikiran.”
“Sambutan [GTA] Trilogy DE yang teruk mungkin menjadi sebab di sebalik keputusan itu.”
Dalam tweet seterusnya, TezFunz2 juga mendedahkan bahawa kedua-dua remaster itu tidak memasuki bahagian produksi. Sebaliknya, ia dirancang untuk memulakan pembangunan selepas keluaran GTA Trilogy Definitive Edition, bergantung pada sambutan para pemain.
Walaupun tiada sumber rasmi dari Rockstar yang mengesahkan laporan Tez2, berita ini pasti amat mengecewakan bagi peminat tegar GTA dan RDR. Bukan itu sahaja yang menyedihkan kerana berita tentang GTA 6 pun amat sedikit buat masa ini.
Walaupun sudah disahkan dalam pembikinan, masih lambat lagi sebelum kita dapat melihat pandangan pertama memandangkan ia masih dalam fasa awal.
Apa pendapat korang? Korang suka ke kalau Rockstar membuat remaster untuk GTA 4 atau Red Dead Redemption? Jom kongsi pendapat di ruang komen.
Untuk segala liputan kami tentang francais GTA, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post