Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Project Prelude Rune dibatalkan oleh Square Enix dan Studio Istolia telah ditutup.

Dua tahun selepas pengumuman, Project Prelude Rune kini dibatalkan secara rasmi.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 15, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Project Prelude Rune dibatalkan oleh Square Enix dan Studio Istolia telah ditutup.
Share on FacebookShare on Twitter

Square Enix telah membatalkan RPG mereka akan datang, dengan judul rasmi “Project Prelude Rune.” Pengumuman oleh Square Enix mengesahkan berita ini dan menyatakan bahawa pasukan development projek ini, dipanggil Studio Istolia, juga telah dibubarkan dan kakitangannya diagihkan kepada kawasan kerja baru.

https://twitter.com/HDKirin/status/833892036260433920

Kedua-dua Project Prelude Rune dan Studio Istolia diumumkan pada Febuari 2017, bersama dengan concept art awal game tersebut. Project Prelude Rune berkisarkan kisah epik yang berlangsung di alam ajaib yang penuh dengan pelbagai kehidupan yang dipelihara oleh bumi, serta wira-wira yang berani untuk berharap, dan berjuang demi keadilan. Selain itu, concept art awal menunjukkan pemandangan hutan dengan pulau terapung dan skybox besar yang dihuni oleh naga.

“Selepas menilai beberapa aspek kepada Project Prelude Rune, pembangunan judul ini telah dibatal. Studio Istolia tidak beroperasi lagi dan kami telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk mengagihkan kakitangan studio kepada projek berbeza di dalam Square Enix.”

Kata Square Enix di dalam pengumuman.

Presiden kepada Studio Istolia ialah Hideo Baba, yang merupakan bekas producer untuk siri Tales terbitan Bandai Namco. Beliau telah meletakkan jawatan pada bulan lepas, dan menyatakan alasannya adalah untuk membuka ruang bagi generasi akan datang.

https://www.youtube.com/watch?v=GKltmUsQ1g0

Malangnya, segala referens kepada Project Prelude Rune telah dibuang daripada saluran-saluran rasmi Square Enix. Pada hujung minggu lepas, peminat mula sedar laman rasmi Twitter dan Facebook Project Prelude Rune telah hilang, bersama trailernya di Youtube. Nasib baiklah banyak lagi mirror trailer tersebut di Youtube.

Sumber – Polygon

Tags: CancelHideo BabaProject Prelude RunePS4square enixStudio Istolia
Previous Post

SteamWorld Quest bakal hadir di PC bulan ini!

Next Post

Syarikat Ini Tawarkan RM4170 dan Internet Percuma Untuk Main Fortnite Selama 50 Jam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Syarikat Ini Tawarkan RM4170 dan Internet Percuma Untuk Main Fortnite Selama 50 Jam!

Syarikat Ini Tawarkan RM4170 dan Internet Percuma Untuk Main Fortnite Selama 50 Jam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd