Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penutup Kepada Siri Game, Attack on Titan 3 Akan Dilancarkan Disember 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 5, 2026
in Action, Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch 2, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Penutup Kepada Siri Game, Attack on Titan 3 Akan Dilancarkan Disember 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Koei Tecmo bersama pembangun Omega Force mengesahkan bahawa Attack on Titan 3 akan dilancarkan pada 10 Disember 2026.

Game ini akan hadir di PlayStation 5, Xbox Series X/S, Nintendo Switch 2, dan PC menerusi Steam. Pre-order sudah dibuka di kebanyakan platform digital, manakala pre-order bagi Switch 2 akan dibuka tidak lama lagi.

Attack on Titan 3 hadir sebagai kompilasi lengkap kepada seluruh siri. Pemain dapat mengalami kisah penuh dari zaman awal Survey Corps sehinggalah ke babak akhir. Antara tarikan utama untuk sekuel ini termasuk:

  • Buat pertama kali, kita boleh bertarung kesemua Nine Titan menerusi babak baharu yang dibina khas untuk game ini.
  • Kawalan Omni-Directional Mobility (ODM) gear ditambah baik supaya aksi di udara terasa lebih lancar dan responsif. Gerak-geri Titan juga lebih liar dan sukar dijangka, untuk membuatkan combat semakin mencabar.
  • Bagi mereka yang kurang biasa dengan game aksi, pilihan “simple control” disediakan supaya pemain boleh melakukan aksi aerial hebat dengan mudah.
  • Mod “Special Exterior Scouting Missions” menugaskan pemain sebagai ketua skuad di luar tembok. Kita perlu meneroka kawasan luar yang bahaya, membina tapak bekalan, dan membuat keputusan penting sama ada mahu meneruskan serangan atau berundur demi menyelamatkan pasukan.
  • Pemain boleh membina watak Scout sendiri, berinteraksi dan menjalin hubungan bersama watak popular seperti Eren, Mikasa, dan Armin di Regimental HQ, serta membuka pelbagai kisah sampingan menarik.
  • Studio MAPPA sedang menghasilkan “opening animation” eksklusif yang diarahkan oleh pengarah animasi terkenal, Arifumi Imai. Video ini akan ditambah ke dalam game menerusi kemaskini selepas pelancaran.
https://www.youtube.com/watch?v=bdYFIXnI2pc

Pilihan Edisi

Game ini ditawarkan dalam tiga edisi berbeza:

  • Standard Edition: Mengandungi game asas sahaja.
  • SteelBook Launch Edition (Fizikal): Mengandungi game asas, SteelBook eksklusif, cetakan ICONART dwi-muka, serta dua item kosmetik (Wings of Freedom Choker dan Wings of Freedom Gloves).
  • Digital Deluxe Edition: Mengandungi game asas, Digital Art Book, akses awal 72 jam (early access, tidak disokong pada Switch 2), serta tiga pek DLC:
    • Character Customization Pack: Pakaian berinspirasikan siri parodi sekolah (Everyday Eren, Goth Mikasa, dan Geek Armin) serta tujuh komponen watak.
    • Original Equipment Pack: 13 komponen peralatan/gear.
    • Starter Item Pack: Item ganjaran untuk memudahkan permulaan permainan.

Bonus Pre-Order dan Save Data

Jika anda merancang untuk mendapatkan game ini lebih awal, Koei Tecmo turut menyediakan beberapa ganjaran menarik:

  • Pre-Order Digital: Mendapat item Wings of Freedom Earrings.
  • Bonus Pembelian Awal: Pembelian sebelum 23 Disember 2026 akan menerima item Wings of Freedom Hoodie.
  • Bonus Pemain Setia: Pemain yang mempunyai save data daripada Attack on Titan 2 atau Attack on Titan 2: Final Battle di platform yang sama boleh menerima ganjaran khas. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi.
Tags: Attack on Titan 3
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Pokémon Pokopia Expansion Pass Part 1: Bubbly Basin – Tamadun Baru Untuk Ditto Bina Di Bawah Air

Next Post

Kafe Kolaborasi & Pop-Up Shop Hatsune Miku Bakal Meriahkan animate KL Pada Bulan Ini

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Kafe Kolaborasi & Pop-Up Shop Hatsune Miku Bakal Meriahkan animate KL Pada Bulan Ini

Kafe Kolaborasi & Pop-Up Shop Hatsune Miku Bakal Meriahkan animate KL Pada Bulan Ini

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd