Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Final Fantasy VII Revelation – Memandu Highwind Serta Mencuba Cid & Vincent Valentine Buat Kali Pertama

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 10, 2026
in Action, Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Final Fantasy VII Revelation – Memandu Highwind Serta Mencuba Cid & Vincent Valentine Buat Kali Pertama
Share on FacebookShare on Twitter

Jika Remake memfokuskan kepada laluan koridor yang tersusun rapi dan Rebirth pula menawarkan padang yang luas, Final Fantasy VII Revelation memandang terus ke langit. Kami berpeluang menyertai sesi uji cuba selama 90 minit dengan demo Chapter 4 yang menunjukkan perubahan reka bentuk tersebut.

Melangkah ke dalam Highwind tanpa Cloud atau Tifa di sisi, kami diberikan kebebasan di udara untuk meneroka tujuh kawasan di serata planet. Walaupun kekangan masa membuatkan kami hanya sempat meneroka Mideel dan Wutai, tempoh 90 minit memberikan cukup gambaran tentang game finale ini.

Selain Wutai, setiap lokasi dalam demo ini bertindak seperti ruang besar yang dipenuhi pelbagai minigame dan aktiviti sampingan, seperti snowboarding, lumba chocobo, serta pelbagai tugasan harian. Wutai merupakan satu-satunya pengecualian, di mana naratif demo ini memfokuskan kepada kepulangan Yuffie ke kampung halamannya.

Meneroka Ke Atas, Bukan Sahaja Di Darat

Demo bermula di atas Highwind dengan sesi pengenalan ringkas sebelum kawalan diserahkan sepenuhnya kepada kami untuk terbangdi seluruh peta dunia. Memandangkan ini adalah versi demo, kadar penyelesaian bagi setiap kawasan telah ditetapkan semula kepada 0%.

Kami sempat melihat Ruby Weapon berkeliaran di bawah, tetapi tiada cara untuk keluar dari kapal udara itu untuk melawannya (pertembungan tersebut kemungkinan besar dikunci di sebalik jalan cerita).

Bergerak ke sana sini tidak lagi memerlukan chocobo sahaja, kerana game ini menawarkan cara yang lebih gah menggunakan kapal udara dan payung terjun. Highwind bertindak sebagai kenderaan utama untuk meneroka peta dunia, di mana menahan butang R2 membolehkan kita memecut laju.

Sebaik sahaja mencapai altitud mencukupi di atas sesuatu kawasan, anda boleh melompat keluar dan membuka payung terjun. Selepas melompat, kita akan terjun seketika (tidak boleh mengawal arah) sehingga payung terjun dibuka. Namun sebaik sahaja payung terjun dibuka, pemain boleh meluncur untuk sampai ke kawasan terpencil.

Malah, kita boleh bersiul memanggil chocobo di udara untuk melakukan “Chocolanding,” iaitu mendarat dan terus berlari tanpa perlu menjejakkan kaki ke tanah. Burung-burung ini juga belajar beberapa kemahiran baharu; khususnya di Wutai, chocobo boleh mengaktifkan “speed boost” dan melompat lebih tinggi.

Reka bentuk ini sepadan dengan apa yang pernah dijelaskan oleh pihak pembangun tentang hala tuju trilogi ini. Remake distrukturkan dan memfokuskan penceritaan; Rebirth berkembang ke dataran terbuka yang luas; manakala Revelation menukar haluan sekali lagi.

Daripada membina peta yang lebih besar, reka bentuknya memberi penekanan kepada zon yang lebih kecil dan padat dengan fokus kepada “vertical depth”, mendorong pemain untuk meneroka bahagian atas dan bawah berbanding kawasan mendatar semata-mata.

Kita sendiri dapat merasakannya serta-merta semasa bermain… melompat dari Highwind, meluncur ke bawah, memecut bersama chocobo, dan menikmati kebebasan di udara lebih seronok daripada apa yang ditawarkan oleh perjalanan di darat.

Hutan Padat Mideel

Dalam versi ini, Mideel digambarkan sebagai sebuah kawasan hutan tebal yang subur. Disebabkan kekangan masa, kami hanya sempat melihat sebahagian daripadanya, tetapi masih berpeluang mencuba satu side quest bertajuk “Her Chocobo.”

Jalan ceritanya ringkas. Seekor chocobo telah melarikan diri, dan tugas kita adalah untuk mencarinya, menyelamatkannya daripada sebarang masalah yang menimpa, dan membimbingnya pulang dengan selamat.

Ini adalah sebuah misi yang pendek, tetapi bersesuaian dengan suasana kawasan tersebut yang santai dan menekankan penerokaa/kandungan sampingan yang tidak terikat dengan plot utama.

Wutai Berwajah Baharu

Wutai pula adalah tarikan utama demo ini. Ia mengekalkan semangat game asal di samping meluaskan latar tempat kepada sebuah negara pahlawan dengan estetika feudal Jepun.

Meneroka pekan ini pun lebih pantas menggunakan mekanik “grappling gun”, yang membolehkan pemain bergerak antara bumbung dan memanjat bangunan tinggi dalam sekelip mata.

Ada banyak juga kandungan pilihan di sini termasuk minigame menangkap anak kucing. Namun tarikan sebenar ialah naratif Wutai. Tidak seperti kawasan lain yang boleh kita masuk menggunakan payung terjun, kitta hanya boleh masuk ke dalam Wutai melalui naratif yang membawa pemain terus ke jalan cerita utama.

Dari segi visual, Wutai memberikan sentuhan daripada segi rupa tradisionalnya. Sebagai contoh, Turtle Paradise bukan sekadar replika kepada rupa original; sekarang ia membawakan elemen moden yang menggabungkan lampu neon dengan seni bina tradisional Jepun.

Apabia melangkah ke dalam, suasana klasik daripada versi original boleh dirasai, lengkap dengan sudut-sudut tersembunyi dan pintu gelangsar.

Keseluruhan kawasan ini terasa berlapis-lapis, yang bermakna kita boleh menerokai jalan-jalan di dalam pekan atau terus keluar ke kawasan liar sekitar untuk melawan musuh dan boss tanpa sebarang loading screen atau peralihan yang mengganggu.

Kami juga bertemu dengan watak baharu bernama Xiakh, yang nampak seperti rakan zaman kanak-kanak Yuffie. Dengan pengenalan watak-watak baharu serta pelbagai aktiviti yang dimuatkan ke dalam kawasan ini, peranan Wutai telah diluaskan secara drastik berbanding game dahulu.

Ia tidak lagi terasa seperti lokasi sampingan, sebaliknya menjadi salah satu hab utama bagi keseluruhan pengembaraan.

Ubah Peranan Watak Melalui Sistem FITS

Revelation memperkenalkan mekanik “Job” berasaskan pakaian yang dikenali sebagai sistem FITS, merangkumi empat kelas: Warrior, Knight, Black Mage, dan Summoner.

Setiap ahli parti mempunyai peranan semula jadi; Barret dan Cid condong kepada Knight, Yuffie dan Vincent sepadan dengan Warrior, Cait Sith bersesuaian sebagai Summoner, manakala Red XIII mengambil peranan Black Mage.

Walaupun ada kecenderungan, kita mempunyai kebebasan untuk menetapkan semula mana-mana watak kepada salah satu daripada empat peranan tersebut, atau menukar mereka semula kepada gaya asal pada bila-bila masa.

Aksi Vincent dan Cid

Satu-satunya pertarungan boss dalam demo ini adalah menentang Xuan Wu di Wutai, yang turut menjadi tempat terbaik untuk menunjukkan gameplay Cid dan Vincent Valentine.

Cara Cid dimainkan seperti Red XIII dari segi combat udara. Cuma Red XIII suka diri di atas tanah untuk menyambung combo yang panjang, tetapi Cid pula melakukan combo di udara.

Dia juga boleh merapatkan jarak dalam sekelip mata, meluru ke hadapan dari hujung arena dengan tombaknya sebelum melancarkan musuh ke dalam serangan udaranya.

Vincent pula mempunyai gameplay yang hampir serupa dengan Yuffie.

Dengan menekan satu butang, anda boleh bertukar antara serangan jarak dekat dan berundur ke belakang untuk menembak menggunakan pistolnya… sama seperti Yuffie yang bertukar antara menyerang secara dekat dan melempar senjata untuk menyerang atau melancarkan sihir dari jauh.

Apa yang benar-benar membezakan Vincent adalah kebolehan transformasinya. Pada Level 1, dia boleh berubah menjadi Galian Beast. Transformasi ganas ini mengetepikan senjata apinya lalu menggantikannya dengan serangan fizikal seperti Berserk Dance serta sihir berasaskan api seperti Beast Flare.

Pendapat

Walaupun masa main dan jalan cerita terhad, Final Fantasy VII Revelation menunjukkan visi kreatif dengan mengutamakan kebebasan menegak berbanding keluasan saiz peta semata-mata.

Setiap pilihan pergerakan (termasuk Highwind, payung terjun, chocobo, serta grappling gun) memberikan ganjaran kepada pemain untuk meneroka ke atas dan bukannya hanya bergerak lurus di tanah. Wutai adalah bukti paling jelas bagi hala tuju ini.

Sistem FITS pula menampilkan lapisan customization yang amat menarik, memberi kebebasan kepada pemain untuk membawa watak keluar daripada peranan tradisional.

Sementara itu, pertarungan boss yang disediakan sudah memadai untuk membuktikan bahawa Vincent dan Cid memiliki identiti lawan yang tersendiri. Vincent khususnya menjadi tumpuan.

Di samping gameplaly, visual memang sangat memukau. Rupanya mempesonakan, sinematik, dan memberikan impak yang kuat sepanjang masa.

Sembilan puluh minit tidak cukup untuk melihat segalanya, dan beberapa kawasan (Costa del Sol, the Gold Saucer, Gongaga, Junon, dan the Grasslands) tidak sempat kami terokai. Namun berdasarkan apa yang ditunjukkan oleh Wutai dan Mideel, Revelation tidak cuba untuk menjadi “Rebirth yang lebih besar.”

Sebaliknya, mengembangkan formula sedia ada dengan pelbagai mekanik baharu.

Game ini akan keluar bermula 8 April 2027 di PlayStation 5, Nintendo Switch 2, Xbox Series X|S, serta PC melalui Steam dan Epic Games Store. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Final Fantasy VII Revelationpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Tokyo Game Show 2026 – Acara Mega 5 Hari, Jadual Livestream & Jualan Steam

Next Post

Final Fantasy VII Revelation Tiada ‘True Ending,’ Penjelasan Naratif & Gameplay Menurut Pengarah Serta Produser

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Final Fantasy VII Revelation Tiada ‘True Ending,’ Penjelasan Naratif & Gameplay Menurut Pengarah Serta Produser

Final Fantasy VII Revelation Tiada 'True Ending,' Penjelasan Naratif & Gameplay Menurut Pengarah Serta Produser

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd