Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Borderlands 4 – Gameplay Terbukti Lagi Fleksibel Bersama Dua Vault Hunter Baharu, Harlowe & Amon

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2025 - Updated on September 9, 2025
in Action, Artikel, Berita, BL4, Epic Store, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS5, Shooter, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Borderlands 4 – Gameplay Terbukti Lagi Fleksibel Bersama Dua Vault Hunter Baharu, Harlowe & Amon
Share on FacebookShare on Twitter

Tarikh pelancaran Borderlands 4 semakin hampir, dan semangat kami untuk beraksi semakin memuncak. Dalam sesi previu kami yang ketiga dan terakhir sebelum pelancaran rasminya pada 12 September, kami akan mengupas dua lagi Vault Hunter yang melengkapkan senarai, iaitu Amon dan Harlowe.

Kami berpeluang mengalami sendiri corak gameplay tersendiri mereka, di samping bertarung menentang salah satu bos terawal dalam game ini. Tanpa berlengah lagi, mari kita lihat dengan lebih dekat.

Harlowe

Kredit: 2K

Sebagai bekas saintis dari Maliwan, Harlowe membawakan kombinasi gajet unik dan kepakaran sains ke arena lawan. Corak gameplay-nya berpusat pada penggunaan alat-alat untuk mendominasi aliran pertarungan.

Walaupun ketiga-tiga skil mempunyai fungsi tersendiri, kesemuanya berasaskan tema yang serupa: mengawal pergerakan musuh secara berkelompok (crowd control), membekukan lawan, serta memberi bantuan kepada rakan sepasukan.

Kredit: 2K

CHROMA Accelerator miliknya merupakan pilihan ideal bagi pemain yang gemarkan damage berbentuk letupan. Skil ini menembakkan satu pancaran tenaga yang mampu merentasi barisan musuh sambil membekukan sasaran yang lebih kecil, dan boleh diletupkan selepas itu untuk menghasilkan letupan Radiation berskala besar.

Proses melenyapkan sekumpulan musuh terasa memuaskan, kerana letupannya meliputi kawasan yang luas dan mampu menghapuskan musuh-musuh biasa dalam sekelip mata.

Kredit: 2K

Zero-Point pula memberi fokus kepada kawalan yang lebih tepat, membolehkan anda menyasarkan dan mengunci pergerakan satu musuh untuk melancarkan serangan tanpa henti. Lawan yang kebal terhadap kesan Stasis sekalipun akan tetap menerima damage yang signifikan.

Skil ini sangat berkesan untuk menumpaskan musuh elit atau sasaran berkeutamaan tinggi.

Kredit: 2K

Akhir sekali, Flux Generator lebih bersifat sokongan. Apabila dilontar, ia mewujudkan satu zon tenaga yang memberi kesan sejuk berterusan kepada musuh dan mengenakan status Entangled agar damage dapat dikongsi.

Berdasarkan penerangannya, rakan sepasukan yang berada di dalam zon tersebut akan turut menerima Overshield, menjadikannya sangat berguna dalam mod co-op untuk crowd-control dan juga meningkatkan peluang untuk terus hidup.

Oleh kerana previu ini tidak meliputi mod co-op, potensi sokongannya tidak dapat diuji sepenuhnya, tetapi secara teori, ia nampak sangat memberangsangkan.

Kredit: 2K

Pada dasarnya, Harlowe menonjol sebagai watak yang serba boleh. Dia mampu menghasilkan damage Cryo dan Radiation yang tinggi ketika beraksi secara solo, dan boleh bertukar kepada peranan support dalam gameplay berkumpulan.

Dia adalah pilihan yang amat sesuai untuk pemain yang menikmati gaya permainan yang menggabungkan crowd-control dengan damage AoE, sama ada dengan membekukan musuh menjadi ais ataupun mengubah nasib pertempuran menggunakan gajet-gajet rekaannya.

Amon

Kredit: 2K

Amon si Forgeknight merupakan seorang Vault Hunter yang istimewa kerana memiliki dua skil aktif, tidak seperti kebiasaan yang hanya mempunyai satu skil aksi dan selebihnya pasif. Selain Action Skill, setiap cabang pembangunan watak turut memberikannya satu Forge Skill.

Ini menjadikan corak gameplay terasa lebih bertenaga dan spesifik, sama ada untuk menyerang secara agresif atau bertahan, bergantung pada pilihan cabang pemain.

Kredit: 2K

Cabang Vengeance memberi penekanan kepada aspek defensif dan bantuan. Action Skill-nya, Scourge, melengkapkannya dengan Cryo Shield dan Whip yang menyerap damage yang datang dan mengisi Meter Vengeance.

Meter ini kemudiannya boleh digunakan untuk memperkuat serangan Whip dengan projektil Cryo yang mampu menembusi musuh.

Forge Skill Firewall pula menyediakan perlindungan tambahan dengan menghasilkan sebuah tembok api yang mencederakan musuh berhampiran dan memberi buff kepada peluru rakan sepasukan yang menembusinya.

Cabang ini sangat sesuai untuk pemain yang gemar menukarkan serangan lawan kepada serangan balas yang membinasakan sambil memastikan rakan sepasukan terus bertahan.

Kredit: 2K

Cabang Cybernetics berfokuskan kepada ketepatan dan letupan. Crucible membenarkan Amon melontar Forgeaxe yang mempunyai elemen berbeza: Flame Axe di tangan kiri untuk membakar atau Cryo Axe di tangan kanan untuk membekukan.

Ini akan menyediakan musuh untuk meletup selepas mereka dikalahkan, seterusnya menghasilkan letupan berantai yang sangat kuat. Mengambil semula kapak akan memendekkan masa cooldown, sekali gus menggalakkan pemain untuk terus melontarnya.

Forge Skill Double-Edge pula adalah kapak bumerang yang menghasilkan damage Cryo semasa pergi dan damage Incendiary semasa kembali, sambil mencetuskan letupan pada musuh yang telah disediakan. Cabang ini direka khas untuk pemain yang menggemari balingan yang memerlukan kemahiran teknikal serta ganjaran letupan yang hebat.

Kredit: 2K

Cabang Calamity pula mendedahkan sisi Amon yang paling ganas. Onslaught menukarkannya kepada seorang “berserker”, dengan kebolehan memulihkan perisai, meningkatkan kelajuan, dan menyuntik senjata dengan damage Incendiary.

Skil ini juga membuka Rocket Punch yang membolehkannya meluru ke arah musuh dan membuatkan mereka stagger. Forge Skill Molten Slam pula menghasilkan damage AoE yang dahsyat melalui hentakan tukul berapi yang mampu melenyapkan sekumpulan musuh dengan satu pukulan.

Cabang ini amat sesuai untuk pemain yang menggemari gaya permainan yang pantas tanpa henti dan menundukkan musuh dengan kekuatan semata-mata.

Kredit: 2K

Secara keseluruhannya, Amon adalah watak yang lagi serba boleh dan sentiasa berubah. Dia boleh beralih daripada memberi sokongan defensif, kepada membuat lontaran kapak yang tepat, ataupun menimbulkan huru-hara sepenuhnya, bergantung pada cabang kemahiran yang digunakannya.

Dia merupakan pilihan yang sangat baik untuk pemain yang mahukan variasi dalam gameplay dan kemampuan untuk beradaptasi mengikut keadaan.

Pertarungan Bos: Idolator Sol

Kredit: 2K

Dalam sesi previu ini, kami juga berkesempatan menentang bos bernama Idolator Sol. Ia merupakan satu pertarungan yang lebih tersusun dan unik jika dibandingkan dengan Primordial Guardian Inceptus dari previu lepas.

Pertarungan menentang Inceptus memerlukan pemain menggunakan cangkuk di udara untuk menyerang titik lemahnya, manakala Sol lebih mirip pertempuran bos di darat yang konvensional, dengan serangan yang mempunyai corak yang jelas, yang menguji kebolehan anda untuk terus bergerak dan mengelak.

Kredit: 2K

Aspek utama pertarungan ini melibatkan perisainya yang kebal, yang hanya dapat dilemahkan untuk seketika menggunakan kanister khas yang dijatuhkan semasa fasa serangan tiangnya. Kanister ini perlu dicangkuk dan dibaling ke arah bahagian badan tertentu untuk mendedahkan titik lemahnya.

Sepanjang pertarungan, musuh-musuh yang lebih kecil akan turut serta, bukan sahaja untuk menjadi gangguan, tetapi juga sebagai sumber tenaga untuk Sol. Sekiranya Sol berjaya menyerap mereka, perisainya akan pulih sepenuhnya, menyebabkan anda kehilangan peluang untuk menyerang sehinggalah fasa tiang yang seterusnya.

Oleh itu, anda perlu menghapuskan mereka sebelum proses penyerapan itu selesai.

Kredit: 2K

Pada masa yang sama, Sol akan terus-menerus mendesak pemain dengan serangan hayunan yang memerlukan double jump untuk dielak, hentaman AoE yang memerlukan anda melompat ke tempat selamat, serta penanda di seluruh arena yang memaksa anda mencari zon selamat tanpa berhenti menyerang.

Setiap kali bar nyawanya berkurangan, pertarungan menjadi semakin sukar, pantas, dan berbahaya.

Kredit: 2K

Kesimpulannya, pertarungan menentang Idolator Sol adalah satu pertembungan di darat yang tersusun dalam siri Borderlands. Corak serangannya yang boleh dibaca seperti hayunan, hentaman, dan penanda arena menuntut pemain untuk sentiasa aktif mengelak dan bijak memilih posisi.

Pada masa yang sama, keperluan untuk menguruskan mekanik kanister dan menghapuskan musuh kecil menambahkan lagi tekanan.

Ia membawa kelainan yang segar berbanding kekalutan yang menjadi kebiasaan siri ini; ia kurang menekankan aspek menembak tanpa henti, sebaliknya lebih fokus kepada keupayaan membaca corak, bijak mengatur masa mengelak, dan melancarkan serangan balas pada waktu yang tepat.

Pendapat Setakat Ini

Dengan kemasukan Harlowe dan Amon, previu ini membuktikan tahap variasi tinggi yang ditawarkan oleh barisan Vault Hunter baharu. Harlowe cemerlang dalam crowd control dengan gajet-gajet uniknya, membolehkan pemain mengunci pergerakan musuh atau menyokong rakan sepasukan.

Sementara itu, sistem pelbagai skil milik Amon menjadikannya salah satu watak paling fleksibel dalam sejarah siri ini, dengan keupayaan untuk bertukar antara peranan bertahan dan menyokong, membuat lontaran kapak yang tepat, atau menyerang secara habis-habisan, bergantung pada cabang yang dipilih.

Kredit: 2K

Pertarungan menentang Idolator Sol menegaskan lagi fokus kepada variasi ini, dengan menawarkan pertempuran bos yang mengurangkan sedikit rentak ‘spray-and-pray’ yang sinonim dengan Borderlands, dan menggantikannya dengan pendekatan yang lebih teratur dan boleh dijangka.

Keperluan untuk mengelak serangannya, menguruskan kanister, dan menghalang musuh kecil daripada memulihkan perisainya menjadikan pengalaman menentangnya lebih strategik, mendebarkan, dan memuaskan.

Apabila digabungkan dengan reka bentuk Vault Hunter yang baharu, previu ini menunjukkan bahawa siri Borderlands kali ini bukan sekadar lebih luas, malah direka dengan lebih teliti untuk mencabar pemain supaya sentiasa menyesuaikan diri, membaca corak serangan, dan menguasai pelbagai strategi pertempuran.

Kredit: 2K

Borderlands 4 akan dilancarkan pada 12 September 2025 untuk PS5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam dan Epic Games Store), diikuti dengan pelancaran untuk Nintendo Switch 2 pada 3 Oktober 2025. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Borderlands.

Tags: Borderlands 4previu
ShareTweetSend
Previous Post

Gameplay Pertama ‘007 First Light’, Akan Dilancarkan Mac 2026!

Next Post

[TableCon Quest 2025] Pengalaman Bermain ‘Godzilla Card Game’, Mara Atau Hentikan Serangan Kaiju!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
[TableCon Quest 2025] Pengalaman Bermain ‘Godzilla Card Game’, Mara Atau Hentikan Serangan Kaiju!

[TableCon Quest 2025] Pengalaman Bermain 'Godzilla Card Game', Mara Atau Hentikan Serangan Kaiju!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd