Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Big Walk – Mengapa Elemen Kerjasama Menjadikan Game Ini Unik?

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2026
in Artikel, Berita, Multiplayer, PC, Preview, PS5, Steam
0 0
0
Previu Big Walk – Mengapa Elemen Kerjasama Menjadikan Game Ini Unik?
Share on FacebookShare on Twitter

Banyak game cooperative (co-op) bergantung pada suasana kecoh dan kelam-kabut untuk menarik perhatian pemain, tetapi Big Walk memilih pendekatan yang lebih santai. Game ini merupakan sebuah multiplayer adventure yang mengutamakan elemen eksplorasi dan komunikasi.

Bukan Game Co-op Biasa

Game ini dibangunkan oleh House House, studio di sebalik Untitled Goose Game. Konsepnya tercetus semasa tempoh lockdown pada tahun 2020.

Ketika itu, barisan pembangun yang kerap berhubung melalui permainan video mendapat idea untuk menghasilkan sesuatu yang dapat menggambarkan keseronokan melepak bersama rakan-rakan.

Ia akan dilancarkan pada akhir tahun ini di PC dan PlayStation 5, lengkap dengan sokongan cross-play supaya pemain dari pelbagai platform boleh berkumpul di dalam lobi yang sama.

Big Walk menyokong sehingga 12 pemain dan direka agar bersesuaian dengan tiga saiz kumpulan: berpasangan, bertiga, atau kumpulan lebih besar bermula daripada empat orang. Semasa sesi previu kami, sebuah kumpulan seramai lima orang telah meneroka zon tutorial.

Walaupun sekadar kawasan pengenalan, kawasannya cukup luas sehinggakan pemain boleh berpecah ke pelbagai arah. Ini sekali gus membuatkan alat komunikasi terasa seperti keperluan sebenar, bukannya sekadar gimik.

(Notis tentang prestasi sepanjang sesi kami: hos berada di Amerika Syarikat manakala pemain lain menyambung dari Asia Tenggara. Hal ini menyebabkan sambungan terputus seketika beberapa kali. Namun, selain daripada gangguan jarak tersebut, game ini berjalan dengan lancar. Bermain dengan hos yang berada lebih dekat dengan lokasi anda pasti akan memberikan pengalaman yang jauh lebih lancar.)

Berhubung Tanpa Sempadan

Komunikasi merupakan sorotan utama Big Walk, dan game ini menawarkan beberapa cara kreatif untuk sentiasa berhubung. Fungsi standard proximity-based voice dan text chat tersedia dan berfungsi dengan baik.

Proximity text chat pula menampilkan satu sentuhan yang sangat menarik: semakin jauh seseorang pemain itu merayau, semakin pudar dan sukar untuk dibaca mesej teks mereka. Butiran kecil sebegini secara tidak langsung menyerlahkan lagi jarak fizikal sebenar antara pemain.

Jika tidak mahu menggunakan suara atau teks, anda juga boleh melambaikan tangan untuk memberi isyarat kepada rakan-rakan. Walaupun ‘simple’, ia sangat membantu semasa menyelaraskan pergerakan untuk menyelesaikan puzzle.

Apabila ahli kumpulan mula berpecah, alat seperti laser pointer dan teropong menjadi sangat penting bagi membantu menunjukkan arah laluan atau objek yang sukar dilihat oleh rakan sepasukan yang bersendirian.

Sesi previu juga memperkenalkan penggunaan papan putih yang membantu dalam navigasi dan berkemungkinan memainkan peranan untuk menyelesaikan puzzle nanti. Menariknya, puzzle dalam game ini bukanlah mini-game terasing, sebaliknya disepadukan sepenuhnya dengan mekanik pergerakan dan komunikasi.

Anda perlu menggunakan isyarat tangan, proximity chat, serta pelbagai peralatan lain untuk menyelesaikannya. Malah, ada puzzle yang direka khas untuk menyekat kebolehan anda bercakap sepenuhnya, lantas memaksa kumpulan kita bergantung sepenuhnya pada isyarat tangan atau kaedah kreatif lain untuk melepasi halangan tersebut.

Kitaran siang dan malam dalam game ini turut memberi kesan langsung kepada cara bermain. Apabila malam menjelma, pemain mesti membawa bebola bercahaya untuk menerangi laluan. Tugasan ini memaksa semua orang untuk lebih peka dengan permukaan tanah di sekeliling berbanding hanya meluru ke hadapan tanpa berfikir.

Di samping itu, anda boleh menggunakan barangan berguna lain seperti bunga api untuk memberikan isyarat atau menavigasi pada jarak yang sangat jauh dalam gelap tanpa perlu berkumpul rapat.

Dunia Luas untuk Bebas Bergaul

Dalam zaman di mana kebanyakan game co-op bergantung pada fizik atau mekanik yang pelik, Big Walk sebaliknya menonjolkan keseronokan lebih santai melalui penerokaan dan penyelesaian masalah bersama.

Game ini menggunakan elemen jenaka bersahaja, namun unsur lawak lahir secara semula jadi daripada interaksi sesama pemain, bukannya daripada sistem gameplay yang dipaksakan.

Reka letak peta dalam game dibina dengan teliti demi memudahkan pergerakan pemain. Semasa sesi bermain, kumpulan kami sempat merayau ke kawasan sekitar air dan berakhir di satu sudut yang kelihatan seperti jalan buntu. Namun, kami masih boleh melompat dan memanjat semula ke laluan utama dengan mudah.

Reka bentuk sebegini sangat bijak kerana mengelakkan pemain daripada tersangkut di laluan mati… satu perkara yang amat penting bagi game yang menggalakkan penerokaan bebas.

Malah, dunia game ini menggalakkan anda untuk berpecah. Sesetengah cabaran memerlukan kumpulan kecil menyelesaikan puzzle dari lokasi yang berbeza dan berjauhan, di samping menggunakan alatan khas untuk terus berhubung.

Pemain boleh berpecah secara berpasangan, menyelesaikan bahagian tugasan masing-masing, dan kemudian berkumpul semula untuk berkongsi penemuan mereka.

Watak-wataknya pula bergerak dengan gaya yang kekok tetapi cukup ekspresif, amat serasi dengan nada game yang santai ini. Walaupun tidak disahkan secara rasmi semasa previu, rekaan mereka berupa seperti burung yang sangat kena dengan gaya seni berwarna-warni dan ceria.

Melihat rakan-rakan kita berjalan terkedek-kedek dan memberi pelbagai isyarat di skrin sudah pun memberikan banyak keseronokan: sesuai sekali dengan konsep game ini yang mahu dijadikan sebagai tempat melepak secara maya.

Hampir semua objek yang ditemui boleh diambil, digunakan, atau ditendang sesuka hati. Walaupun nampak ringkas, interaksi sebegini membuatkan dunia game terasa seperti sebuah taman permainan yang luas, bukannya sekadar latar belakang kosong.

Di samping itu, ada pelbagai tarikan interaktif kecil yang bertaburan di sekeliling: seperti stesen muzik dan permainan rawak. Walaupun tiada kaitan dengan objektif utama, ia memberi aktiviti santai untuk kita mengisi masa semasa berjalan dari satu kawasan ke kawasan lain.

Pengembaraan Tentang Kebersamaan

Sebaik sahaja sesi previu selesai, pihak pembangun mendedahkan bahawa ada dunia yang jauh lebih luas menanti di sebalik kawasan tutorial. Memandangkan kawasan permulaan sahaja sudah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, kehadiran peta yang jauh lebih besar ini memberi gambaran awal tentang betapa luasnya game penuh itu nanti.

Secara keseluruhan, Big Walk memberi tumpuan kepada keseronokan meluangkan masa bersama orang yang anda hargai. Penyelesaian puzzle memberikankan matlamat untuk dicapai, alatan yang disediakan memastikan pemain terus berhubung, manakala dunia pula memberikan ruang yang luas untuk bersenang-lenang bersama-sama.

Sama ada bekerjasama menyelesaikan puzzle yang rumit atau sekadar mengusik rakan dengan mencuri barang kegemaran mereka lalu menendangnya ke dalam laut, ‘kebersamaan’ penuh jenaka inilah yang sebenarnya cuba ditonjolkan oleh game tersebut.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi.

Tags: Big Walkpreviu
ShareTweetSend
Previous Post

[Eksklusif] Temu Ramah Bersama LiSA: Ratu Anisong Kongsi Segalanya, “Janji Akan Kembali Ke Malaysia!”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Temu Ramah Bersama LiSA: Ratu Anisong Kongsi Segalanya, “Janji Akan Kembali Ke Malaysia!”
Eksklusif

[Eksklusif] Temu Ramah Bersama LiSA: Ratu Anisong Kongsi Segalanya, “Janji Akan Kembali Ke Malaysia!”

June 9, 2026
Reviu ROG Zephyrus G16 (2026) – Harga ‘Kayangan’, Tapi Prestasi Terlebih Puas Hati!
Review

Reviu ROG Zephyrus G16 (2026) – Harga ‘Kayangan’, Tapi Prestasi Terlebih Puas Hati!

June 9, 2026
Palworld Akan Tinggalkan Early Access – Version 1.0 Dilancarkan 10 Julai
Berita

Palworld Akan Tinggalkan Early Access – Version 1.0 Dilancarkan 10 Julai

June 9, 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd