Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Tales of Arise: Meneroka dunia baru untuk sebuah JRPG klasik!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2021
in Artikel, Berita, JPRG, Pandangan Pertama, PC, PS4, PS5, Review, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Preview Tales of Arise: Meneroka dunia baru untuk sebuah JRPG klasik!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam tempoh beberapa bulan lagi, Bandai Namco akan melancarkan Tales of Arise, entri ke-17 dalam francais JRPG popular sempena menyambut ulang tahun ke-25 francais. Diberi peluang oleh Bandai Namco Entertainment, saya mendapat kehormatan untuk mencuba Tales of Arise di PC menggunakan aplikasi Shadow.tech! Harus diperhatikan bahawa versi permainan yang saya cuba hanyalah versi awal, dan bukan permainan penuh, oleh itu beberapa ciri mungkin belum tersedia. Berikut adalah preview awal saya Tales of Arise!

Gameplay asas & mekanik

Di awal preview ini, saya diminta untuk memilih salah satu watak yang boleh dimainkan. Harus diperhatikan bahawa menu “character selection” hanya terhad kepada versi demo sahaja dan membolehkan saya mencuba semua watak.

Sistem pertempuran secara keseluruhan masih menggunakan konsep lama tetapi menambahkan beberapa fitur baru. Kita akan melakukan serangan biasa (basic attack) menggunakan butang R1 untuk PlayStation dan butang RB untuk Xbox. Kombo asas adalah seperti biasa di mana kita melakukan tiga serangan biasa dan kemudian akhir dengan teknik Artes seperti Demon Fang dan sebagainya. Terdapat juga Overlimit dan Mystic Artes. Berbeza daripada permainan sebelum, kita tidak lagi menekan satu butang arte + satu butang D-Pad untuk melancarkan serangan. Kini, tiga daripada empat butang D-Pad memiliki enam teknik Artes iaitu tiga serangan di darat dan tiga serangan di udara.

Satu lagi penambahan baru adalah kemampuan untuk menggunakan Perfect Dodge. Sekiranya “timing” tepat, anda tidak mengalami damage dan bahkan mampu melakukan serangan balas! Terdapat butang khusus untuknya – tetapi jika timing salah, kita hanya akan mengelak seperti biasa. Musuh juga boleh mempunyai titik kelemahan, dan jika kita berjaya memukul kelemahan ini, maka musuh akan mengalami lebih banyak damage atau juga boleh kena stun. Kadang kala, titik kelemahan ini boleh disasarkan secara langsung, tetapi pertarungan bos sudah tentu memerlukan kita menyerang di sudut atau posisi yang sesuai.

Perubahan terbesar yang saya nak jelaskan di sini adalah penambahan CP atau Cure Points. Kita hanya ada satu “bar” untuk seluruh parti dan bar ini boleh habis apabila kita sembuhkan diri atau Artes berunsur sokongan. CP tidak akan pulih dari masa ke masa dan memerlukan kita menggunakan barang penyembuhan atau berehat di Inn/Camping. Oleh kerana sistem ini, saya rasa permainan ingin mendorong pemain untuk lebih menggunakan mekanik mengelak. Mensasarkan titik kelemahan juga boleh membuat pertempuran lebih mudah, kalau anda dapat memahirkan timing.

Tahap kesukaran & penerokaan dunia luas

Orang yang tidak biasa dengan permainan aksi dan hanya ingin menikmati jalan cerita boleh mengubah tahap kesukaran. Permainan biasanya akan menggunakan “Easy” untuk menggambarkan tahap kesukaran paling mudah, tetapi di sini ia dinamakan “Story”. Saya sendiri sudah mencuba tahap Story / Normal / Moderate dan mendapati memang ada perbezaan yang jelas, terutamanya antara Story dan Normal. Saya dapat melakukan lebih banyak damage pada musuh dan serangan mereka tidak begitu sakit di Story Mode. Antara Normal dan Moderate, perbezaan utama adalah serangan musuh lebih menyakitkan.

Seterusnya, saya ingin menjelaskan tentang aspek penjelajahan dunia. Ini sudah tidak asing lagi bagi sesiapa saja yang pernah bermain Tales of Xillia, Zestiria, atau Berseria di mana kamera dapat digerakkan sepenuhnya serta kita boleh menyiasat titik penting dan interaksi bersama persekitaraan. Titik penting ini tidak sepenuhnya rawak dan jika saya berdiri di sebelah tanaman, ia mungkin memberi sejenis ramuan atau beri. Jika anda menghampiri seekor lembu, anda akan mendapat susu! Jadi selebihnya anda boleh faham bagaimana ia berfungsi. Memandangkan Tales of Arise memperkenalkan abiliti untuk berenang, saya juga dapat menangkap ikan ketika berada di dalam air.

Untuk musuh pula, permainan kini mempunyai sejenis penanda di skrin jika ada musuh yang berdekatan dalam arah tertentu tetapi masih berada di luar penglihatan pemain. Sekiranya anda ingin mengelakkan daripada bertarung untuk memajukan jalan cerita dengan lebih cepat, anda masih dapat melarikan diri dari raksasa tersebut. Disebabkan ada petanda ini, ia juga memudahkan kita untuk mendapat XP (experience points).

Satu perkara penting yang saya juga ingin jelaskan adakah Fireplace yang berguna untuk kita memulihkan HP, CP dan juga membenarkan kita memasak! Sekiranya watak pandai memasak hidangan tertentu, kesannya akan berubah. Sebagai contoh, jangka masa untuk efek itu mungkin semakin pendek tetapi kesannya lebih kuat.

Kembali kepada sub-topik asal, mari kita berbincang tentang visual persekitaran. Permainan kini tidak mempunyai sentuhan visual retro seperti yang pernah kita lihat dalam permainan Tales sebelum, dan lebih berwarna-warni serta cantik secara keseluruhan. Bandai Namco memang tidak pernah berniat untuk memberikan grafik yang sangat realistik (seperti Ghost of Tsushima, The Last of Us Part 2) tetapi hanya ingin memberikan grafik yang lebih cantik dan tepat untuk zaman moden.

Dalam demo yang saya cuba, visi ini berjaya dicapai. Tales of Berseria pun sudah cukup cantik, tetapi Arise lebih hebat 100x kali ganda. Berbanding dengan kebanyakan video gameplay yang ditunjukkan, kawasan gurun Calaglia dan kawasan salji Cyslodia, yang terdapat dalam versi demo jauh lebih cantik dan walaupun grafiknya mungkin jatuh ke arah realisme, ia masih mengekalkan estetika ikonik yang ada dalam siri Tales.

Pendapat

Itu sahaja untuk preview awal saya bagi Tales of Arise. Perkara yang paling penting saya pelajari semasa sesi percubaan ini adalah bahawa walaupun menambahkan pelbagai fitur dan mekanik baru, ia masih mengekalkan imej ikonik dalam siri Tales. Oleh kerana saya bermain demo ini melalui stream play, saya tidak boleh memberi komen tentang load time dan perbandingan grafik sebenar. Secara visual, ia memang kelihatan sangat cantik, tetapi itu bukan sebab yang kukuh untuk membuat keputusan.

Dengan itu, saya akan menamatkan preview Tales of Arise ini. Permainan akan dikeluarkan pada 10 September untuk PS5, Xbox Series X | S, PS4, Xbox One, dan PC. Untuk segala liputan kami tentang siri permainan, sila tekan pautan ini.

Video gameplay

Muat turun di sini
Tales of Arise
Publisher: Bandai Namco Entertainment
Release Date: 2021-09-09
Microsoft Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
Tales of Arise adalah permainan ARPG yang akan datang dikembangkan dan diterbitkan oleh Bandai Namco Entertainment. Entri utama ketujuh belas dalam siri Tales, pada awalnya dirancang untuk dilancarkan pada tahun 2020 untuk Microsoft Windows, PlayStation 4 dan Xbox One, tetapi ditunda hingga September 2021 kerana pandemi COVID-19.

Tags: DemoJPRGPreviewreviewtales of ariseulasan
Previous Post

SHIN MEGAMI TENSEI V akan dilepaskan pada 11 November dan Edisi Pra-pesan didedahkan!

Next Post

Legend of Mana: The Teardrop Crystal akan diadaptasi dalam anime, Akan datang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Legend of Mana: The Teardrop Crystal akan diadaptasi dalam anime, Akan datang!

Legend of Mana: The Teardrop Crystal akan diadaptasi dalam anime, Akan datang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In