Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Pearl – Map Valorant baru bawah air yang menawan, gunakan 100% strategi!

safwan by safwan
June 18, 2022
in Artikel, Berita, PC, Preview, Shooter
0 0
0
Preview Pearl – Map Valorant baru bawah air yang menawan, gunakan 100% strategi!
Share on FacebookShare on Twitter

Valorant merupakan game FPS esports yang semakin berkembang bukan dari segi kejohanan yang dianjurkan tetapi dari segi kandungan dalam game juga. Setelah hampir setahun tidak mengeluarkan map baharu, kini Riot Games kembali dengan menambah satu lagi map baharu yang dipanggil Pearl pada patch akan datang dalam Valorant.

Pearl akan ditambah pada patch 5.0 yang dijadualkan akan keluar pada 22 Jun 2022. Sudah pasti Pearl akan memberikan cabaran baharu kepada pemain dengan pelbagai reka bentuk. Jadi, kami mendapat peluang untuk mencuba map baharu ini terlebih dahulu. Jika korang nak tahu lebih lanjut, jom kami ceritakan.

Map Cantik Di Bawah Air

Apabila ditanya tentang map paling estetik di Valorant, kami berani menjawab bahawa map terbaru – Pearl adalah yang paling cantik. Reka bentuknya di bawah lautan dengan pelbagai hiasan akuatik, ia betul-betul membuatkan mata kami relaks sepanjang bermain. Sedangkan Valorant adalah game kompetitif yang sangat sengit untuk mengalahkan satu sama lain.

Pada pendapat kami, map ini direka dengan sangat baik, bukan sahaja secara visual, penempatan pelbagai elemen dan objek juga boleh dirasai sangat ngam serta menambahkan kesan yang membuatkan pemain teruja ketika bermain.

Tiada Gimik Istimewa

Memang tidak dinafikan pelbagai map dalam Valorant sentiasa mempunyai pelbagai gimik untuk melengkapinya. Contohnya dalam Icebox terdapat tali untuk anda naik dan turun, dalam Fracture juga terdapat tali untuk anda naik dari hujung ke hujung map , dan dalam Bind terdapat teleporter untuk bergerak dengan pantas. Tetapi di dalam Pearl? Tiada gimik seperti yang kami nyatakan dalam map lain.

Pearl tiada tali, tiada pintu, tiada teleporter. Jika anda ingin pergi ke sesuatu kawasan, pilihannya hanya berjalan kaki. Pada pendapat kami, ini adalah perubahan yang cukup baik dan positif di mana pemain akan diminta untuk membuat strategi baru untuk mencapai kemenangan.

Gameplay Berat Sebelah

Pada pendapat kami, map Pearl lebih memfokuskan kepada Defender berbanding Attacker terutamanya apabila ia datang ke Site B. Terdapat sekurang-kurangnya dua cara untuk memasuki Site B dengan selamat tanpa perlu melalui tempat spawn Defender.

Cara pertama dengan pergi ke Ramp B di mana Defender mempunyai masa yang cukup untuk membuat persediaan dan mula mencari musuh apabila pusingan bermula. Cara kedua adalah melalui B Link di mana pasukan Attacker berpotensi untuk ditewaskan oleh Defender yang boleh bersiap sedia di Tower B.

Sementara itu, Site A kelihatan lebih seimbang untuk kedua-dua pihak. Terdapat banyak pilihan untuk Attacker masuk. Walaupun begitu, Defender juga mempunyai banyak pilihan tempat untuk bertahan menentang Attacker. Sekurang-kurangnya di Mid Plaza Attacker juga boleh menguasainya, jika gagal untuk menguasai kawasan tersebut, anda boleh diserang oleh Defender.

Kesimpulan

Pada pendapat kami, Pearl adalah map yang berbeza berbanding dengan map lain terutamanya kepada anda yang terlalu bergantung pada gimik seperti yang ada pada map lain. Dalam Pearl, semuanya kena berjalan kaki dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Walaupun Defender mempunyai kelebihan sedikit berbanding Attacker, saya pasti ianya boleh diabaikan kerana ia juga bergantung pada strategi yang diguna pakai oleh pemain.

Selain keindahan Pearl, siapa sangka pemain perlu menjadi bijak dengan menggunakan strategi yang betul atau pemain boleh mengambil langkah yang salah dalam membuat keputusan. Mengambil kawasan, menggunakan skill, menentukan masa untuk bertempur, semuanya akan menjadi perkara yang cukup menarik untuk dinikmati di map yang akan hadir dalam Patch 5.0 pada 22 Jun 2022.

Jadi, anda rasa bagaimana dengan map baharu, Pearl yang akan ditambah ke dalam Valorant tidak lama lagi? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Untuk lebih banyak berita menarik mengenai Valorant, sila klik pautan ini.

Tags: VALORANTValorant Pearl
Previous Post

eFootball 2022 lancar Season 2 dengan pelbagai Dream Team Power Pack di konsol, PC dan mobile!

Next Post

Ace Combat 7 – TOP GUN: Maverick DLC – Terbang ke langit bersama pesawat ikonik dari filem

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Ace Combat 7 – TOP GUN: Maverick DLC – Terbang ke langit bersama pesawat ikonik dari filem

Ace Combat 7 - TOP GUN: Maverick DLC - Terbang ke langit bersama pesawat ikonik dari filem

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd