Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Preview Marvel Tōkon: Fighting Souls – Senang Nak Belajar, Tapi Susah Nak “Pro”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 2, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, Fighting, PC, Preview, PS5, Steam
0 0
0
Preview Marvel Tōkon: Fighting Souls – Senang Nak Belajar, Tapi Susah Nak “Pro”
Share on FacebookShare on Twitter

Kami meluangkan masa kira-kira satu jam setengah bermain Marvel Tōkon: Fighting Souls di PS5, dan pengalamannya memang cukup menyeronokkan. Walaupun pengalaman terhad, kami sudah dapat melihat dengan jelas apa yang cuba dicapai oleh pihak developer Arc System Works.

Khususnya, Marvel Tōkon jelas direka untuk menyambut pemain yang tidak pernah menyentuh game fighting sebelum ini, membolehkan mereka terus mencuba dan melakukan gerakan hebat serta-merta.

Namun, kemudahan ini hanyalah separuh daripada tarikan. Di sebalik rekaan yang mesra pemain, ia sebenarnya sebuah game yang mempunyai tahap mekanikal tersendiri: menampilkan command combo, permainan minda, sistem Counter pelbagai lapisan, Assemble Gauge, dan banyak lagi.

Pemain baharu memang boleh melakukan combo yang menarik hanya dengan ‘button mashing’. Namun, untuk bersaing di peringkat tinggi atau mahirkan game ini sepenuhnya, ada banyak mekanik yang perlu difahamkan.

(Nota: Semua imej yang dipaparkan dalam artikel ini dirakam terus daripada konsol PS5.)

Mekanik Gameplay

Sepanjang sesi hands-on, kami sempat menguji melawan bot AI dan juga rakan media lain yang hadir. Bagi yang baru berjinak-jinak, anda boleh menggunakan ‘simplified input’ seperti butang L1, L2, dan R2 untuk melancarkan ‘Super Move’ atau ‘Ultimate Attack’ tanpa perlu menghafal gerakan yang rumit.

Sementara itu, pemain yang mahukan ketepatan (atau sudah biasa dengan muscle memory game fighting) boleh memilih untuk menggunakan input command tradisional yang turut disokong sepenuhnya.

Langkah ini memberikan kawalan yang jauh lebih tepat, sekali gus membantu anda menguruskan Assemble Gauge dengan lebih cekap dan meletakkan diri dalam posisi terbaik untuk melancarkan ‘counterattack’. Semuanya berbalik kepada keselesaan individu.

Apa yang Membuatkan Marvel Tōkon Istimewa?

Identiti sebenar game ini terletak pada sistem Assemble. Marvel Tōkon ialah sebuah game genre tag-team fighter 4v4, tetapi menguruskan dinamik pasukan secara berbeza berbanding kebanyakan game tag-team lain.

Berbeza dengan game biasa yang membolehkan kita menukar keempat-empat watak sejak awal perlawanan, Marvel Tōkon mengehadkan permulaan kepada satu fighter aktif dan satu watak Assist sahaja.

Jika tewas dalam sesuatu pusingan, slot watak Assist tambahan akan terbuka. Mekanik comeback yang bijak ini memberikan pemain yang ketinggalan lebih banyak kelebihan untuk merapatkan jurang, menjadikan perlawanan sentiasa sengit dan mendebarkan sehingga saat akhir.

Sistem penukaran watak juga mempunyai peraturan tersendiri; anda tidak boleh menukar fighter aktif sesuka hati pada bila-bila masa. Sebaliknya, kekalahan dalam sesuatu pusingan barulah membuka peluang untuk memanggil watak Assist bagi melakukan serangan mengejut.

Walau bagaimanapun, Team Leader tetap menjadi fighter utama yang paling kerap digunakan. Pemilihan Leader sangat penting kerana mereka menjadi asas kepada strategi keseluruhan.

Apabila Skill Gauge penuh, anda boleh mengaktifkan “Tōkon Assemble” untuk memanggil kesemua empat watak serentak demi menghasilkan team damage yang dahsyat.

Counter: Sistem Bertahan yang Pelbagai Lapisan

Sistem Counter juga merupakan antara ciri defensif yang sangat menarik. Fungsinya seakan-akan mekanik parry, tetapi dengan lebih banyak lapisan dan pilihan taktik:

  • Assemble Counter: Dengan menekan butang Belakang + Light Attack + Assist ketika ‘block’, watak anda akan melakukan ‘backdash’ (secara kebal) untuk keluar daripada tekanan musuh, sambil memanggil sekutu untuk menyerang balas. Langkah ini menggunakan satu bar Assemble Gauge, jadi gunakannya pada waktu yang betul.
  • Crossover Counter: Bertindak seperti ‘Alpha Counter’ yang menolak musuh ke belakang untuk memutuskan serangan mereka. Namun, anda perlu berhati-hati kerana pihak lawan boleh membaca gerakan ini dan membalasnya dengan ‘Crossover Reflect’, lalu mendedahkan diri anda kepada serangan balas jika timing mereka tepat.
  • Perfect Reflect: Deflect dengan timing yang tepat akan membatalkan serangan musuh sepenuhnya. Bagaimanapun, risikonya ialah anda tidak boleh memanggil watak assist buat sementara waktu… menjadikannya satu mekanik “high-risk, high-reward”.

Secara keseluruhan, variasi sistem defensif memberi elemen strategi yang luas dalam perlawanan. Pemain yang pandai membaca corak permainan pihak lawan dan bertindak balas dengan cepat akan dibalas dengan ganjaran yang lebih bagus, berbanding mereka yang hanya menyerang tanpa henti.

Watak-Watak Yang Ada

Berbanding closed beta yang hanya menawarkan 8 watak, build uji cuba kali ini membawakan 14 fighter yang dibahagikan kepada lima pasukan unik:

  • Unbreakable X-Men: Storm, Magik, Wolverine, Danger
  • Amazing Guardians: Spider-Man, Ms. Marvel, Star-Lord, Peni Parker
  • Fighting Avengers: Captain America, Iron Man, Black Panther
  • Knights of Doom: Doctor Doom, Magneto
  • Samurai Outriders: Ghost Rider

Fokus kami sepanjang sesi previu ini tertumpu kepada dua watak terbaharu: Black Panther dan Magneto yang menawarkan gaya permainan yang sangat berbeza.

Black Panther merupakan watak jenis rushdown yang pantas dan lincah. Beliau mampu merapatkan jarak dalam sekelip mata untuk terus memberi tekanan kepada musuh.

Bagaimanapun, beliau bukan sahaja fighter jarak dekat biasa kerana turut dibekalkan dengan kebolehan melemparkan tombak dan pisau untuk mengganggu musuh dari jarak jauh.

Campuran kelajuan dan serangan jarak jauh ini menjadikannya watak yang sangat fleksibel; anda boleh memilih untuk menyerang rapat atau bermain secara lebih selamat menggunakan taktik poke-heavy. Jika gemarkan watak yang pantas dan agresif, Black Panther ialah pilihan yang disyorkan.

Sebaliknya, Magneto pula bermain dengan rentak yang lebih perlahan dan taktikal. Beliau sangat bergantung kepada ‘Charged Attack’, yang bermakna anda memerlukan kesabaran tinggi serta setup yang rapi untuk menyerlahkan potensinya.

Walaupun tidak mempunyai kelebihan dari segi kelajuan, setiap serangannya sangat kuat dan mendaratkan Charged Move yang tepat akan menghasilkan damage yang amat besar. Watak ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar merancang setiap serangan berbanding meluru tanpa hala tuju.

Ini menjadikan Magneto pilihan terbaik bagi pemain yang suka gameplay berimpak tinggi yang memerlukan timing tepat berbanding serangan yang berterusan.

Pendapat Setakat Ini

Mencari titik keseimbangan antara mesra pemain dan tahap mekanikal yang tinggi bukanlah perkara yang mudah. Namun, sesi previu ini membuktikan Marvel Tōkon: Fighting Souls mampu capai formula itu… dengan menyambut komuniti beginner tanpa mengetepikan golongan veteran yang gemar gameplay kompleks.

Melihat kepada barisan watak yang semakin berkembang, kami tidak sabar untuk mencuba game rasmi apabila ia dilancarkan nanti.

Game ini akan dilancarkan pada 6 Ogos 2026 di PlayStation 5 serta PC (melalui Steam dan Epic Games Store).  Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi

Tags: MARVEL Tōkon: Fighting Soulspreviu
ShareTweetSend
Previous Post

Mengapa DOOM: The Dark Ages | Revelations Adalah Cabaran Paling Bercita-Cita Tingi Dalam Sejarah DOOM?

Next Post

Sony Akan Berhenti Jual Cakera Game PlayStation Bermula 2028

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Sony Akan Berhenti Jual Cakera Game PlayStation Bermula 2028
Berita

Sony Akan Berhenti Jual Cakera Game PlayStation Bermula 2028

July 2, 2026
Mengapa DOOM: The Dark Ages | Revelations Adalah Cabaran Paling Bercita-Cita Tingi Dalam Sejarah DOOM?
Temuramah

Mengapa DOOM: The Dark Ages | Revelations Adalah Cabaran Paling Bercita-Cita Tingi Dalam Sejarah DOOM?

July 1, 2026
Previu DOOM: The Dark Ages | Revelations – Slayer Bangkit Dari Purgatory
Preview

Previu DOOM: The Dark Ages | Revelations – Slayer Bangkit Dari Purgatory

July 1, 2026
Next Post
Sony Akan Berhenti Jual Cakera Game PlayStation Bermula 2028

Sony Akan Berhenti Jual Cakera Game PlayStation Bermula 2028

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd