Berikutan pelancaran yang agak bermasalah, Battlefield 2042 perlahan-lahan mula bangkit semula dan kini sedang sibuk menghasilkan content Season 2 bernama Master of Arms! Jadi apa yang pemain boleh jangka daripada game?
Pertama sekali, Season 2 akan memperkenalkan seorang lagi Specialist baru, tiga senjata baru, peta original baru yang “fokus pada pertempuran jarak dekat”, kenderaan baru, alat baru, ciri baru dan banyak lagi. DICE akhirnya menjawab permintaan peminat tetapi apakah isi kandungan sebenar?
Tanpa melengahkan masa lagi, jom kita lihat segala content baru yang ditambahkan ke Battlefield 2042 Season 2: Master of Arms!
Peta original – Stranded
Ini adalah peta yang berpusat di tasik kering di Panama yang menyembunyikan satur ahsia gelap. Rupanya terdapat sebuah kapal kontena yang karam pada peta itu dan di dalamnya adalah pusat perdagangan senjata haram. Secara keseluruhan, kita akan bertarung di sekitar dan di dalam kapal kontena secara jarak dekat.
Renewal & Orbital menerima kemas kini
Peta Renewal dan Orbital telah dikemas kini – dengan perubahan untuk membuatkan bahagian traversal lebih baik, menambah lebih banyak objek untuk pemain berteduh dan beberapa perubahan lain untuk tambah baik playability. Peta baru Renewal akan keluar pada bulan September manakala peta baru Orbital akan keluar bulan Oktober.
Specialist – Charlie Crawford
Charlie Crawford ialah Specialist baru untuk Battlefield 2042 Season 2. Watak itu berasal dari United Kingdom dan berumur 40 tahun, serta pernah berkhidmat dalam MI6 selama 17 tahun. Dia menjual senjata untuk Dark Market Council, lalu mewujudkan Dark Market Vault, yang digambarkan sebagai “perniagaan yang mengkhususkan diri dalam penjualan senjata vintaj daripada peperangan dan konflik lama sejak WW2.”
Menurut DICE, abilitinya membolehkan Crawford menghidupkan semula rakan sepasukan dan menambah ammo bagi gajet rakan sepasukan tersebut. Selain itu, dia boleh menyeru Mounted Vulcan minigun, siap lengkap dengan perisai, yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Namun, anda perlu berhati-hati dengan minigun itu, kerana bukan rakan sepasukan sahaja yang boleh menggunakannya, malah pihak lawan pun boleh memanfaatkan abiliti.
3 senjata unik
DICE menambah tiga senjata baru ke dalam game, iaitu AM40, Avancys dan PF51.
AM40 ialah senjata yang berasal di kategori Carbine. Senapang ini sesuai untuk mereka yang sentiasa bertukar antara pertarungan jarak jauh dan pertempuran jarak dekat, kerana menawarkan semua kelebihan yang anda inginkan di kedua-dua situasi.
Avancys pula ialah machine gun yang direka untuk mobiliti maksimum dan keserasian antara attachment. Disebabkan sifat machine gun yang mempunyai banyak peluru, ia bagus untuk memberikan sokongan tembakan bagi rakan sepasukan. Selain itu, kelajuan kita bergerak semasa memegang Avancys tidaklah selambat machine gun yang lain.
PF51 ialah pistol automatik bersifat SMG dengan ammo yang banyak. Menukar kepada pistol adalah lebih cepat daripada reload, jadi pistol ini pasti akan banyak membantu apabila kita perlu membunuh banyak musuh sekaligus ketika senjata utama tiada peluru.
Gajet – Concussion Grenade
Seperti namanya, ini adalah bom tangan yang boleh mewujudkan kekeliruan taktikal di kalangan musuh, supaya anda boleh melarikan diri atau memulakan serangan hendap.
Kenderaan baru
Dua kenderaan telah ditambah dalam game iaitu:
EBLC-RAM, kenderaan ‘four seater’ yang mampu bergerak dengan sangat lincah pada kelajuan yang lebih rendah dan mempunyai pelbagai abiliti untuk digunakan oleh pemain. Contohnya, jika anda mengaktifkan abiliti AMPS, kereta akan pantul segala peluru yang menghala ke arah anda. Bukan itu sahaja, kenderaan ini boleh meletakkan spawn beacon di medan perang supaya kita tidak perlu membuat perjalanan semula dari markas utama.
Kenderaan kedua ialah Polaris RZR, sejenis buggy ringan yang dapat melalui apa-apa persekitaran atau permukaan berbeza tanpa masalah dengan laju. Kereta ini pun sesuai untuk membuat serangan hendap.
Tambahan baru Battlefield Portal
Pilihan senjata dalam Portal Battlefield juga bertambah dengan 5 senjata baru dari Battlefield 3, Bad Company 2 dan Battlefield 1942. Playspace baru yang lebih kecil juga ditambah yang memfokuskan pada kawasan terbaik untuk pertempuran jarak dekat di beberapa peta moden dan membolehkan pemain membina pengalaman yang lebih sengit.
Bahagian builder dalam Portal Battlefield juga mempunyai beberapa content baharu. Kini anda boleh memilih preset Custom Conquest yang membolehkan pemain membuat peraturan baharu dan mengubah suai cara mode itu dimainkan.
Sistem Assignment
Season 2 memperkenalkan sistem Assignment. Selesaikan ‘assignment’ untuk mendapatkan Vault Weapon, iaitu senjata yang sebelum ini hanya tersedia di Battlefield Portal tetapi kini boleh diakses dalam All-Out Warfare setelah dibuka. Buat masa sekarang, kita hanya dapat mencuba M60E4 dan M16A3 tetapi lebih banyak senjata akan tersedia pada masa akan datang.
Bukan itu sahaja, assignment juga membolehkan pemain membuka kandungan daripada Season 1 Battle Pass, termasuk Lis (Specialist terbaru di Season 1) dan semua kenderaan, senjata dan sebagainya.
Battle Pass
Bercakap tentang Battle Pass, Season 2 mempunyai 100 tier — penuh dengan content yang merangkumi semua kami bincangkan di atas. Untuk Battle Pass Fremium, ia memberi akses kepada Specialist Charlie Crawford, senjata, kenderaan, kosmetik, dan banyak lagi. Seperti saya kata tadi, anda tidak perlu risau jika terlepas kerana semua content ini masih boleh diperoleh secara percuma, walaupun season sudah tamat.
Bagi Battle Pass Premium, anda boleh memperoleh Skin, BFC, Player Card, Weapon Charm, Takedown unik dan banyak lagi.
Battlefield 2042 boleh didapati di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC melalui Steam, Epic Games Store, dan Origin. Untuk segala liputan kami tentang Battlefield 2042, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post