Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-register RPG terbaru The Seven Deadly Sins: Grand Cross sekarang di iOS & Android!

Akan keluar pada 31 Mac.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 20, 2020
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Pre-register RPG terbaru The Seven Deadly Sins: Grand Cross sekarang di iOS & Android!
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang dilaporkan oleh Kongbakpao, The Seven Deadly Sins: Grand Cross adalah hero collecting RPG terbaru oleh Netmarble untuk iOS dan Android. Seperti yang anda baca dari tajuk, ia ditetapkan di dunia Seven Deadly Sins yang mula diperkenalkan dalam manga dan anime. Game ini pada asalnya dikeluarkan di Jepun dan Korea pada 2019 di mana ia terbukti cukup popular untuk Netmarble membawa ke seluruh dunia. Menurut App Store, ia akan tersedia pada 31 Mac.

Game itu sendiri ialah turn-based RPG dengan fokus pada sistem yang dipanggil “skill synthesis“. Di sini, skill atau abiliti yang mempunyai “star rank” yang sama akan ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi apabila mereka disusun bersebelahan. Pemain juga boleh menggabungkan kad yang bertindak sebagai serangan khusus setiap karakter untuk melancarkan “Ultimate Move” yang kuat.

 

1 of 4
- +

Terdapat banyak watak-watak Seven Deadly Sins untuk dikumpulkan dan pelbagai pilihan pakaian, gaya rambut dan aksesori berbeza untuk anda menambah pada watak kegemaran. Elemen customization ini boleh dilihat dalam trailer di bawah:

Anda juga boleh bersaing dengan pemain lain di mode 2-player co-op di mana anda harus bekerjasama dengan rakan untuk menewaskan “demon” yang kuat dalam had masa yang ditetapkan. Selain itu, Arena juga diadakan untuk pemain bersaing dengan pemain dari seluruh dunia bagi merebutkan ganjaran-ganjaran eksklusif.

The Seven Deadly Sins: Grand Cross akan keluar di App Store dan Google Play pada 31 Mac dan anda boleh pre-register sekarang jika berminat. Ayuhhh Meliodas!

 

1 of 3
- +
App Store
Play Store
Tags: AndroidanimeiOSMobileNanatsu no TaizaiSeven Deadly SinsThe Seven Deadly Sins: Grand Cross
Previous Post

Poster pertama untuk siri anime baru Digimon Adventure: Ψ (Psi)!

Next Post

GPU PlayStation 5 saing-saing dengan GeForce RTX 2070 SUPER!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
GPU PlayStation 5 saing-saing dengan GeForce RTX 2070 SUPER!

GPU PlayStation 5 saing-saing dengan GeForce RTX 2070 SUPER!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd