Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa pre-order untuk Klonoa Phantasy Reverie Series versi digital kini tersedia di kedai dalam talian untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S dan Xbox One. Trailer terbaru juga telah dilepaskan memaparkan perbezaan grafik antara versi original dengan versi remastered.
Dilancarkan pada 1997 oleh Namco, Klonoa merupakan game side-scrolling platform yang memaparkan pelbagai watak dan dunia yang cerah. Pemain akan memulakan pengembaraan untuk menyelamatkan Phantomile. Versi remaster akan menambah beberapa level difficulty dan juga co-op dua pemain. Ini membenarkan pemain baru francais untuk terus mulakan aksi dan peminat lama untuk mudah main semula.
Sempena ulang tahun ke-25 francais, Klonoa Phantasy Reverie Series akan memaparkan Klonoa: Door to Phantomile dan Klonoa 2: Lunatea’s Veil. Grafik untuk kedua-dua game telah ditambahbaik dengan prestasi 60 fps serta resolusi sehingga 4K. Dunia hebat Klonoa ini juga masih lagi kekal untuk pemain baru dan lama untuk terokai.
Ciri terbaru dan elemen remastered untuk Kolonoa Phantasy Reverie Series:
- Selamatkan penduduk yang diseksa oleh mimpi ngeri dan kumpulkan Momett Doll!
- Setiap stage Klonoa: Door to Phantomile mempunyai penduduk yang diserang mimpi ngeri manakala Klonoa 2: Lunatea’s Veil mempunyai Momett Doll yan gperlu dikumpul. Gunakan kebolehan untuk selesaikan misi ini.
- Uji kebolehan di stage bonus!
- Ada beberapa perkara yang perlu dilakukan pemain untuk membuka stage bonus. Klonoa: Door to Phantomile memaparkan EXTRA VISION manakala Klonoa 2: Lunatea’s Veil mempunya Chamber o’ Fun dan Chamber o’ Horrors.
- Kumpulkan Dream Stone!
- Setiap stage mempunyai Dream Stone untuk membantu Klonoa sepanjang pengembaraannya. Kumpulkan 100 Dream Stone untuk mendapatkan extra life.
Versi remastered juga memaparkan satu ciri khas yang dipanggil “Pixel Filter”. Dengan memilih “Pixel Filter” di tetapan game, anda boleh menukar grafiknya kepada piksel yang memberikan perasaan nostalgik daripada zaman PS1.
Apa tunggu lagi, jangan lupa untuk pre-order game ini. Bukan semua konsol PS1 masih hidup, betul tidak? Anda boleh klik pautan di bawah mengikut platform untuk terus tempah versi digital Kolonoa Phantasy Reverie Series. Berikut adalah pautannya:
- PS5 / PS4
- Xbox Series X|S / Xbox One
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post