Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Poketch, Amity Square & Poffin akan tampil dalam Pokemon Brilliant Diamond/Shining Pearl!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, RPG
0 0
0
Poketch, Amity Square & Poffin akan tampil dalam Pokemon Brilliant Diamond/Shining Pearl!
Share on FacebookShare on Twitter

Selain daripada Pokémon Legends: Arceus, The Pokemon Company telah berkongsi beberapa info baru tentang Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl, iaitu Poketch, Amity Square, dan Poffin. Saya akan cuba jelaskan dengan lebih terperinci di bawah, tetapi anda boleh tonton video ini untuk mendapatkan gambaran asas.

Poketch

Poketch adalah alat yang mempunyai pelbagai aplikasi untuk pelbagai jenis situasi, seperti aplikasi Dowsing Machine, yang digunakan untuk mencari barang tersembunyi. Dalam Pokémon Brilliant Diamond dan Pokémon Shining Pearl, Poketch juga membolehkan pemain memanggil Pokémon liar untuk membantu dengan menggunakan “hidden move” seperti CUT untuk menebang pokok atau Rock Climb untuk mendaki turun tebing yang curam.

Amity Square

RelatedPosts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

Amity Square di Hearthome City adalah tempat yang santai di mana para Trainer dapat menghabiskan masa dengan Pokémon mereka. Mereka dapat berjalan dengan (maksimum) enam Pokémon, selagi mereka tersenarai dalam Pokémon yang dibenarkan di taman. Semasa di Amity Square, pemain juga dapat mengubah suai sudut kamera dan tahap zoom untuk mengambil gambar dan video dengan Pokémon mereka. Foto boleh diambil dengan menekan Capture Button di Nintendo Switch, manakala video pendek dapat dirakam dengan menekan dan menahan butang.

Poffin

Poffin adalah makanan ringan yang dapat meningkatkan kondisi Pokémon, seperti Coolness atau Cuteness. Dengan menaikkan kondisi ini, pemain dapat memperoleh markah yang lebih tinggi semasa “Visual Evaluation di Super Contest Show”. Dalam Pokémon Diamond dan Pokémon Pearl, kita hanya boleh membuat Poffin di Poffin House, tetapi sekarang pemain juga dapat menghasilkannya di Amity Square.


Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl akan tiba di Nintendo Switch pada 19 November. Untuk segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.

Sumber – Pokemon

Pra-daftar di sini
Pokemon Brilliant Diamond/Shining Pearl
Release Date: 2021-11-19
Nintendo Switch
Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl adalah remake dari game Pokemon Diamond serta Pearl yang dilancarkan untuk Nintendo DS pada tahun 2007. Anda akan bermain di wilayah Sinnoh dan diberi pilihan untuk memilih salah satu dari tiga Pokemon starter, iaitu Piplup, Chimchar dan Turtwig di permulaan game. Sebelum ini, The Pokemon Company telah mendedahkan cover art untuk game Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl yang menampilkan rendering dari dua Pokemon legenda, iaitu Dialga dan Palkia.
Tags: Amity SquarePoffinPokemon Brilliant DiamondPokemon Shining PearlPoketchthe pokemon company
Previous Post

Pokémon Legends: Arceus mendapatkan trailer baru mengungkap Noble Pokémon & Trainer Customization!

Next Post

Penantian harus berhenti kerana Life is Strange Remastered Collection ditunda pelancarannya ke 1 Feb 2022

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!
Promosi

RGG Studio Umum Jualan Hebat Di Steam, Harga Diskaun Untuk Like a Dragon, Yakuza & Banyak Lagi!

June 5, 2026
Next Post
Penantian harus berhenti kerana Life is Strange Remastered Collection ditunda pelancarannya ke 1 Feb 2022

Penantian harus berhenti kerana Life is Strange Remastered Collection ditunda pelancarannya ke 1 Feb 2022

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd