Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon: The Arceus Chronicles tiba di Netflix bermula 23 September 2022

safwan by safwan
August 10, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Pokemon: The Arceus Chronicles tiba di Netflix bermula 23 September 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Pokemon Company telah mengumumkan bahawa Pokemon: The Arceus Chronicles akan mula ditayangkan pada 23 September 2022 di Netflix. Ia merupakan siri istimewa yang di inspirasi daripada game Pokemon Legends: Arceus.

Menurut Pokemon Company, siri Pokemon ini akan mengikuti pengembaraan Ash, Pikachu-nya dan rakan-rakannya semasa mereka mengembara dan menerokai wilayah Sinnoh. Siri ini akan mengandungi sebanyak empat episod sahaja. Berikut adalah sinopsis rasmi Pokemon: The Arceus Chronicles:

Lawatan ke rantau Sinnoh bertukar menjadi pengembaraan yang mencabar apabila Ash, Pikachu dan rakan-rakan bergabung tenaga dengan Pokémon yang berkuasa untuk menghadapi ancaman yang bahaya!

Apabila Ash, Goh dan Dawn menerima mesej misteri daripada Mythical Pokémon Arceus, mereka bertemu dengan Brock dan menuju ke Mount Coronet untuk menyiasat. Di sana, mereka menemui Heatran yang mengamuk dan komander Team Galactic, yang bertekad untuk mencari ketua mereka yang hilang dengan membuka pintu antara dimensi.

Dengan trio Legendary Pokémon dan Sinnoh Champion Cynthia di pihak mereka, wira kami mempunyai banyak bantuan, tetapi mereka memerlukan semua yang mereka boleh dapatkan untuk menyelamatkan Sinnoh daripada dimusnahkan!

Kalau korang nak tahu, Pokemon: The Arceus Chronicles telah mula ditayangkan di Jepun pada 21 Januari 2022 tetapi di bawah tajuk yang lain iaitu Pocket Monsters: Arceus, the One Called God. Kini, ia akan tiba di Netflix dengan pengalihan suara kepada bahasa Inggeris.

Mesti korang tidak sabar untuk tontonnya di Netflix nanti. Apapun, harap korang berseronok tengok Pokemon yang comel-comel dalam siri anime istimewa ini nanti. Pokemon: The Arceus Chronicles akan tiba di Netflix bermula 23 September 2022. Untuk lebih banyak berita mengenai Pokemon, sila klik pautan ini.

Tags: Pokemon: The Arceus Chronicles
Previous Post

Hu Tao Datang Menghantui Anda, Fon Kolaborasi Terbaru Genshin Impact bersama OnePlus!

Next Post

Remake Pac-Man World Re-PAC akan tiba di PS, Xbox, Switch & PC pada 26 Ogos – Pre-order sekarang!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Remake Pac-Man World Re-PAC akan tiba di PS, Xbox, Switch & PC pada 26 Ogos – Pre-order sekarang!

Remake Pac-Man World Re-PAC akan tiba di PS, Xbox, Switch & PC pada 26 Ogos - Pre-order sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd