Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon TCG Malaysia: SHOP TEAM BATTLE Bakal Berlangsung pada Januari 2024! Jom Sertai Ramai-ramai!

Maira by Maira
December 4, 2023 - Updated on December 7, 2023
in Artikel, Berita, Game, Trading Card Game
0 0
0
Pokemon TCG Malaysia: SHOP TEAM BATTLE Bakal Berlangsung pada Januari 2024! Jom Sertai Ramai-ramai!

Pokémon TCG Asia ENG

Share on FacebookShare on Twitter

Dengan populariti Pokemon Trading Card Game (TCG) yang semakin menular di Malaysia, ada acara menarik yang bakal menemui pemain pada bulan depan! Diumumkan oleh Pokémon TCG Asia ENG, Shop Team Battle akan berlangsung di Malaysia pada 6 Januari 2024! Jom kita tengok info lanjut mengenainya.

Acara Shop Team Battle ini akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil pada hari Sabtu, 6 Januari 2024. Kalau anda ingin sertainya, anda perlu pra-daftar dahulu. Anda boleh mula daftarkan diri bermula 7 Disember sehingga 22 Disember 2024 melalui PAUTAN INI.

Sumber: Pokémon TCG Asia ENG

Kalau acara ini mendapat sambutan hangat antara peminat, pemilihan loteri akan dijalankan untuk menentukan siapa yang layak untuk menyertainya.

Mereka yang berjaya menempah tempat untuk Shop Team Battle ini perlu mendaftarkan diri pada 6 Januari sebelum atau pada 10:30 pagi. Selepas waktu itu, barulah walk-in akan dibuka kepada pemain lain mengikut kekosongan. Untuk walk-in, anda perlu mempunyai akaun Trainer’s Website dan paparkan ID anda.

Sumber: Pavilion Bukit Jalil

Struktur Acara Shop Team Battle

Battle untuk Pokemon TCG kali ini melibatkan pasukan daripada pelbagai kedai yang akan menentang antara satu sama lain. Berikut adalah struktur acara ini:

  • Tubuhkan pasukan 3-5 pemain (minimum 3 ahli)
  • Hantar penyertaan pasukan berdasarkan kedai Gym/Card, dengan menyatakan nama kedai pada borang permohonan
  • 1 pemain hanya boleh sertai 1 pasukan sahaja
  • 1 Shop boleh membina pelbagai pasukan dan menyerahkan penyertaan untuk mereka.
  • Jika pasukan anda melebihi 4 pemain, pilih 3 peserta untuk setiap pusingan. (Format yang digunakan adalah BO3 serentak oleh 6 pemain).
  • Setiap pemain dalam pasukan perlu bermain sekurang-kurangnya sekali.

Sebagai peringatan, kedai yang menghantar penyertaan mestilah saluran pengedaran Pokémon TCG rasmi.

Format acara

  • Qualifier: Swiss Draw, 5 pusingan.
  • Pasukan 4 teratas layak ke Top Cut.
  • Top Cut: Single Elimination BO3 (6 pemain serentak), 2 pusingan. 55 minit setiap pusingan.

Ganjaran

Setiap pemain yang sertai Shop Team Battle akan menerima satu Present Pack yang mengandungi pelbagai hadiah menarik! Manakala pasukan Top Cut bakal menerima:

  • Pasukan pemenang
    • 1 trofi
    • Sandal Sukan dengan logo Pokemon, saiz 26cm (untuk setiap ahli pasukan)
  • Finalis dan tempat ke-4
    • Setiap pasukan menerima 1 trofi
Sumber: Gamer Santai

Jadi apa tunggu lagi Trainer semua, inilah masanya untuk anda buktikan latihan anda sekarang! Jangan lupa untuk daftarkan diri melalui PAUTAN INI. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokemon TCG daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Pokemon TCGPokemon Trading Card Game
ShareTweetSend
Previous Post

Mobile Suit Gundam: Requiem for Vengeance Bakal Tayang di Netflix Secara Global! Teaser Baru Didedahkan!

Next Post

Furiosa: A Mad Max Saga Akan Datang Mei 2024, Membintangi Anya Taylor-Joy & Chris Hemsworth

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Furiosa: A Mad Max Saga Akan Datang Mei 2024, Membintangi Anya Taylor-Joy & Chris Hemsworth

Furiosa: A Mad Max Saga Akan Datang Mei 2024, Membintangi Anya Taylor-Joy & Chris Hemsworth

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd