The Pokemon Company dan Spike Chunsoft telah mengumumkan game baru bernama Pokémon Mystery Dungeon: Rescue Team DX untuk Nintendo Switch yang akan dikeluarkan untuk pelantar Nintendo Switch pada 6 Mac, 2020! Bagi mereka yang berminat, permainan baru ini kini menerima pra-tempahan. Sedikit info nostalgia: ini adalah game Pokemon Mystery Dungeon yang pertama untuk dikeluarkan sejak tahun 2015 dan merupakan REMAKE kepada game Pokemon Mystery Dungeon yang asal.
Siri Pokemon Mystery Dungeon bermula pada tahun 2005 dan mengisahkan pemain dan rakan Pokemon mereka yang sedang meneroka dungeon unik yang dijana secara rawak. Tidak seperti siri permainan video Pokemon, pemain dalam Pokemon Mystery Dungeon ialah seorang manusia yang berubah menjadi Pokemon. Kedua-dua pemain dan rakan Pokemon mereka meningkat level dari masa ke masa, dan mereka juga boleh merekrut Pokemon lain untuk menyertai pasukan untuk dalam misi. Pemain boleh menggunakan serangan yang berbeza untuk membuang perangkap dan mengalahkan musuh-musuh, sambil melakukan misi-misi tertentu seperti mencari Pokemon yang hilang atau mencari item khusus) dari pelbagai dungeon. Gameplay masih mengekalkan sistem turn-based di mana pemain akan memilih untuk bergerak, menyerang, atau menggunakan item semasa gilirannya.
Walaupun tidak popular seperti siri permainan video utama Pokemon, siri Pokemon Mystery Dungeon adalah pesaing yang kuat dengan lebih dari 13 juta salinan dijual sepanjang sepuluh judul. Dimaklum sekali lagi, Pokémon Mystery Dungeon: Rescue Team DX akan keluar pada pelantar Nintendo Switch pada 6 Mac, 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post