Mulakan pengembaraan baru di dunia Pokémon dan terokai pulau baru Pasio! Terdapat sebuah pertandingan 3v3 di Pasio yang dipanggil Pokémon Masters League. Matlamat pemain adalah untuk menjadi juara apabila bertarung dengan Trainer terkenal dan bina pasukan impian kamu! Bentuk satu pasukan dengan tiga Trainer bersama Pokémon mereka dan jadi Trainer paling hebat dalam sejarah Pokémon. Di sini, saya ingin mengulas pandangan pertama saya untuk game terbaru Pokémon Masters dan cerita segalanya yang buat saya tertarik untuk sambung main.
Grafik yang lebih kemas serta Animasi yang Gempak!
Model watak dan Pokemon sangat terperinci dan ciri-ciri unik dan comel mereka direka semula sama seperti yang kita semua tahu dan sayang. Tetapi fokus utama adalah animasi dan efeknya, terutamanya Sync Moves, dengan efek close-up nya yang padan dan animasi penuh emosi. Setakat ini, ia menjadi pengalaman Pokémon yang paling tulen buat saya.
Trainer yang Bertarung Bersama Pokémon, Sync Pairs!
Inilah yang membezakan Pokémon Masters dengan judul Pokemon lain. Walaupun Pokémon kegemaran kamu masih menjadi fokus utama permainan, para developer telah menambah sesuatu yang baru – Trainers! Pokémon yang kami gunakan dalam game mempunyai rakan trainer mereka daripada seluruh universe Pokémon. Sync Pair ini mempunyai bintang untuk menggambarkan rarity dan kekuatan mereka. Dalam sistem khas Gacha, lebih banyak bintang pada watak, semakin kuat dan lebih sukar untuk pemain dapatkan.
Eksplorasi di Dunia Pokémon dengan Jalan Cerita Asal Baru!
Di mana kita dikenalkan kepada jalan cerita Pokémon Masters dan menyahut pelbagai cabaran berbeza.
- Main Story
- Mode utama untuk jalan cerita serta cutscenes, area khusus, dan senario pertarungan. Terdapat juga misi khas yang tidak mempengaruhi jalan cerita utama tetapi membekalkan pertarungan dan bahan tambahan.
- Sync Stories
- Jalan cerita istimewa untuk Sync Pairs bagi memperolehi pelbagai penambahbaikan dan ganjaran, termasuk peluang yang evolusi Pokemon masing-masing.
- Training Area
- Salah satu ciri side quest di dalam game. Pemain boleh farm level, duit, dan bahan untuk meningkatkan level Sync Pair serta mengajar abiliti baru, dan sebagainya.
Kami belum membuka co-op mission, walaupun sudah mencapai Chapter 6, tetapi ia juga termasuk dalam bahagian Exploration. Kamu mungkin boleh bawa kawan-kawan ke Training Area atau jalan cerita utama barangkali.
Sistem Pertempuran Real-Time 3v3!
Pokémon Masters menggunakan sistem real-time di mana terdapat move gauge yang secara beransur-ansur akan diisi. Kamu akan menggunakan gauge itu untuk melaksanakan abiliti Sync Pair kamu. Terdapat juga kebolehan yang tidak menggunakan gauge langsung dan ada yang menggunakan satu, dua atau lebih. Masih ada sedikit mekanik turned-based yang apabila Sync Pair bergilir menyerang. Ini bermakna pemain tidak boleh menyerang secara serentak, hanya mengikut giliran.
Kebolehan Istimewa untuk setiap pasangan Trainer dan Pokémon, Sync Moves!
Ini adalah abiliti khas yang paling menarik dan paling sakit di dalam game. Setiap Sync Pair mempunyai Sync Move unik mereka sendiri, yang selain daripada melakukan nilai damage yang tinggi, juga boleh memberikan beberapa buff. Sync Move memerlukan pemain untuk menggunakan beberapa serangan Sync Pair biasa sebelum ia tersedia. Terdapat kiraan nombor pada butang untuk memaklumkan pemain tentang jumlah pergerakan yang tinggal agar Sync Move boleh digunakan.
Kesimpulan
Setakat ini, saya sangat seronok dengan Pokémon Masters. Ia mempunyai animasi dan efek yang luar biasa, watak-watak unik dan comel, co-op, sistem pertempuran yang bagus, dan yang terbaik sekali ialah tiada energy. Jadi korang boleh main beberapa lama kamu mahu tanpa risau. Pokémon Masters pasti akan menjadi game yang popular untuk siri francais terkenal ini, dan supaya korang tak ketinggalan, ayuh cuba sekarang!
@gamersantaimy
Discussion about this post