Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl mendedahkan Team Galactic & Legendary Pokemon!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 26, 2021
in Artikel, Berita, JPRG, Nintendo Switch
0 0
0
Pokemon Brilliant Diamond & Shining Pearl mendedahkan Team Galactic & Legendary Pokemon!
Share on FacebookShare on Twitter

The Pokemon Company dan pembangun ILCA dan Game Freak telah mengeluarkan maklumat, trailer dan seni baru untuk Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl yang memperkenalkan Team Galactic, tiga Legendary Pokemon dan ganjaran untuk mereka yang membuat pra-pesanan awal. Berikut adalah butiran penuh:

Team Galactic

Semasa pemain meneroka Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl, mereka akan bertembung dengan Team Galactic yang terdiri daripada:

  • Cyrus dan Weavile – Watak berkarisma yang mengetuai Team Galactic. Cyrus sentiasa bercakap dan bertindak dengan sikap yang tenang dan logik. Dia membenci fikiran dan emosi manusia, dan mendapati ia tidak diperlukan.
  • Mars dan Purugly – Mars ialah komander yang tidak suka kalah dan telah bersumpah setia kepada Cyrus. Semangatnya terhadap Pokemon kadangkala memberi inspirasi kepada perasaan emosi yang kuat. Pasangan Pokemonnya ialah Purugly.
  • Jupiter dan Skuntank – Jupiter mempunyai aura yang misteri. Dia sememangnya mahir dalam pertempuran Pokemon, tetapi sanggup melakukan apa sahaja—malah mencuri Pokemon orang lain—untuk mencapai matlamatnya. Pasangan Pokemonnya ialah Skuntank.
  • Saturn dan Toxicroak – Saturn ialah komander yang bergaya dan bersikap tenang. Walaupun dia kadangkala meragui rancangan Cyrus, Saturn tetap akan melaksanakan perintahnya dengan setia. Pasangan Pokemonnya ialah Toxicroak.

Gym Leader

  • Candice dan Abomasnow – Gym Leader Candice dari Snowpoint City Gym menggunakan Ice-type Pokemon, di mana Abomasnow mengetuai pasukannya. Dikenali sebagai Diamond Dust Girl, dia seorang Trainer bersemangat yang benar-benar menekankan nilai fokus.
  • Volkner dan Luxray – Gym Leader Volkner dari Sunyshore City Gym menggunakan Electric-type Pokemon, di mana Luxray mengetuai pasukannya. Dia dikatakan sebagai Gym Leader terkuat di wilayah Sinnoh, tetapi bosan kerana tiada pencabar yang handal. Ini membuatkannya menghabiskan sepanjang masa mengubah suai Gym setiap hari.

Legendary Pokemon Uxie, Mesprit, dan Azelf

Tiga Legendary Pokemon muncul dalam rantau Sinnoh. Menurut penduduk Sinnoh, Uxie ialah “Being of Knowledge”, Mesprit ialah “Being of Emotion”, dan Azelf ialah “Being of Willpower”. Wilayah Sinnoh juga menampilkan tiga tasik bernama Lake Acuity, Lake Verity, dan Lake Valor. Mitos mengatakan bahawa setiap Legendary Pokemon tersebut tidur di dasar tasik ini.

Dapatkan outfit Platinum Style sebagai bonus untuk pembelian awal!

Hadiah outfit “Platinum Style” akan diberikan sebagai ganjaran untuk pembelian awal bagi Pokémon Brilliant Diamond atau Pokémon Shining Pearl. Anda boleh menerimanya melalui fungsi “Mystery Gifts” hingga Isnin, 21 Februari 2022 di mana pakaian ini kemudian boleh ditukar di Metronome Style Shop (Veilstone City).

Pokemon Brilliant Diamond dan Pokemon Shining Pearl akan tiba di Nintendo Switch pada 19 November. Untuk segala liputan kami tentang Pokemon, sila tekan pautan ini.

Pra-daftar di sini
Pokemon Brilliant Diamond/Shining Pearl
Release Date: 2021-11-19
Nintendo Switch
Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl adalah remake dari game Pokemon Diamond serta Pearl yang dilancarkan untuk Nintendo DS pada tahun 2007. Anda akan bermain di wilayah Sinnoh dan diberi pilihan untuk memilih salah satu dari tiga Pokemon starter, iaitu Piplup, Chimchar dan Turtwig di permulaan game. Sebelum ini, The Pokemon Company telah mendedahkan cover art untuk game Pokemon Brilliant Diamond dan Shining Pearl yang menampilkan rendering dari dua Pokemon legenda, iaitu Dialga dan Palkia.
Tags: Legendary Pokemonnintendo switchPokemon Brilliant DiamondPokemon Shining PearlTeam Galactic
Previous Post

RAZER secara rasmi membuka ibu pejabat Asia Tenggara baru di one-north, Singapura!

Next Post

Pokémon Legends: Arceus memperkenalkan Hisuian Zorua dan Zoroark!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pokémon Legends: Arceus memperkenalkan Hisuian Zorua dan Zoroark!

Pokémon Legends: Arceus memperkenalkan Hisuian Zorua dan Zoroark!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd