Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PlayStation Studios Malaysia membuka pemilihan jawatan Senior Concept Artist!

Amir Haziq by Amir Haziq
June 22, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Panduan, Peluang Kerjaya, Platform, PS4, PS5
0 0
0
PlayStation Studios Malaysia membuka pemilihan jawatan Senior Concept Artist!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada artikel kami yang lalu, PlayStation Studios Malaysia telah mengumumkan bahawa mereka kini sudah pun mula beroperasi di Komune, dan membuka banyak jawatan kosong yang boleh dimohon. Terbaru, Presiden SIES Malaysia, iaitu Hasnul Hadi Samsudin telah memuat naik perkongsian dimana mereka sedang membuka pemilihan untuk jawatan Senior Concept Artist bersama PlayStation Studios Malaysia.

We never let up!
We seek to add more to our growing studio.@PlayStation Studios Malaysia is now looking for Senior Concept Artists for our team. We need fiercely daring heroes to bring greatness to our games.
Check this link to tryout: https://t.co/lcwC2jtoXk#PlayHasNoLimits pic.twitter.com/jEQk7IbcAz

— Hasnul 30th Anniversary PS Boy (@mistahasnul) June 21, 2021

Di dalam perkongsian tweet ini, Hasnul Hadi menyatakan PlayStation Studios Malaysia sedang membuka pemilihan untuk jawatan Senior Concept Artist. Jawatan ini dibuka kerana mereka akan bersedia untuk melakukan sebuah projek baru bersama PlayStation Studios. Beliau mencari mereka yang berpengalaman dalam pereka konsep untuk menghasilkan projek game PlayStation dan turut berkongsikan pautan Linkedin untuk permohonan jawatan itu di tweetnya.

Berikut adalah maklumat mengenai jawatan Senior Concept Artist yang dibuka di PlayStation Studios:

Tanggungjawab

  • Menghasilkan seni konsep yang mempunyai nilai dan relevan untuk watak, persekitaran, prop dan kesan khas.
  • Bekerjasama dengan penyelia, ketua dan artis lain dalam pelbagai bahagian seni untuk menghasilkan reka bentuk visual watak dan dunia game.
  • Berkhidmat sebagai sumber artistik untuk keseluruhan produk atau sebagai sumber studio, yang merangkumi, tetapi tidak terbatas pada, mentoring dan melatih artis yang kurang berpengalaman, membimbing mereka, menegakkan proses yang betul dan mengajar teknik baru.
  • Menghasilkan konsep inspirasi dan seni prototaip untuk melancarkan senario game, memberi maklum balas dan cepat menggunakan konsep.

Keperluan

  • Berpengalaman minimum 5+ tahun dalam seni konsep, dalam persekitaran pengeluaran (boleh dilakukan secara freelance)
  • Mampu memberi arahan dalam kemahiran seni asas (melukis, mewarna dan rendering, petunjuk bahan, perspektif, komposisi, teori warna, reka bentuk, anatomi, dan teknik reka bentuk kedua dan ketiga).
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sangat baik dan dapat mengartikulasikan konsep serta idea dengan fasih.
  • Mempunyai kebolehan dalam memahami dan mematuhi garis panduan atau arahan seni sambil terus berinovatif dan kreatif.
  • Kebolehan menghasilkan model 3D dan ukiran tidak diperlukan, tetapi boleh menjadi kelebihan tambahan.
  • Mempunyai kemahiran pengurusan masa dan keutamaan yang cekap bagi berkolaborasi bersama kumpulan produksi untuk mengkoordinasikan senarai tugas, bagi memastikan tugas berjalan dengan lancar mengikut jadual, objektif dan tujuan keseluruhan projek.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan ini, anda boleh tekan sahaja pada pautan yang tersedia. Pastinya anda akan gembira bila dapat pengalaman bekerja dengan syarikat permainan digital terkenal ini. Jadi apa tunggu lagi? Jom mohon sekarang dan cuba mengambil peluang untuk bekerja di PlayStation Studios Malaysia!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Hasnul Hadi SamsuddinPlayStation Studios MalaysiaSenior Concept Artist
Previous Post

CEO Sony ingin menghasilkan lebih banyak game PlayStation dengan sokongan cross-play

Next Post

Trailer penuh aksi dan Poster terbaru SNAKE EYES: G.I. Joe Origins telah didedahkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai
Anime

Doraemon The Movie: Nobita’s Art World Tales Akan Ditayangkan Di Malaysia Mulai 17 Julai

July 3, 2025
Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol
Berita

Lebih Banyak Cara Untuk ‘Survive’ – Once Human Berkembang Dengan Kandungan Baharu & Keluaran Konsol

July 3, 2025
Next Post
Trailer penuh aksi dan Poster terbaru SNAKE EYES: G.I. Joe Origins telah didedahkan!

Trailer penuh aksi dan Poster terbaru SNAKE EYES: G.I. Joe Origins telah didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd