Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

‘PlayStation China Hero Project’ Umum Tiga Game Baharu – Unending Dawn Nampak Berpotensi!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 26, 2024
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, PS5, RPG
0 0
0
‘PlayStation China Hero Project’ Umum Tiga Game Baharu – Unending Dawn Nampak Berpotensi!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, PlayStation China Hero Project telah mengumumkan tiga game baharu yang akan ditambah ke program mereka. Khususnya, mereka telah memperkenalkan Unending Dawn, Project: Jinyiwei, dan Loulan.

Berikut adalah butirannya:

Dibangunkan oleh Parcae’s Fate Studio, Unending Dawn ialah game ‘multiplayer open-world action’ dengan visual gaya anime yang dibangunkan untuk PS5, Android, dan iOS.

Premis berlatarkan dunia yang dilanda bencana besar, yang menyebabkan pengorbanan umat manusia dan kemunculan makhluk yang tidak diketahui. Mereka yang terselamat hanya boleh berlindung di dalam kegelapan dan berjuang untuk bertahan hidup tiap hari. Di sini, pemain akan memulakan perjalanan yang berani, menghadapi bahaya yang tidak diketahui dan mitos purba, demi mencari kebenaran dan sinar harapan.

Game kedua ialah Project: Jinyiwei, sebuah RPG aksi yang dibangunkan oleh CangMo Game Entertainment.

Mengisahkan seorang protagonis pada zaman lewat Dinasti Ming, dia terlibat dalam sebuah konspirasi. Pemain boleh mengalami elemen konsep seni mempertahankan diri, serta gameplay yang unik, dengan tumpuan pada pertempuran yang menarik di mana anda menyerang balas satu gerakan dengan gerak lain, serta naratif yang mengasyikkan.

Kredit: PlayStation

Game ketiga ialah Loulan, sebuah single-player action adventure yang dibangunkan oleh ChillyRoom. Pemain akan mengambil peranan sebagai pengawal, menggunakan kebolehan unik mereka untuk meneroka dan menyelesaikan teka-teki, mengalami pertempuran senjata realistik, mengalahkan musuh yang kuat, dan melawan nasib sendiri.

Malangnya, game ini tidak mempunyai trailer, dan hanya menyertakan seni konsep sahaja.

Tags: LoulanPlayStation China Hero ProjectProject: JinyiweiUnending Dawn
ShareTweetSend
Previous Post

Stellar Blade ‘Summer Update’ Kini Tersedia, Tambah Dua Pakaian Baharu

Next Post

‘Gundam: Requiem for Vengeance’ Akan Tiba 17 Oktober, Dibuat Sepenuhnya Oleh Unreal Engine

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
‘Gundam: Requiem for Vengeance’ Akan Tiba 17 Oktober, Dibuat Sepenuhnya Oleh Unreal Engine

'Gundam: Requiem for Vengeance' Akan Tiba 17 Oktober, Dibuat Sepenuhnya Oleh Unreal Engine

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd