Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Update] PlayStation 30th Anniversary Collection – Konsol PS5 & Aksesori Edisi Terhad

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 25, 2024
in Aksesori, Artikel, Berita, Hardware, Konsol, PS5, Teknologi
0 0
0
[Update] PlayStation 30th Anniversary Collection – Konsol PS5 & Aksesori Edisi Terhad
Share on FacebookShare on Twitter

Update:

PlayStation 30th Anniversary Collection rasmi akan dijual di Malaysia.

Pre-order untuk produk PlayStation 30th Anniversary Collection berikut boleh dibuat daripada kedai yang sah mulai 26 September 2024. Sila semak dengan kedai terdekat anda untuk mendapatkan butiran pre-order.

Di bawah adalah produk yang boleh didapati di Malaysia:

  • PlayStation 5 Digital Edition – 30th Anniversary Limited Edition Bundle
  • PlayStation Portal Remote Player – 30th Anniversary Limited Edition
  • DualSense Edge Wireless Controller – 30th Anniversary Limited Edition
  • DualSense Wireless Controller – 30th Anniversary Limited Edition
Kredit: SIE

Kuantiti terhad di kedai terpilih dan akan dijual sementara bekalan masih ada.


Hari ini, Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan PlayStation 30th Anniversary Collection, yang terdiri daripada konsol PlayStation 5 edisi terhad dan aksesori dengan rekaan terhad yang diilhamkan oleh PlayStation original.

Anda boleh menonton video di bawah yang memperkenalkan koleksi penuh:

PlayStation 30th Anniversary Collection akan dilancarkan pada 21 November. Terdapat 12,300 unit PlayStation 5 Pro Console – 30th Anniversary Limited Edition Bundle yang tersedia untuk dibeli, dengan nombor edisi terhad terukir pada setiap unit. Prapesan akan bermula pada 26 September di kedai rasmi, tetapi saya kurang pasti jika Malaysia sebahagian daripada tawaran ini.

PlayStation 5 Pro Console – 30th Anniversary Limited Edition Bundle

Termasuk konsol PlayStation 5 Pro edisi terhad dengan SSD 2TB, Wi-Fi 7 di wilayah yang menyokong standard ini, dan aksesori edisi terhad yang sepadan – DualSense wireless controller, DualSense Edge wireless controller, DualSense Charging Station, dan Console Cover untuk Disc Drive (Disc Drive dijual secara berasingan).

Ia juga termasuk Vertical Stand dan item khas:

  • Penyambung kabel gaya controller PlayStation asal
  • Empat pengikat kabel berbentuk PlayStation
  • Pelekat PlayStation
  • Poster PlayStation Edisi Terhad (1 daripada 30 rekaan)
  • Klip Kertas PlayStation

PlayStation 5 Digital Edition – 30th Anniversary Limited Edition Bundle

Termasuk konsol PlayStation 5 Digital Edition edisi terhad dengan SSD 1TB dan aksesori edisi terhad yang sepadan – DualSense wireless controller dan Console Cover untuk Disc Drive (Disc Drive dijual secara berasingan).

Ia juga termasuk Vertical Stand dan item khas:

  • Penyambung kabel gaya controller PlayStation asal
  • Empat pengikat kabel berbentuk PlayStation
  • Pelekat PlayStation
  • Poster PlayStation Edisi Terhad (1 daripada 30 rekaan)
  • Klip Kertas PlayStation

PlayStation Portal Remote Player – 30th Anniversary Limited Edition

Kredit: SIE

DualSense Edge Wireless Controller – 30th Anniversary Limited Edition

Kredit: SIE

DualSense Wireless Controller – 30th Anniversary Limited Edition

Kredit: SIE
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: PlayStation 30th Anniversary Collection
ShareTweetSend
Previous Post

AirAsia Memperkenalkan Pesawat Sonic the Hedgehog & Persona 5 Royal!

Next Post

Dynasty Warriors: Origins Akan Tiba Di Medan Perang Pada Januari 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Dynasty Warriors: Origins Akan Tiba Di Medan Perang Pada Januari 2025!

Dynasty Warriors: Origins Akan Tiba Di Medan Perang Pada Januari 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd