Penerbit terkenal Playpark telah mengadakan acara Playpark Malaysia Launchpad 2022 yang menyenaraikan semua game akan datang untuk tahun ini termasuk Elyon SEA, Dream of a New World SEA, Tera Classic SEA, dan Noah’s Heart SEA.
Komuniti gamer boleh menantikan lebih banyak judul menarik dalam masa terdekat termasuk game jenis kasual dan nostalgia hingga ke game jenis mencabar dan sengit. Tanpa melengahkan masa, berikut adalah senarai game-game hebat yang diumumkan oleh PlayPark:
Elyon SEA (PC)
Elyon ialah MMORPG ala steampunk yang dibangunkan oleh Krafton. Game ini memfokuskan pada peperangan antara dua kerajaan, Vulpin dan Ontari di mana kedua-dua puak bertarung antara satu sama lain melalui sistem pertempuran ‘non-target’.
Alami peperangan besar-besaran dalam dunia terbuka epik Elyon yang menggabungkan pertempuran berasaskan udara dan darat. Pilih medan perang yang sesuai dan sertai sekutu anda dalam usaha untuk mencipta legenda.
Dream of a New World SEA (Mobile)
Dream of a New World menggabungkan pertempuran RPG turn-based dengan grafik yang dikuasakan oleh Unreal Engine 4 untuk menghidupkan dunia yang epik.
Tangkap dan evolusikan haiwan peliharaan untuk mendapatkan abiliti hebat bagi membantu pasukan, dan hias rumah serta kampung dengan rakan sekumpulan! Sertai pertempuran PvP cross-server untuk membuktikan skil anda, dan tunjukkan kuasa dengan menjadi raja di server anda!
TERA Classic SEA (Mobile)
TERA Classic ialah open world mobile MMORPG berdasarkan game PC popular TERA Online. TERA Classic mengekalkan daya tarikan klasik dan elemen-elemen utama daripada game original, dan diakui sebagai port setia untuk versi PC.
Berlatarkan dunia besar TERA, game ini menawarkan tujuh kaum berbeza yang boleh dimainkan, lima kelas, mode PvE dan PvP, dan jalan cerita menarik di lebih 80 lokasi berbeza.
Noah’s Heart SEA (Mobile)
Noah’s Heart ialah game mobile yang dibangunkan menggunakan teknologi Unreal Engine 4 dan membolehkan pemain meneroka dunia secara bebas. Selami suasana, landskap dan lokasi pelbagai — hadapi ratusan raksasa dan NPC, yang semuanya boleh berinteraksi dengan pemain, dan menyeru haiwan peliharaan Phantom untuk bantu bertarung juga.
Selain itu, Noah’s Heart mempunyai sistem siang-malam dan cuaca dinamik dalam game untuk memberikan pengalaman meneroka dunia dengan cara yang realistik. Pemain boleh memilih untuk customize wajah, gaya rambut dan pose watak.
Tales of Fairy Empire (Mobile)
Tales of Fairy Empire adalah game mobile idle RPG di mana kita harus mengumpul watak daripada kisah dongeng dan melatih mereka untuk bertahan hidup di dungeon PvE berbeza dengan tahap kesukaran yang semakin meningkat. Setiap watak mempunyai skil unik mereka sendiri lantas memberikan setiap pertempuran satu pengalaman yang unik!
Untuk maklumat lanjut tentang senarai game di atas, anda boleh lawat media sosial PlayPark Malaysia di sini. Jika korang nak membaca segala liputan kami tentang game terkini, anime/manga, teknologi dan sebagainya, boleh lawat halaman utama Gamer Santai.
@gamersantaimy
Discussion about this post