Dalam masa 5 tahun kebelakngan ini, profil “typical gamer” atau pemain biasa di Asia berubah dengan pesatnya. Ramai yang tahu, makin ramai orang yang lebih kearah gaming dalam waktu ini kerana ianya merupakan salah satu perhubungan dalam talian tidak kira masa sambil bermain game. Tidak kiralah dari gaming secara biasa, siapa sangka ada juga yang melangkah kearah esports bagi mengembangkan kerjaya mereka sebagai pemain profesional.
Apabila bilangan genre meningkat dan jalan cerita menjadi lebih inklusif, semakin banyak pemain wanita yang mengambil bahagian dalam aksi tersebut. Lihat sorotan dari ansuran pertama dalam siri wawasan baru yang dikongsikan Google kepada kami yang ditulis oleh Rohini Bhushan
mengenai pasaran permainan di Asia, yang ditugaskan dan diatur dalam kerjasama dengan Niko Partners, untuk memahami landskap yang sedang berkembang dan menemui cara baru untuk melibatkan penonton pemain wanita yang juga semakin meningkat.Menurut gambar rajah diatas, kita dapat melihat perbandingan diantara tahun 2017 sehingga 2019 dimana pertambahan pemain wanita bertambah sehingga 18%! Kita boleh melihat dalam perkembangan teknologi makin hebat, permainan makin berleluasa tidak kira jantina lelaki atau perempuan.
Permainan di mobile sememangnya memberi impak yang besar pada pemain termasuklah pemain wanita kerana ianya lebih mudah untuk dimainkan dimana sahaja berbanding dengan permainan PC atau konsol. Sehingga tahun ini purata pemain mobile mencecah sehingga 60% 50x ganda lebih dari pemain konsol!
Hampir sama seperti pemain lelaki, pemain wanita turut menghabiskan berjam-jam masa dalam bermain game! Paling minimum seminggu menurut statistik diatas, pemain wanita boleh mencecah sehingga 8 jam seminggu untuk bermain game di mobile berbanding PC.
Siapa sangka permainan kegemaran wanita yang paling tinggi adalah bergenrekan MOBA! Wow nampaknya Candy Crush pun kalah! 16% kseluruhan pemain wanita yang sukakan genre ini, dengan contoh permainan MOBA yang menarik seperti, Mobile Legends Bang Bang, Marvels Super War atau Onmyoji Arena, semuanya adalah menarik dan memang seronok untuk dimainkan oleh semua pemain. Diikuti dengan genre Puzzle dan genre Battle Royale yang juga kini makin meningkat!
Seperti yang dinyatakan diatas, pemain wanita turut tidak ketinggalan dalam dunia esports. Seperti artis tempatan kita sendiri Yana Samsudin menjadi idola PUBG Mobile di Malaysia! Dari livestream dan ada juga pemain professional yang ke peringkat antarabangsa seperti yang dikecapi Miss Farr, sememangnya banyak peluang dari pelbagai peganjur untuk menaikkan esports di Asia.
Bukan itu sahaja, disebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia, pemain wanita turut nampak kehadapan untuk mengisi masa luang dari Perintah Kawalan Penggerakan. Di China sahaja, 97% pemain wanita menghabiskan masa untuk permainan konsol diikuti 96% pemain mobile. Jadi memang ketara disitu, pemain wanita tidak ketinggalan bukan hanya ada kelebihan dalam bermain game, mereka juga sanggup perhabiskan kewangan untuk barangan dalam permainan agak watak atau barang game dorang menjadi lebih padu!
Jadi apa pendapat anda dalam petumbuhan yang makin meningkat dalam kalangan gamers wanita tidak kira dari pemain dan juga penonton ini? Teruskan beri sokongan kepada wanita okay agar mereka setaraf dengan kehebatan lelaki!
@gamersantaimy
Discussion about this post