Sudah 10 tahun berlalu sejak pelancaran game Plants vs Zombies 2: It’s About Time, dan kami pasti ramai yang ternanti-nantikan pelancaran sekuel game tersebut selepas diumumkan pada 2019. Berita baiknya, Plants vs Zombies 3: Welcome to Zomburbia (PvZ3) akan dilancarkan pada tahun 2024!
Diumumkan oleh EA, Plants vs Zombies 3 bakal memaparkan gameplay tower defense seperti game sebelum ini. Tambah mereka lagi, ia akan menawarkan pengalaman yang boleh diakses dan lebih mendalam dalam permainan strategik. Bukan setakat itu sahaja, terdapat juga elemen “puzzle-adventure” yang baru!
Seperti game sebelum ini, ia juga hadir dengan naratif berepisod yang memperkenalkan pemain kepada kawasan kejiranan berbeza. Walaupun begitu, terdapat pelbagai tumbuhan baharu dan lama yang mereka boleh gunakan untuk mengalahkan tentera zombi yang menyerang.
Kalau anda ingin tahu, game ini dilepaskan dahulu kepada beberapa buah negara seperti UK, Belanda, Australia dan Filipina untuk memastikan game berfungsi dengan baik sebelum dilepaskan ke seluruh dunia. Jadi kita nantikan sahaja apabila game ini tersedia nanti.
Berikut adalah penerangan ringkas game oleh EA:
PvZ3 ialah game mobile berasaskan cerita dengan naratif episodik. Kembali ke pertempuran biasa dalam game Plants vs Zombies yang pertama dan selesaikan cabaran tower defense di dunia Neighborville yang aneh. Bersedia untuk bertemu dengan tumbuhan baharu, hiasan dan banyak lagi semasa anda melalui setiap kawasan kejiranan.
Plants vs Zombies 3: Welcome to Zomburbia akan tersedia di iOS dan Android pada 2024! Untuk mendapatkan segala liputan mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post