Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

PGA Tour 2K23 – Penjelasan setting, tutorial & mode Topgolf!

safwan by safwan
September 22, 2022
in Artikel, Berita, PC, Preview, PS4, PS5, Sukan/lumba, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
PGA Tour 2K23 – Penjelasan setting, tutorial & mode Topgolf!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini saya sudah kongsi serba sedikit tentang gameplay PGA Tour 2K23, jadi kali ini saya ingin berkongsi lebih lanjut tentang setting/tetapan di dalam game, tutorial dan mode Topgolf. Untuk preview awal, korang boleh baca artikel saya di SINI.

Baiklah, mari kita teruskan dengan preview awal game ini.

Setting sebelum mulakan game & tutorial

Mula sahaja game, anda akan diberikan pilihan antara “mouse & keyboard” atau “3 click control”. Tanpa berfikir panjang, saya terus memilih “3 click” kerana menganggap ini adalah kawalan paling senang. Jika rasa tidak sesuai dengan control yang dipilih, anda boleh sahaja membuka tetapan dan pilih “mouse & keyboard”.

Selepas memilih control, anda akan mempunyai pilihan difficulty pula iaitu “Beginner, Amateur” dan “Pro.” yang mempengaruhi EXP multiplayer. Apa yang saya faham, semakin tinggi difficulty semakin susah untuk mencari matchmaking.

Saya tidak tahu sama ada ia disebabkan oleh skema kawalan berbeza yang saya gunakan, tetapi tutorial kali ini terasa lebih mudah. John McCarthy mengulangi peranannya sebagai pengulas, untuk memberikan panduan dan kata-kata yang menggalakkan semasa saya mengikuti tutorial. Anda juga boleh berhenti pada tutorial ini pada bila-bila masa. Jika terlupa, terdapat tetapan untuk kita menyemak semula.

Top Golf

Seperti saya kata tadi, Topgolf boleh dimainkan secara multiplayer di mana anda boleh bermain secara local dengan sehingga 3 pemain lain, atau mengisi slot dengan menjemput rakan atau online matchmaking. Setiap orang mempunyai 10 pukulan untuk mencuba menjaringkan mata sebanyak mungkin.

Anda perlu memasukkan bola ke sasaran yang anda lihat di atas padang. Lebih jauh sasaran, dan lebih dekat bola itu di sasaran, lebih banyak mata yang anda boleh peroleh. Sasaran yang di-“highlight” akan memberi 2x mata, dan berbuat demikian akan memberi anda 3x multiplier untuk pukulan seterusnya.

Tidak banyak yang boleh diubahsuai bagi tetapan Topgolf. Pilihan yang ada hanya untuk melaraskan susunan giliran, atau mengubah kelajuan dan arah angin. Walaupun saya tetapkan game kepada ” Beginner difficulty”, itu tidak diaplikasikan kepada mode Top Golf.

Akhir sekali, anda boleh memperoleh EXP ke arah kemajuan keseluruhan selagi main secara dalam talian.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, saya suka Topgolf sebagai pilihan mini-game yang lebih ringkas kerana ia masih menggunakan mekanik lebih rumit yang wujud dalam mode utama PGA Tour 2K23.

Dari sini, saya rasa mode ini lebih mudah untuk pemain yang tidak banyak pengetahuan tentang sukan golf tetapi ingin mencuba.

PGA Tour 2K23 akan dikeluarkan pada 14 Oktober untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Nantikan review penuh kami!

Tags: golfPGA TOUR 2K23Preview
Previous Post

ASUS ROG seru Alan Walker & Son Heung-Min sebagai duta, tampil dalam visual For Those Who Dare

Next Post

5 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Mechamato!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI
Berita

Nak Cakera Fizikal Punya Pasal, CyberLeek Ugut Lepaskan Game Penuh GTA VI

October 13, 2026
Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

Next Post
5 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Mechamato!

5 Fakta Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Mechamato!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd