Ubisoft telah mengumumkan persidangan digital Ubisoft Forward sebagai sebahagian daripada E3 2021 dan akan berlangsung pada 12 Jun jam 3 pagi GMT+8. Persidangan ini akan mengetengahkan permainan yang akan datang dari Ubisoft dan berkongsi mengenai maklumat terkini perkembangan mereka. Antara permainan yang akan datang seperti Far Cry 6, Monster Prom 2: Monster Camp, dan Prince of Persia: The Sands of Time Remake.
Entertainment Software Association (ESA) sebelum ini telah mengumumkan tarikh bagi E3 2021 akan berlangsung dari 12 Jun hingga 15 Jun. Antara studio selain dari Ubisoft adalah seperti Nintendo, Xbox, Capcom, Konami, Take-Two Interactive, Warner Bros. Games, dan Koch Media. Barisan pembangun ini akan berkongsi mengenai berita serta permainan terkini mereka, dan ESA juga turut menekankan acara tersebut kini boleh disertai secara percuma untuk semua orang.
Sementara itu, Steam Game Festival kini telah bertukar nama kepada Steam Next Fest, dan Valve baru-baru ini telah mengumumkan tarikh festival tersebut akan berlangsung pada 16 hingga 22 Jun. Penganjur Summer Games Fest dan Geoff Keighly turut mengumumkan tarikh untuk acara 2021 ini dilangsungkan pada bulan yang sama dengan E3 2021.
Rancangan yang dibuat untuk E3 2021 seperti tidak sesuai, kerana orang lain mungkin akan mengambil alih acara itu. Sekiranya ESA tidak mengatur langkah dengan baik, orang lain seperti Geoff Keighley dan Summer of Games akan melakukannya.” kata Bekas Presiden Nintendo Amerika, Reggie Fils-Aimé.
Sebelum ini, acara E3 telah dibatalkan sebanyak 2 kali kerana terkesan dengan pandemik COVID-19 dan harapnya kali ini lebih menarik dari sebelum ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post