Siri Edens Zero oleh pencipta Fairy Tail, Hiro Mashima, secara rasmi mempunyai permainan video dalam pembangunan yang akan didedahkan tidak lama lagi. Walaupun sedikit yang diketahui oleh khayalak ramai, Konami akan bertanggungjawab menguruskan projek dan ia dijangkakan bahawa lebih banyak lagi akan diumumkan di Tokyo Game Show 2020 Online pada 26 September. Dengan andaian ia seperti adaptasi permainan video untuk anime/manga terkenal, kita pasti dapat melihat penampilan pertama atau seni rekaan bersama nama rasmi judul tersebut.
エデンズゼロ、ゲーム化発表されました! pic.twitter.com/GOH7xLXEZi
— 真島ヒロ (@hiro_mashima) September 16, 2020
という訳でTGSに出演します!まだ詳細は言えないけど凄いゲームになりそうなので楽しみです!
— 真島ヒロ (@hiro_mashima) September 16, 2020
Kerana maklumat terhad, ia masih tidak diketahui tentang pelantar apa yang mungkin permainan video Edens Zero dilancarkan pada tarikh pelancaran. Cuma, apa yang saya tahu ialah Hiro Mashima akan membuat kemunculan di Tokyo Game Game Show 2020 untuk menyokong permainan video-nya sendiri, dan mempromosikan pendedahan tersebut di Twitter.
Sekiranya anda tidak kenal Edens Zero, ini adalah manga yang disiarkan di majalah Weekly Shonen yang diterbitkan oleh Kodansha. Anda boleh membaca sinopsis rasmi di bawah:
“Di sebuah taman hiburan terbiar bernama Granbell Kingdom, Shiki telah menghabiskan seluruh hidupnya bersama mesin. Tetapi suatu hari, Rebecca dan teman kucingnya Happy muncul di pintu depan taman itu di mana mereka belajar ini adalah interaksi pertama Granbell bersama manusia selepas seratus tahun! Ketika Shiki berusaha mencari rakan baru, mesin-mesin Granbell mengambil peluang untuk melakukan pemberontakan… Ketika kediamannya menjadi terlalu bahaya, Shiki harus menyertai Rebecca dan Happy dan melarikan diri ke dalam kosmos.”
Apa pendapat anda mengenai berita ini? Teruja tidak untuk lihat apa yang berlaku? Beritahu saya tentang pendapat anda di ruang komen.
@gamersantaimy
Discussion about this post