Seperti biasa, PlayStation Asia membentangkan permainan percuma untuk dimuat turun pengguna PlayStation Plus untuk tiap-tiap bulan. Baru sahaja diumumkan PlayStation Asia bagi permainan percuma untuk bulan Julai ini! Yang menariknya, permainan percuma bulan ini adalah PES 2019. Apa lagi? Siap sedia untuk muat turun la nanti okay!
https://youtu.be/naiug1WxpRU
Jadi inilah dua permainan yang boleh dimuatturun secara percuma bulan depan;
PRO Evolution Soccer 2019
Jadi seperti yang diberitahu di atas tadi, PES 2019 atau PRO Evolution Soccer 2019 boleh dimuat turun secara percuma bermula 3 Julai sehingga 6 Ogos 2019. PES 2019 adalah permainan video simulasi bola sepak yang dibangunkan oleh PES Productions dan diterbitkan oleh Konami untuk Microsoft Windows, PlayStation 4, dan Xbox One. Permainan ini adalah siri ke-18 dalam PES yang dikeluarkan pada 28 Ogos 2018.
Ciri-ciri Baru:
• LIGA AUTENTIK – Tambahan besar bagi liga berlesen
• MOMEN MAGIK – Individu pemain telah dibawa ke peringkat seterusnya dengan 11 ciri kemahiran baru. Skor matlamat hebat dengan gerak & animasi menembak yang lebih baik, dan lihat stamina mempunyai kesan dengan Keletihan yang Ketara
• MYCLUB BARU – Setiap elemen telah dibuat semula, dari bagaimana anda menandatangani pemain, ke versi pemain khas yang dikeluarkan sepanjang tahun
• PERMAINAN YANG REALISTIK – Pengalaman realisme foto dengan aliran animasi yang menakjubkan, menyokong 4K HDR
• MUSIM ML SEBENAR – Kehidupan pengalaman sebagai pengurus sebenar dengan 3 perubahan ketara: pra-musim ICC, sistem pemindahan mendalam dan lesen liga baru
Aegis Defenders
Permainan kedua yang boleh didapati secara percuma bermula 3 Julai sehingga 6 Ogos 2019 adalah permainan 2D yang comel dinamakan Aegis Defenders. Menjelajah, membina, dan mempertahankan dalam strategi unik Action-Platformer dan Tower Defence ini.
Pemain bermain sebagai pasukan Ruinhunters mencari satu perkara yang dapat menyelamatkan kampung mereka – senjata legendaris yang dikenali sebagai Aegis.
Jadi, itu je list untuk free game dari PlayStation Plus untuk bulan Julai yang akan datang ni, kepada korang yang belum subscribe PlayStation plus tu, subscribe lah, rugi weh kalau korang tak subscribe, dapat game free tiap-tiap bulan siapa nak bagi kan?
@gamersantaimy
Discussion about this post