Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Penuh Bug dan Glitch” — Pemain Pokemon Scarlet & Violet Mula Minta Refund!

Maira by Maira
November 21, 2022
in Artikel, Berita, Game, Nintendo Switch, Open World, Platform
0 0
0
“Penuh Bug dan Glitch” — Pemain Pokemon Scarlet & Violet Mula Minta Refund!
Share on FacebookShare on Twitter

Entri terbaru francais hebat, Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet telah pun dilepaskan pada 18 November lalu. Anda juga mungkin sudah nampak ramai yang bermainnya di media sosial. Mesti anda ternampak banyak klip-klip menarik berkenaan bug dan masalah prestasi game ini. Nampaknya ramai yang tidak berpuas hati dan mula meminta wang mereka semula.

Pokemon Scarlet Violet

Memandangkan ini merupakan game open-world pertama francais itu, sudah tentu ramai yang teruja untuk bermainnya selepas persembahan menarik daripada Pokemon Legends Arceus. Malangnya Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet gagal memenuhi jangkaan ramai pemain malah ia telah menjadi game Pokemon paling teruk untuk barisan utama francais. Semuanya berpusatkan kepada masalah prestasi game tersebut.

Ada yang menyalahkan hardware Nintendo Switch yang tidak cukup kuat kerana visual serta masalah teknikal lain yang dijumpai semasa bermain. Tetapi ada juga yang menyalahkan pembangun, Game Freak kerana tidak mengoptimumkan game tersebut dengan baik sebelum dilepaskan.

Weird animation bug in Scarlet and Violet gave me a great meme idea #PokemonScarlet #PokemonViolet #PokemonScarletViolet pic.twitter.com/d5CbL6uBFz

— Trihawk the Human (@_Trihawk_) November 18, 2022

Boleh tahan ramai juga pemain yang berjaya mendapatkan semula wang. Tetapi itu semuanya daripada pemain yang membeli game tersebut versi digital. Sampai ada juga pemain meminta supaya tiada siapa beli game itu sebagai mesej kepada pembangun dan Nintendo tentang kekecewaan mereka terhadap Pokemon Scarlet dan Pokemon Violet.

Don't blame the Switch hardware. Don't even blame the employees at Game Freak because of Pokemon Scarlet and Violet having many bugs and issues.

Blame the higher ups for making Game Freak having a strict deadline and not having enough time to fix the bugs and issues.

— The cutest cabbit (@TommoCabbit) November 19, 2022

Walaupun begitu, ramai sahaja Trainer lain yang tidak kisah mengenai masalah tersebut malah menyukainya kerana ia menghiburkan. Tetapi mereka masih berharap supaya kemas kini akan datang boleh menyelesaikan masalah teknikal tersebut dan memberikan prestasi yang lebih baik untuk menarik pemain baru.

Pokemon Scarlet Violet

Anda pula bagaimana? Adakah anda juga tidak berpuas hati dengan entri terbaru Pokemon ini? Boleh kongsikan kepada kami di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Pokemon daripada kami, sila klik pautan ini.

Dapatkan sekarang!
Pokémon Scarlet and Violet
Publisher: The Pokémon Company, Nintendo
Developer: Game Freak
Release Date: 2022-11-18
Nintendo Switch
Pokémon Scarlet dan Pokémon Violet ialah game RPG yang dibangunkan oleh Game Freak dan diterbitkan oleh Nintendo dan The Pokémon Company untuk Nintendo Switch.
Tags: Pokemon ScarletPokemon Scarlet & VioletPokemon Violet
Previous Post

Jason David Frank pelakon Power Rangers meninggal dunia pada usia 49 tahun

Next Post

Dari manhwa ke game mobile, Solo Leveling Arise tunjuk gameplay RPG baru! – Akan keluar 2023

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!
Berita

Arknights: Endfield – Update Version 1.3 Rasmi Dilancarkan, Tambah 6-Star Baru, Mi Fu!

June 5, 2026
Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!
Anugerah

Hantar Karya Anda! Penyertaan SEA Game Awards 2026 Kini Dibuka!

June 5, 2026
Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!
Nintendo Switch 2

Elden Ring Tarnished Edition Tiba Di Switch 2 Pada Ogos 2026 Bersama DLC Baru Untuk Semua Platform!

June 5, 2026
Next Post
Dari manhwa ke game mobile, Solo Leveling Arise tunjuk gameplay RPG baru! – Akan keluar 2023

Dari manhwa ke game mobile, Solo Leveling Arise tunjuk gameplay RPG baru! - Akan keluar 2023

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd