Kebanyakkan watak-watak Kimetsu no Yaiba menggunakan pelbagai teknik pedang bernama “Breath” untuk melawan ancaman iblis. Walaupun setiap breath ini kuat dan unik dalam caranya sendiri, Sun Breathing dikenali sebagai asas kepada semua teknik breath. Mari kita selami sejarahnya sekarang.
Baru ingin kenali
Pertarungan Tanjiro bersama Rui memberikan kita pandangan pertama kepada jurus Hinokami Kagura. Pada mulanya, ia dianggap sebagai ritual yang diturunkan daripada generasi ke generasi dalam keluarga Tanjiro sebagai persembahan kepada Dewa Api Hinokami. Namun, Flame Hashira – Kyojuro Rengoku, memberitahu Tanjiro bahawa buku-buku di rumah keluarganya mungkin mengandungi maklumat penting mengenai Hinokami Kagura.
Di rumah Flame Hashira, Tanjiro bertemu dengan adik Rengoku yang bernama Senjuro dan ayahnya, Shinjuro. Pertemuan ini tidak diterima dengan baik oleh Shinjuro yang, setelah melihat anting-anting “hanafuda” milik Tanjiro, menganggap dia mempraktikkan teknik Sun Breathing. Malangnya, ini adalah istilah yang belum pernah didengari oleh Tanjiro. Shinjuro, yang juga merupakan bekas Flame Hashira, memberitahu Tanjiro bahawa semua bentuk “breathing” lain sebenarnya adalah tiruan kepada Sun Breath yang asli.
Untuk mencari jawapan, Tanjiro dan Senjuro menemui buku yang disebutkan oleh Rengoku, tetapi ia terlalu rosak untuk dibaca. Walaupun Tanjiro tidak mempelajari apa-apa maklumat baru, Senjuro kemudian mengirimkan surat kepadanya setelah mendapati bahawa Hinokami Kagura memiliki 13 bentuk. Tanjiro akhirnya mengesahkan maklumat ini dan memperoleh pemahaman yang lebih baik mengenai Sun Breathing selepas mengalami mimpi-mimpi aneh berkenaan nenek moyangnya, Sumiyoshi.
Ke alam mimpi
Dalam mimpi ini, Tanjiro melalui semula kehidupan nenek moyangnya Sumiyoshi, yang bercakap dengan Yoriichi Tsugikuni. Yoriichi adalah pencipta Sun Breath dan merupakan pendekar legenda daripada zaman Sengoku. Sebagai seorang Demon Slayer, dia dikenali sebagai ahli yang terkuat dalam sejarah organisasi, kerana gabungan tekniknya dan tanda Demon Slayer serta kemampuannya untuk melihat Sukitōru Sekai (lihat dalaman seseorang individu seperti pengaliran darah, otot, dan pergerakan badan. Dengan gabungan abiliti itu dan bakat sedia ada, Yoriichi hampir mengalahkan Muzan dalam pertarungan.
Malangnya, Muzan terselamat. Yoriichi berasa sangat sedih kerana ketidakmampuannya untuk membunuh Muzan dan memandang dirinya sebagai sebuah kegagalan yang membiarkan iblis terus menyakiti orang. Dalam mimpi ini, Tanjiro melihat Yoriichi melakukan 12 formasi Sun Breath, yang membantu Tanjiro menyempurnakan penggunaan teknik tersebut. Ia berkat kepada Sumiyoshi bahawa teknik ini diturunkan daripada generasi ke generasi dan akhirnya dikenali sebagai Hinokami Kagura. Oleh kerana Yoriichi tidak mempunyai waris, dia meninggalkan Sumiyoshi dengan anting-anting hanafuda khasnya, yang akhirnya diwarisi oleh Tanjiro.
Saat Tanjiro jumpa jawapannya
Sejak kematian Yoriichi, Muzan dan iblis Upper Rank 1, Kokushibo, yang juga kembar Yoriichi, membunuh sesiapa sahaja yang menggunakan Sun Breath. Walaupun masih ada keturunan pengguna Sun Breath seperti Mist Hashira – Muichiro Tokito, ia adalah keluarga Tanjiro yang bantu menjaga teknik asal sehingga masa kini. Ketika pertempuran terakhir melawan Muzan semakin sengit, Tanjiro menyedari hubungan antara ritual keluarganya dan Sun Breath.
Pergerakan Yoriichi yang elegan ketika melakukan 12 formasi teknik itu mengingatkan Tanjiro tentang sesuatu yang ayahnya pernah kata iaitu:
“Sekiranya kamu belajar bernafas dengan betul, Tanjiro, kamu dapat menari selama-lamanya.”
Dia menyedari bahawa 12 formasi ini dapat disatukan dengan tarian ritual lalu melengkapkan sebuah gelung yang membolehkan Tanjiro melakukan serangan demi serangan secara berterusan. Kombinasi berjaya ini menghasilkan Tanjiro , yang terbukti penting dalam pertarungan akhir.
@gamersantaimy
Discussion about this post