Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengarah siri anime terkenal Fate/Stay Night, Yuji Yamaguchi meninggal dunia

Berita diumumkan di Twitter milik Tomomi Mochizuki.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 10, 2020 - Updated on February 20, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Pengarah siri anime terkenal Fate/Stay Night, Yuji Yamaguchi meninggal dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, dunia anime berkumpul untuk sama-sama meratapi kehilangan tokoh yang dikasihi. Laporan dari berita rasmi Jepun telah mengesahkan bahawa Yuuji Yamaguchi telah meninggal dunia. Pengumuman ini asalnya dibuat di Twitter oleh Tomomi Mochizuki, seorang artis yang menyebarkan berita sedih ini kepada peminat atas talian untuk memaklumkan kepada mereka tentang pemergian Yamaguchi.

山口祐司監督が亡くなりました。
「勇者指令ダグオン」「ヤミと帽子と本の旅人」「桃華月憚」などで一緒に仕事をしました。ショックだし、残念でたまりません。#山口祐司

— 望月智充 (@fwkw2627) January 8, 2020

“Pengarah Yuuji Yamaguchi telah meninggal dunia,” katanya sambil membincangkan projek-projek yang mereka pernah bekerjasama selama ini. “Ini ialah satu kejutan, dan saya sangat menyesal.”

Bagi mereka yang tidak tahu, Yamaguchi telah bekerja untuk banyak siri anime terkenal sepanjang hayatnya. Baru-baru ini, beliau dipuji untuk hasil kerjanya di Fate/Stay Night. Yamaguchi bukan sahaja “storyboarding” anime tersebut, tetapi beliau juga berperanan sebagai pengarah utama dan pengarah episod. Yamaguchi kemudian kembali ke francais Fate/Stay untuk mengarahkan Fate/Stay Night: Blade Unlimited Works.

fate stay night wallpaper Elegant Fate Stay Night Tohsaka Rin Emiya Shirou Saber Archer Fate Stay

Sudah tentu, Yamaguchi pernah bekerja di siri lain juga. Beberapa anime terkenal beliau pernah terlibat termasuk Cowboy Bebop, GeGeGe no Kitaro, Outlaw Star, dan lain-lain.

Berikut adalah sinopsis pendek untuk Fate/Stay Night:

Fuyuki City ialah sebuah bandar misteri yang dikelilingi oleh lautan dan gunung-gunung. Di sini, sebuah artifak lama, “Holy Grail” boleh menunaikan apa-apa hajat pemiliknya. Tujuh individu diberikan tujuh roh wira terpilih dan akan berperang sesama sendiri sehingga hanya satu pasangan yang kekal!

Tags: animeFate/Stay NightPengarahYuuji Yamaguchi
Previous Post

Pathfinder ajak pemain BERPARTYY dalam Grand Soirée Arcade Apex Legends!

Next Post

Bersedia dengan pengembaraan solo Galakrond’s Awakening di Hearthstone kerana pelbagai menanti anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Bersedia dengan pengembaraan solo Galakrond’s Awakening di Hearthstone kerana pelbagai menanti anda!

Bersedia dengan pengembaraan solo Galakrond’s Awakening di Hearthstone kerana pelbagai menanti anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd