Naoki Hamaguchi, yang sebelum ini dikenali sebagai peneraju projek Final Fantasy VII Remake, kini adalah pengarah bersama projek itu, mengikut kemaskini page Square Enix. Ini bermaksud Hamaguchi dan pengarah terkenal Tetsuya Nomura sekarang berkongsi peranan yang sama. Naoki Hamaguchi telah dinaikkan pangkat dan menjadi co-director untuk Final Fantasy VII Remake yang akan datang.
Naoki Hamaguchi is now credited as Co-Director of Final Fantasy VII Remake on Square Enix's official recruitment page (updated for the new fiscal year). His previous title was Development Leader.
He's worked on FFXII, the XIII trilogy, XIV and Mobius.https://t.co/2ss72FGkJ2 pic.twitter.com/UTfjr3Ae6S
— DKHF (@DKHF_) April 1, 2019
Di samping itu, Business Division 5 yang diketuai oleh Pengarah Final Fantasy XIV dan Pengeluar Naoki Yoshida telah disusun semula ke dalam “3rd Development Unit.” Walaupun kepimpinan Yoshida-san tidak berubah, pasukan itu mempunyai next-gen game dalam pembangunan. Mereka sudah pun selesai pembangunan awal dan kini beralih untuk pengeluaran penuh.
Gambar di atas yang mempunyai teks “Satu projek baharu, dalam pembangunan.” adalah gambar yang telah dimuat turun di website Business Division 5 sejak tahun 2016 lagi. Untuk pengetahuan korang, Final Fantasy VII Remake akan dibangunkan untuk PS4. Buat masa sekarang, masih belum ada maklumat lanjut yang kita ketahui tentang game tersebut, tetapi yang pasti, ia adalah sangat menarik! Kita tunggu pula pengumuman rasmi dari Square Enix!
Sumber: Square Enix
@gamersantaimy
Discussion about this post