Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Santai di YOASOBI ASIA TOUR Kuala Lumpur! Persembahan Penuh Semangat & Tenaga!

Maira by Maira
January 15, 2024
in Acara, Artikel, Berita, Konsert, Tempatan
0 0
0
Pengalaman Santai di YOASOBI ASIA TOUR Kuala Lumpur! Persembahan Penuh Semangat & Tenaga!
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Hari yang ditunggu-tunggu oleh peminat YOASOBI akhirnya tiba juga selepas bersusah payah berebut tiket untuk melihat persembahan langsung daripada kumpulan J-POP popular ini! Kami juga tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan mereka dan tidak sabar untuk menceritakan pengalaman kami kepada anda semua! Tanpa membuang masa, jom kami ceritakan pengalaman santai kami di YOASOBI ASIA TOUR di Zepp Kuala Lumpur!

Sumber: Gamer Santai

Tibanya kami di Zepp Kuala Lumpur, sudah ramai peminat-peminat yang hadir. Dengar cerita ada juga yang sudah tiba di sana sebelum jam 10 pagi. Memang bersemangat betul mereka ini. Sementara menunggu untuk masuk ke tempat konsert, sudah pasti ramai yang bergambar dan mengongsikan keterujaan mereka untuk menonton persembahan YOASOBI. Sudah tentu kami juga turut teruja bersama mereka.

Memandangkan Zepp Kuala Lumpur agak kecil, jadi memang agak sesak juga di dalamnya. Kalau kumpulan duo ini kembali semula ke Malaysia, harap-harap konsert mereka boleh dibuat di tempat yang lebih besar. Lebih ramai peminat boleh sertainya nanti.

Kredit: Poto-Pot

Tepat jam 8 malam, YOASOBI terus mengambil alih pentas dan menjerit “We are YOASOBI” sebelum memulakan lagu pertama mereka, Yoru ni Kakeru. Lagu ini memang sudah tidak asing buat peminat, jadi mereka turut bernyanyi bersama-sama.

Suasana di konsert itu sangat meriah! Semua orang kekal bersemangat, dengan hampir setiap lagu peminat akan menyanyi bersama. Terutamanya semasa lagu Gunjou di mana Ikura melibatkan penonton secara langsung, dan seluruh orang ramai menyertainya. Konsert itu tiba ke penamatnya dengan persembahan Adventure. Sudah tentu para peminat mula menyeru mereka untuk ke pentas untuk encore. Permintaan tersebut dimeterai dengan persembahan Idol yang menghidupkan semula suasana bersemangat itu. Konsert ini diakhiri dengan yoasobi dan para pemuzik bergambar kumpulan, menyatakan rasa terima kasih atas kehadiran penonton sepanjang acara tersebut.

Kredit: Poto-Pot

Boleh dikatakan keseluruhan persembahan berlangsung lebih daripada sejam, dengan pelbagai lagu yang dipersembahkan. Terasa begitu pendek pula walaupun sudah 17 lagu yang dipersembahkan. Sistem audionya juga boleh tahan, membuatkan kami sendiri susah untuk mendengar suara sendiri. Lebih hebat sekali, persembahan Ikura memang sama seperti versi rakaman, vokalnya kekal stabil sambil memberikan persembahan yang sangat bersemangat di atas pentas.

Ikura turut menyampaikan ucapan pendek berterima kasih kepada peminat yang hadir ke konsert itu. Mereka sendiri tidak percaya bahawa mereka akan melakukan konsert di Malaysia. Dia turut mengongsikan bahawa dia suka dengan nasi lemak kerana kelazatan makanan tersebut.

Kredit: Poto-Pot

Kalau ada antara anda yang pergi ke konsert YOASOBI dan ingin dengar semula kesemua lagu yang dipersembahkan, anda bolehlah rujuk setlist ini!

  • Yoru ni Kakeru (Racing into the Night)
  • Shukufuku (The Blessing)
  • RGB/Sangenshoku
  • Seventeen
  • Biri biri
  • Mr (Mister)
  • Yasashii Suisei (Comet)
  • Yuusha (The Brave)
  • Mou Sukoshi Dake
  • Haruka
  • Halzion
  • Tabun (Probably)
  • Ano Yume o Nazotte
  • Kaibutsu (Monster)
  • Gunjou
  • Adventure
  • Idol — Encore
Kredit: Poto-Pot

Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk berita menarik mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!

Tags: YOASOBIYOASOBI ASIA TOUR Kuala Lumpur
ShareTweetSend
Previous Post

Yu-Gi-Oh! DUEL LINKS Mulakan Kempen Ulang Tahun ke-7! Log Masuk Untuk Pelbagai Ganjaran Hebat!

Next Post

Acer Pamer Barisan Produk-Produk Baharu di Predator League 2024! Ada Laptop, Monitor, Router & Banyak Lagi!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Acer Pamer Barisan Produk-Produk Baharu di Predator League 2024! Ada Laptop, Monitor, Router & Banyak Lagi!

Acer Pamer Barisan Produk-Produk Baharu di Predator League 2024! Ada Laptop, Monitor, Router & Banyak Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd