Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Mencuba Detective Conan Card Game Di TableCon Quest 2024 – Jom Selesaikan Misteri!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 26, 2024
in Artikel, Berita, Preview, Tabletop, Trading Card Game
0 0
0
Pengalaman Mencuba Detective Conan Card Game Di TableCon Quest 2024 – Jom Selesaikan Misteri!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak beberapa hari ini, pelbagai berita, interviu dan previu yang telah kami kongsikan tentang TableCon Quest 2024 yang berlangsung hujung minggu lalu di Singapura. Sebagai finale kepada segala liputan di acara tersebut, kami ingin menceritakan pengalaman bermain Detective Conan Card Game yang hanya ada di Jepun sahaja buat masa ini.

Merupakan permainan kad dagangan (trading card game) yang mengadaptasi anime/manga Jepun terkenal Detective Conan, ia dibuat sempena ulang tahun ke-30 siri ini dan sudah pun dikeluarkan di Jepun sejak bulan Mei lalu. Turut membuat kemunculan di TableCon Quest tahun ini, sudah tentu kami akan cuba!

Bagaimanakah gameplaynya? Adakah ia seronok seperti permainan kad lain? Mari kita usya sama-sama.

Kredit: Digital Braves

Sekilas pandang, set permainan mempunyai lima tema warna mengikut watak ikonik berbeza iaitu Biru untuk Conan Edogawa, Hijau untuk Hattori Heiji, Putih untuk Kaito Kid, Kuning untuk Toru Amuro, dan Merah untuk Shuichi Akai.

Dalam Detective Conan Card Game, ada 5 jenis kad. Kita ada “case card”, “token card”, “partner card”, “40 character card” dan “event card”. Bagi setiap kes, pemain perlu mengumpul jumlah bukti tertentu untuk menyelesaikan misteri. Untuk mengumpul bukti tersebut, anda memerlukan character card dan partner card. Sesiapa yang mengumpul jumlah bukti yang ditetapkan dahulu akan memenangi seluruh permainan.

Kredit: Digital Braves

Matlamat permainan cukup mudah. Anda dan pihak lawan mesti berlumba sesama sendiri untuk melihat siapa yang boleh mengumpul bukti dengan lebih cepat. Di sini, Anda boleh sabotaj pihak lawan dengan memusnahkan bukti atau character card mereka.

Setiap character card mempunyai abiliti, tetapi kami tidak akan menjelaskan setiap butiran kerana jumlah watak yang banyak. Untuk artikel ini, kami akan menumpukan pada fungsi jenis-jenis kad. Ayuh ke medan permainan.

Kredit: Digital Braves

Di bahagian bawah medan adalah tempat letak fail. Fail bertindak sebagai sumber energy dalam permainan. Apabila mengambil character card, anda akan melihat nombor di bahagian atas sebelah kiri. Nombor itu merupakan kos untuk menggunakan kad tersebut.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati semasa menggunakan energy apabila memilih watak untuk menyelesaikan kes. Selain itu, anda boleh membawa partner card ke medan dan menggunakannya sebagai fail juga.

Kredit: Digital Braves

Untuk setiap pusingan, pemain boleh menambah dua energy tetapi hanya pemain yang gerak dahulu sahaja boleh menambah satu energy pada pusingan pertama. Anda juga boleh menyimpan satu energy dan kemudian memainkan character card lain kerana setiap pemain hanya dibenarkan memainkan satu kad pada giliran masing-masing sama ada memanggil watak atau mengaktifkan event card.

Di tengah-tengah medan ialah tempat anda meletakkan character card (maksimum lima).

Kredit: Digital Braves

Selepas meletakkan character card, anda perlu menunggu melainkan watak mempunyai skil Rush yang membolehkan anda bertindak selepas meletakkannya di bawah. Menggunakan character card, anda boleh sama ada menyerang bukti atau watak pihak lawan. Jika serangan itu berjaya, pihak lawan anda mesti membuang satu kad daripada bukti mereka dan memberikannya kepada anda.

Di bahagian bawah sebelah kanan kad, anda akan melihat beberapa nombor. Nombor ini menandakan AP dan LP anda. AP adalah Attack Power manakala LP bertindak sebagai kepantasan watak, di mana ia boleh membantu pemain mengumpul bukti dengan lebih cepat.

Kredit: Digital Braves

Bergantung sama ada anda menyerang atau bertahan, semuanya terserah kepada AP yang anda miliki. Jika jumlah musuh lebih rendah, maka kad mereka akan dimusnahkan tetapi jika jumlah AP adalah sama, ada kemungkinan kad anda yang musnah. Hanya kad watak yang dipusingkan sahaja boleh digunakan untuk bertahan. Ia tidak boleh bertahan jika tidak dipusingkan.

Syarat menang tidak semestinya memerlukan kita untuk mengumpul bukti sahaja. Setiap partner card mempunyai skil yang dipanggil Assist. Sebagai contoh; apabila partner card yang aktif masuk ke medan fail, dan pemain memiliki 6 fail, anda boleh menggunakan abiliti bernama Flip untuk menukar partner card kepada token card bagi melengkapkan syarat kemenangan.

Kredit: Digital Braves

Secara keseluruhan, bermain Detective Conan Card Game adalah pengalaman yang menyeronokkan dan unik kerana bukan sahaja memerlukan anda untuk memusnahkan kad pihak lawan seperti permainan TCG yang lain, malah pemain juga perlu secara aktif menghalang pihak lawan daripada menyelesaikan kes sambil memikirkan cara kemenangan sendiri.

Yang pasti, game ini tidak mesra kepada beginner kerana anda perlu membaca peraturan dengan betul dan memahami perkara yang dilakukan oleh setiap kad terutamanya apabila mengumpul bukti. Anda tidak boleh hanya menyerang lawan secara agresif sepanjang masa kerana anda juga perlu mengumpul bukti untuk menghalang mereka daripada memenangi permainan.

Kredit: Digital Braves

Hanya versi Jepun telah dilancarkan secara global setakat ini. Kakitangan juga telah memberitahu bahawa mereka kehabisan stok di Jepun jadi jangan ketinggalan untuk bermain Detective Conan TCG terutamanya jika anda peminat tegar siri ini apabila ia dilancarkan di Asia pada suatu hari nanti.

Untuk maklumat lanjut tentang Detective Conan Card Game, sila tekan SINI!

Tags: Detective Conan Card GameTableCon Quest 2024
ShareTweetSend
Previous Post

Ranma 1/2 Akhirnya Dapat Anime Baharu Selepas 32 Tahun!

Next Post

Reviu Super Monkey Ball Banana Rumble – Bergila Bersama Monyet Comel!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Reviu Super Monkey Ball Banana Rumble – Bergila Bersama Monyet Comel!

Reviu Super Monkey Ball Banana Rumble - Bergila Bersama Monyet Comel!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd