Bandai Namco telah membuka pendaftaran untuk beta tertutup Blue Protocol yang akan dibuka ujian betanya dalam hujung bulan Mac. Pendaftaran ini dibuka sehingga 2 Mac 2020 11:00 JST (10pm MY). Sebanyak 50,000 pemain akan dipilih untuk menguji beta tertutup ini, untuk menyertai anda harus menetap/berada di Jepun mendaftar Bandai Namco ID. Peserta yang berjaya dipilih untuk beta ini juga boleh menjemput satu rakan lain untuk sertai bersama ujian ini.
Blue Protocol merupakan sebuah permainan dalam talian RPG (Role-Playing Game) yang dibangunkan oleh Bandai Namco dan peminat terlalu teruja untuk melihat pasukan permainan ini lakukan tugas mereka. Studio yang menghasilakan permainan ini kini tersangatlah sibuk dengan siri kandungan Dragon Ball, jadi para peminat harus bersabar dengan keluaran rasmi permainan ini.
Minggu lalu, watak pratagonis dalam Blue Protocol telah didedahkan dan mereka adalah;
Feste
Seorang gadis demihuman yang menyertai perjalanan pemain. Dia adalah ‘trickster’ yang licik dan suka menipu orang lain untuk meneruskan perjalanannya.
Jake
Seorang pengembara “Top of the Top” yang terkenal di Asterleeds. Dia tidak dapat dinafikan mahir, tetapi kelakuannya ada sedikit yang tidak boleh dipercayai.
Einrain
Seorang gadis misterius yang anda dapati akan terjumpa banyak kali dalam perjalanan anda. Dia membantu anda tanpa banyak berkata . Dia seolah-olah berkaitan dengan agama Bapharian tetapi …
Aerinse
Seorang wanita yang muncul di ‘pillar of holy prayers.’ Dia mendakwa telah datang dari luar ruang angkasa dengan tujuan yang besar. Dan itu terletak pada masa depan yang masih belum diketahui.
Tryis
Seorang wanita yang merupakan pengawal peribadi Aerinse. Dia selalu melakukan “apa sahaja yang dia perlukan” dan tidak berhenti daripada membuat keputusan yang berat pada masa-masa tertentu.
Bandai Namco juga melancarkan semula laman web rasmi Blue Protocol, yang termasuk video baru dari empat kelas watak dan penyesuaian watak, serta banyak tangkapan skrin baru. Anda boleh tonton rakaman di bawah juga tangkapan skrin di galeri dibawah.
Aegis Fighter
Kelas jarak dekat yang seimbang dalam kesalahan dan pertahanan, serta pergaduhan di garisan depan. Dengan kemahiran pertahanan yang menggunakan perisai yang kuat, Aegis Fighters dapat melindungi diri mereka serta parti mereka.
Twin Striker
Kelas jarak dekat yang menggunakan dual hatchets dan melepaskan serangan yang ganas ibarat ribut. Dengan menumpukan serangan di atas serangan tanpa rehat, kuasa Twin Striker’s akan meningkat lebih jauh di luar batas mereka.
Blast Archer
Kelas yang pakar dalam serangan jarak jauh dan sokongan parti. The Blast Archer menggunakan pelbagai taktik bergantung pada keadaan pertempuran, termasuk menyerang titik lemah musuh dan serangan jarak jauh.
Spell Caster
Kelas yang dapat mempelajari serangan pelbagai atribut, termasuk api, ais dan guruh. Kesan kuasa tinggi dan kesan atribut Spell Caster lebih berkesan dalam pertempuran berdasarkan parti
Penyesuaian Watak
Pilih secara bebas campuran dan sepadan dengan banyak pilihan dari badan hingga ke gaya rambut, bentuk mata, ciri-ciri wajah dan banyak lagi untuk mencipta watak peribadi anda sendiri.
Sumber: Gematsu
@gamersantaimy
Discussion about this post