Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pendaftaran Awal Kaiju No. 8 The Game Kini Dibuka Bersama Trailer Rasmi Baharu

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 28, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, PC, Steam
0 0
0
Pendaftaran Awal Kaiju No. 8 The Game Kini Dibuka Bersama Trailer Rasmi Baharu
Share on FacebookShare on Twitter

Akatsuki Games secara rasmi membuka pendaftaran awal untuk Kaiju No. 8 The Game, sebuah RPG turn-based free-to-play berdasarkan siri manga dan anime popular karya Naoya Matsumoto, Kaiju No. 8.

Peminat sudah boleh mendaftar melalui Steam, App Store untuk iOS, dan Google Play untuk Android. Bersempena dengan pengumuman ini, trailer rasmi kedua juga telah diperkenalkan, mempamerkan visual memukau dan aksi pertempuran yang dinamik. Walaupun tarikh pelancaran rasmi belum disahkan, beberapa platform menyenaraikan 31 Ogos 2025 sebagai tarikh sementara.

Dibangunkan oleh Akatsuki Games, yang terkenal dengan Dragon Ball Z: Dokkan Battle, ini merupakan adaptasi game pertama untuk francais Kaiju No. 8. Berlatar di dunia yang diserang makhluk kaiju gergasi, game ini mengisahkan Kafka Hibino, seorang pekerja pembersihan kaiju yang berubah menjadi Kaiju No. 8 selepas termakan parasit misteri. Kafka kemudian menyertai Japan Anti-Kaiju Defense Force, bertempur melawan ancaman kaiju sambil berusaha menyembunyikan identiti rahsianya, didorong oleh janji masa kecil kepada sahabatnya, Mina Ashiro.

Kredit: Akatsuki Games

Kaiju No. 8 The Game menawarkan pertempuran turn-based strategik dengan kawalan intuitif dan taktik berasaskan skuad. Pemain membentuk skuad empat orang, memanfaatkan kerjasama untuk menghasilkan serangan susulan yang kuat dan melancarkan serangan sinematik “Ultimate” apabila kaiju core didedahkan. Watak boleh dikuatkan melalui peningkatan level, abiliti, dan penambahbaikan senjata, membolehkan pelbagai gaya permainan. Game ini turut memperkenalkan kaiju baharu yang eksklusif — raksasa bertanduk, berkaki empat, dan berekor besar yang tidak pernah muncul dalam siri original.

Kredit: Akatsuki Games

Selain menghidupkan semula detik-detik penting dari siri asal, game ini juga menampilkan jalan cerita original yang memperluaskan latar belakang watak seperti Kafka Hibino, Mina Ashiro, dan rakan-rakan mereka. Dengan visual berkualiti tinggi, model watak terperinci, dan serangan khas — termasuk serangan ikonik Kafka, bilah pantas Soshiro Hoshina, dan kapak berat Kikoru Shinomiya — game ini menjanjikan pengalaman yang benar-benar spektakular. Pelakon suara anime original seperti Masaya Fukunishi (Kafka), Asami Seto (Mina), dan Fairouz Ai (Kikoru) turut kembali untuk menghidupkan lagi pengalaman ini.

Kredit: Akatsuki Games

Sebagai game percuma, Kaiju No. 8 The Game menggabungkan sistem gacha untuk membuka watak dan kebolehan baharu. Untuk meraikan pendaftaran awal, pemain berpeluang menerima watak ★4 Mina Ashiro secara percuma, dengan lebih banyak hadiah tambahan berdasarkan jumlah pendaftaran global. Game ini juga menyokong fungsi crossplay, membolehkan pemain dari PC, iOS, dan Android bermain bersama dengan lancar.

Kredit: Akatsuki Games

Peminat yang tidak sabar boleh mendaftar sekarang melalui laman web rasmi.

Tags: Kaiju No. 8 The Game
ShareTweetSend
Previous Post

Umamusume: Pretty Derby ‘Global’ Akan Datang Ke PC & Mobile Pada Jun 2025!

Next Post

Pasaran Kosmetik Counter-Strike Cecah Rekod Nilai $4.5 Bilion

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Pasaran Kosmetik Counter-Strike Cecah Rekod Nilai $4.5 Bilion

Pasaran Kosmetik Counter-Strike Cecah Rekod Nilai $4.5 Bilion

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd