Semasa acara Comic-Con diadakan di San Diego, Marvel Studio telah mengumumkan banyak filem dan siri Disney+ untuk fasa 4 hingga 6 termasuk Black Panther: Wakanda Forever. Namun, terdapat beberapa peminat yang ingin watak T’Challa dihidupkan kembali dengan mencari pelakon baru untuk menggantikan mendiang Chadwick Boseman dalam filem Black Panther: Wakanda Forever.
Dalam trailer Black Panther: Wakanda Forever, mereka memberikan gambaran apa yang akan berlaku kepada Wakanda tetapi tanpa kehadiran raja T’Challa. Hal ini kerana, pelakon yang melakonkan watak itu telah meninggal dunia pada musim panas 2020.
Selepas mendengar berita tersebut, ramai peminat meratapi kehidupan dan kerjaya yang semakin berkembang. Dalam masa yang sama, terdapat juga beberapa peminat yang menyoalkan bagaimana filem Black Panther diteruskan tanpa pelakon utama tersebut. Adakah Marvel akan mematikan watak itu atau meneruskan dengan pelakon baharu?
Dengan pendedahan trailer filem ini semasa Comic-Con diadakan, nampaknya Marvel telah membuat keputusan untuk mematikan watak T’Challa. Disebabkan oleh keputusan itu, ramai peminat tidak gembira dan tidak berpuas hati dengan Marvel kerana tidak mencari pelakon baru bagi menggantikan mendiang Chadwick Boseman.
Dengan kemarahan daripada peminat, hashtag #RecastTChalla telah menjadi “trending” di Twitter sekali gus membuat perdebatan sama ada pelakon lain layak memegang watak T’Challa dan Black Panther. Ada juga yang mengatakan bahawa membunuh watak Black Panther Boseman adalah satu keputusan yang tidak menghormati legasinya dan itu bukan apa yang keluarga mereka mahukan.
Sudah pasti perbincangan tentang Black Panther kini sedang hangat dan besar kemungkinan sehingga selepas filem ini ditayangkan nanti. Walaupun pandangan peminat dan Marvel bercanggah, mereka masih menunjukkan yang kisah epik Wakanda akan terus hidup dalam Black Panther: Wakanda Forever.
Filem Black Panther: Wakanda Forever akan ditayangkan pada bulan November 2022 di seluruh Malaysia. Korang rasa bagaimana? Nak cari pelakon baru untuk Black Panther atau matikan watak T’Challa begitu saja? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai filem, game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post