Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Peminat mahukan mitologi Maya dan Aztec dalam sekuel God of War akan datang!

safwan by safwan
November 21, 2022
in Artikel, Berita, Khabar angin, PS4, PS5
0 0
0
Peminat mahukan mitologi Maya dan Aztec dalam sekuel God of War akan datang!
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah hampir 2 minggu God of War Ragnarok dilancarkan dan ramai pemain telah menghabiskan game tersebut dengan mencapai Platinum di PlayStation. Game ini telah menerima review paling positif daripada ramai pengkritik dan pemain sekali gus menjadikan salah satu game yang bakal dinobatkan sebagai Game of the Year.

Memandangkan Ragnarok telah menyimpulkan mitologi “Norse” sekali gus menyimpulkan cerita Kratos, ini berkemungkinan membuka pintu untuk Atreus menjadi protagonis God of War seterusnya. Dia telah dikenalkan pada tahun 2018 dengan pelancaran God of War dan sejak daripada itu Atreus telah dipersiapkan oleh Kratos dengan pelbagai perkembangan dari semasa ke semasa.

Tambah pula dengan pengenalan budaya Mayan dan Aztec dalam Black Panther: Wakanda Forever, ramai peminat yang tertarik untuk melihat God of War membawa budaya ini sekali gus meminta untuk membuat sekuel di dunia Mesoamerika. Dengan populariti Namor dan kerajaan bawah airnya iaitu Talocan semakin meningkat, budaya ini nampaknya sangat menarik untuk diberikan perhatian dengan lebih mendalam lagi.

Ramai yang inginkan sekuel God of War di mana Atreus sebagai protagonis untuk meneroka ke dunia Mesoamerika kerana ia jarang diberi kasih sayang dan perhatian yang sepatutnya. Ini juga kerana potensi dunia ini juga masih belum diterokai dengan lebih dalam.

A new game in a Aztec-Mayan mythology would be cool AF
byu/Comfortable-Science4 inGodofWar

Perkara ini dimulakan dengan Comfortable-Science4 di Subreddit rasmi dan secara tidak langsung menerima sokongan secara keseluruhan daripada komuniti di sana. Walaupun ia agak seronok untuk melihat pertarungan diantara Atreus dan Feathered Serpent God, game ini nampaknya akan membawa arah yang berbeza untuk francais ini.

Besar kemungkinan, game seterusnya dalam francais ini akan meneroka lebih daripada satu mitologi dan akan meliputi semua tempat seperti Tyr’s Temple dengan membawa protagonis ke Land of the Pharaoh, Land of the Sun dan juga New World.

Jadi, apa pendapat korang tentang budaya Mayan dan Aztec jika ditampilkan dalam God of War seterusnya? Kongsikan pendapat di raungan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AztecGod Of WarGod of War: RagnarokKratosMayan
Previous Post

Call of Duty: Warzone 2.0 jadi game battle royale paling teruk setakat ini!

Next Post

“Tiada Manga Baru” — Pencipta Attack on Titan Tiada Rancangan Untuk Mulakan Siri Terbaru!

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
“Tiada Manga Baru” — Pencipta Attack on Titan Tiada Rancangan Untuk Mulakan Siri Terbaru!

"Tiada Manga Baru" -- Pencipta Attack on Titan Tiada Rancangan Untuk Mulakan Siri Terbaru!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd