Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pemilik Digital Siri Yakuza Layak Terima Naik Taraf Berdiskaun Ke PS5 & Xbox Series!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 26, 2025
in Artikel, Berita, PC, Promosi, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Pemilik Digital Siri Yakuza Layak Terima Naik Taraf Berdiskaun Ke PS5 & Xbox Series!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA dan Ryu Ga Gotoku Studio mengumumkan bahawa pemilik versi digital Yakuza 0, Yakuza Kiwami, dan Yakuza Kiwami 2 di PS4, Xbox One, atau PC layak untuk mendapatkan naik taraf dengan diskaun hebat ke versi baharu yang ditambah baik, yang akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC pada 8 Disember ini.

Yakuza 0 Director’s Cut

Prekuel Yakuza 0 membawa pemain ke tahun 1988 di Tokyo dan Osaka yang bermandikan lampu neon, yang kini menerima kemas kini besar melalui versi Director’s Cut. Versi ini menjanjikan pengalaman paling komprehensif untuk menyelami kisah permulaan protagonis siri ini, Kazuma Kiryu, dan Goro Majima yang tidak dapat dijangka.

Antara ciri-ciri baharunya, Director’s Cut akan menampilkan hampir 30 minit cutscene tambahan untuk memberikan pemahaman lebih mendalam tentang naratifnya. Turut diperkenalkan ialah mod online co-op serba baharu, “Red Light Raid,” yang membolehkan pemain bekerjasama untuk menentang gelombang musuh.

Buat pertama kalinya, pemain juga boleh mengalami game ini dengan lakonan suara Bahasa Inggeris sepenuhnya. Selain itu, lagu tema kegemaran peminat, “Bubble,” yang sebelum ini tiada dalam keluaran Barat, telah dimasukkan semula.

Bagi tawaran naik taraf, pemilik versi digital Yakuza 0 di PS4, Xbox One, atau Steam sebelum 8 Disember boleh menaik taraf ke versi Director’s Cut pada platform yang sama (PS5, Xbox Series, atau Steam).

Yakuza Kiwami

Yakuza Kiwami, sebuah ‘remake’ daripada game klasik PlayStation 2 pada tahun 2005, menceritakan semula kisah kejatuhan Kazuma Kiryu dan perjuangannya untuk menebus maruahnya dalam dunia gelap Kamurocho. Versi ini memberi tumpuan untuk memulihkan kandungan yang tiada dalam versi Barat.

Ciri baharu utamanya ialah pemulihan runut bunyi asal. Dua lagu ikonik, “Receive You [Reborn]” dan “Bleed,” telah ditambah semula selepas ketiadaannya dalam keluaran asal versi Barat.

Kemasukan semula lagu-lagu ini mengembalikan pengalaman audio yang sepatutnya, terutamanya “Receive You” yang merupakan tema simbolik siri ini dan sering menggambarkan hubungan antara Kiryu dan pesaingnya, Akira Nishikiyama.

Menerusi tawaran naik taraf, pemain yang memiliki salinan digital Yakuza Kiwami di PS4 atau Xbox One sebelum tarikh akhir boleh menaik taraf ke versi baharu PS5 atau Xbox Series. Versi yang dikemas kini untuk Steam juga akan dikeluarkan, dengan butiran tawaran untuk pemain PC akan dikongsi selepas pelancarannya.

Yakuza Kiwami 2

Dianggap sebagai salah satu judul terbaik dalam siri ini, Yakuza Kiwami 2 telah dibangunkan semula dari awal menggunakan Dragon Engine. Kisahnya menyaksikan pertembungan antara “Dragon of Dojima,” Kazuma Kiryu, dengan “Dragon of Kansai”, Ryuji Goda. Keluaran baharu ini juga akan menerima sokongan bahasa tambahan.

SEGA mengumumkan bahawa pemilik versi digital Yakuza Kiwami 2 di PS4 atau Xbox One boleh menaik taraf ke versi PS5 atau Xbox Series X|S secara percuma. Sama seperti Yakuza Kiwami, versi Steam yang dikemas kini akan dikeluarkan pada 8 Disember, dengan maklumat lanjut untuk pemilik PC sedia ada akan menyusul.

Info Penting untuk Semua Naik Taraf

Tawaran hebat ini datang dengan beberapa syarat. Diskaun hanya sah untuk naik taraf dalam platform konsol yang sama (contohnya, PlayStation 4 ke PlayStation 5) dan tidak terpakai untuk versi yang diperoleh melalui perkhidmatan langganan seperti PlayStation Plus atau Xbox Game Pass.

Edisi fizikal permainan juga tidak layak untuk tawaran naik taraf digital ini. Selain itu, pemain perlu maklum bahawa save data daripada versi asal tidak boleh dipindahkan ke versi baharu.

Kami akan mengemas kini artikel ini dengan harga rasmi Malaysia dalam Ringgit (RM) apabila ia diumumkan oleh SEGA.

Tags: yakuza
ShareTweetSend
Previous Post

Figura Luffy Dalam Jersi NBA Bakal Dilancarkan Hasil Kerjasama ONE PIECE × NBA

Next Post

Level Infinite Akan Terbitkan ‘Project Spirits,’ Game Besar Cross-Platform Terbaharu SHIFT UP

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Level Infinite Akan Terbitkan ‘Project Spirits,’ Game Besar Cross-Platform Terbaharu SHIFT UP

Level Infinite Akan Terbitkan 'Project Spirits,' Game Besar Cross-Platform Terbaharu SHIFT UP

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd