Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pembangun game PC terkenal, Nixxes Software kini menyertai PlayStation Studio!

Herman Hulst menyatakan tidak mustahil Sony akan hasilkan game eksklusif PlayStation yang boleh di port ke PC

Amir Haziq by Amir Haziq
July 2, 2021
in Artikel, Berita, Genre, Platform, PS4, PS5
0 0
0
Pembangun game PC terkenal, Nixxes Software kini menyertai PlayStation Studio!
Share on FacebookShare on Twitter

Sony baru sahaja mengumumkan bahawa studio pembangun game PC terkenal, iaitu Nixxes Software bakal menyertai PlayStation Studios! Studio ini pernah terlibat dalam menghasilkan Marvel’s Avenger, Rise of the Tomb Raider versi Xbox 360, dan telah menghasilkan pelbagai game hebat untuk platform PC.

Excited to announce that the talented Dutch studio Nixxes Software will be joining PlayStation Studios. It's a real pleasure to welcome a team with such deep technical expertise and vast experience to the @Playstation family. Huge congrats to everyone @NixxesSoftware!

— Hermen Hulst (@hermenhulst) July 1, 2021

Ketua PlayStation Studios, iaitu Hermen Hulst telah memuat naik pengumuman ini di Twitter rasmi beliau dan menyatakan yang mereka sangat teruja kerana Nixxes Software menyertainya. Beliau juga tidak sabar untuk menggunakan kepakaran serta pengalaman studio tersebut di PS Studio bagi menghasilkan game-game menarik akan datang.

Hulst turut menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk Sony merancang pembangunan bagi platform PC. Namun, dengan kepakaran Nixxes Software serta bajet game yang besar, mungkin Sony akan melakukan peningkatan sumber dalamannya sendiri untuk lebih banyak port PS-to-PC seperti Horizon: Zero Dawn dan Days Gone. Buat masa ini, Nixxes akan memberi kepakaran teknologinya secara eksklusif untuk PS Studio bermula sekarang.

Tambahan pula, Nixxes Software bakal membantu PS Studio Technology serta Creative & Services Group dalam menyediakan kepakaran seperti teknikal berkualiti tinggi in-house dan keupayaan pembangunan bersama Sony. Nampaknya seperti studio ini akan melakukan kerja yang lebih kepada teknikal untuk pembangunan game PS Studio di bawah Sony.

Baru-baru ini juga, kita telah diumumkan oleh Sony bahawa studio pembangun Returnal, iaitu Housemarque telah menyertai mereka dan bakal membantu dalam menghasilkan game eksklusif PlayStation 5. Housemarque telah mula terlibat dalam industri permainan video sejak tahun 1995, dan ini menjadikannya sebagai studio pembangun tertua di Finland. Sejak tahun 2007, studio ini telah mengembangkan beberapa permainan eksklusif PlayStation, seperti Super Stardust HD, Dead Nation, Resogun dan Matterfall.

PlayStation Studios kini telah bekerjasama dengan lebih banyak studio-studio hebat seperti Housemarque, Deviation dan Haven. Dengan penyatuan bersama Nixxes Software ini, tidak mustahil kita akan menerima game yang boleh di port dari konsol PS ke PC tidak lama lagi! Untuk membaca lebih banyak liputan kami mengenai PlayStation, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Nixxes StudioPlayStation StudioSony
Previous Post

[Review Penuh] Shin Megami Tensei III: Nocturne HD Remaster dari klasik PS2 ke moden PS5

Next Post

Anime Platinum End akan bermula Oktober 2021 beserta trailer pertama!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!
Industri

Microsoft Gaming Menghentikan Pekerja Secara Besar-Besaran, Beberapa Projek Game Besar Juga Dibatalkan!

July 3, 2025
Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!
Berita

Persona5: The Phantom X Kini Tersedia di Malaysia – Main Sekarang & Rebut Ganjaran Percuma!

July 3, 2025
Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!
Acara

Ultraman Omega Bakal Gegarkan Malaysia Di Ultraman The Hero Premiere 2025!

July 3, 2025
Next Post
Anime Platinum End akan bermula Oktober 2021 beserta trailer pertama!

Anime Platinum End akan bermula Oktober 2021 beserta trailer pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd